Malaysian Attention Engine
Live wire
55Business : Budget 2027 Measures Expected To Support Homeownership, Property Market Growth55World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia50General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption49Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan49Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202745Business : Minimum Wage Increase Important Labour Market Reform - EPF45Penamatan sistem doktor kontrak perlu telus, garis masa jelas dan adil - Hartal Doktor Kontrak45World : Bab El-Mandeb 'cleared Of Houthi Remnants,' Saudi Envoy To Yemen Says43Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan43Kerajaan perlu lebih agresif perkukuh kerjasama awam-swasta: penganalisis ekonomi43Business : DRB-Hicom Welcomes RM5 Mln Tax Deduction Incentive For AHTV Under Budget 202742General : Budget 2027: MYKOMUTER50, Free Passes And ECRL Phase 1 In Major Transport Boost
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

‘Tadika swasta, indoor pun nak tutup juga, pening cari penjaga anak’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:41 MYTLatest activity 9 Oct, 12:05BMconfidence 59%

What happened

PETALING JAYA – Penutupan sekolah susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa negeri bukan sahaja menjejaskan murid sekolah, malah turut mencetuskan keresahan dalam kalangan ibu bapa apabila ada tadika swasta mengambil keputusan untuk tidak beroperasi, hari ini. (Kosmo!, 09:41)

Read the reporting

2 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

‘Tadika swasta, indoor pun nak tutup juga, pening cari penjaga anak’

By KOSMO! · 9 Oct, 09:41 MYT

PETALING JAYA – Penutupan sekolah susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa negeri bukan sahaja menjejaskan murid sekolah, malah turut mencetuskan keresahan dalam kalangan ibu bapa apabila ada tadika swasta mengambil keputusan untuk tidak beroperasi, hari ini.

Situasi itu menimbulkan keluhan khususnya dalam kalangan ibu bapa bekerja yang terpaksa mencari alternatif penjagaan anak dalam tempoh singkat selepas menerima makluman penutupan daripada pihak tadika masing-masing.

Seorang ibu menerusi Threads, @Nsnafisa berkata, tadika anaknya yang berusia empat tahun turut memaklumkan mengenai penutupan biarpun premis berkenaan beroperasi sepenuhnya di dalam bangunan dan dilengkapi penyaman udara.

“Hai ibu bapa, saya nak tanya sedikit. Tadika anak anda semua tutup juga ke? Anak saya berusia empat tahun dan mengambil pakej sehari penuh dari pukul 7 pagi hingga 7 malam.

“Tadika itu beroperasi sepenuhnya di dalam bangunan, berbumbung dan penyaman udara, tetapi turut dimaklumkan perlu ditutup. Pening juga kan kita sebagai ibu bapa bekerja nak fikir anak nak letak dekat mana,” katanya.

Menurutnya, sekiranya penutupan berlanjutan, isu bayaran juga wajar dipertimbangkan memandangkan ibu bapa mungkin perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk mendapatkan penjaga di rumah.

Seorang lagi pengguna, @Namkei98 turut mempersoalkan penutupan tadika swasta memandangkan kebanyakan kanak-kanak berada di dalam bangunan sepanjang tempoh pembelajaran.

“Bayar tadika mahal. Murid pun dalam bangunan ada penyaman udara. Apa logiknya tadika swasta pun tutup juga sebab jerebu? Ibu bapa tak perlu kerja ke?” soalnya.

Pandangan sama dikongsi beberapa pengguna lain yang berpendapat situasi tadika dan pusat jagaan berbeza dengan sekolah biasa kerana kebanyakan aktivitinya dilakukan di dalam bangunan.

“Kenapa pusat jagaan kanak-kanak perlu ditutup sedangkan premis memang beroperasi sepenuhnya di dalam bangunan? Buat sahaja semua aktiviti anak-anak di dalam premis.

“Sekolah memang wajar ditutup kerana kebanyakan kelas dan kawasan sekolah lebih terbuka, sekali gus menyebabkan murid lebih mudah terdedah kepada jerebu,” komen @Amiraezi.

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengumumkan semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup hari ini susulan keadaan jerebu.

Penutupan turut melibatkan sekolah di daerah Rompin, Pahang.

Sebelum itu, Kementerian Pendidikan menetapkan semua institusi pendidikan di bawah kementerian yang berada di kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara melebihi 180 perlu ditutup, manakala kawasan dengan bacaan melebihi 150 secara berterusan selama tiga hari turut tertakluk kepada penutupan. – KOSMO! ONLINE

Text and pictures from Kosmo!, shown with attribution.Read at Kosmo!

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow11:0014:0017:0020:00
Latest 21:59 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 09:41 MYT
Origin confidence 90% · 144 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    09:41

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Tadika swasta, indoor pun nak tutup juga, pening cari penjaga anak’ · Malaysian Attention Engine