Malaysian Attention Engine
Live wire
85General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar85General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon75Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda74Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing73Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara65Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat64Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan62Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik61General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income61Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00058Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewUnconfirmedupdated 6 h ago

[VIDEO] Sekolah tutup…jalan KL, Selangor terus lengang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 10:24 MYTLatest activity 9 Oct, 10:24BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilihat lengang, pagi ini susulan penutupan sekolah akibat keadaan jerebu yang semakin buruk, sekali gus mengubah rutin harian ibu bapa dan pengguna jalan raya. (Kosmo!, 10:24)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

[VIDEO] Sekolah tutup…jalan KL, Selangor terus lengang

By Marlia Zakaria · 9 Oct, 10:24 MYT

PETALING JAYA – Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilihat lengang, pagi ini susulan penutupan sekolah akibat keadaan jerebu yang semakin buruk, sekali gus mengubah rutin harian ibu bapa dan pengguna jalan raya.

Perkara itu dikongsikan orang ramai menerusi media sosial yang mendakwa perjalanan ke tempat kerja lebih lancar berbanding kebiasaan, terutama pada waktu puncak pagi ini.

Seorang pengguna Threads @mizsnaz, mempersoalkan keadaan jalan raya yang disifatkan luar biasa lengang berbanding hari biasa.

“Ramai orang cuti ke hari ni? Jalan macam lengang semacam je,” katanya.

Seorang lagi pengguna @hawadnan_ turut berkongsi pengalamannya melalui kawasan Kajang yang didakwa lengang selepas sekolah diarahkan tutup berikutan jerebu tebal.

Menurutnya, perjalanan ke tempat kerja yang biasanya mengambil masa lebih lama menjadi singkat apabila dia keluar dari rumah pada pukul 6.26 pagi dan tiba di tempat kerja 10 minit kemudian.

Sementara itu, pengguna Threads @ftrii, menyifatkan penutupan sekolah secara mengejut turut memberi kesan kepada ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti kecemasan bagi menguruskan anak-anak.

“Sekolah cuti mengejut, ibu bupa pun minta EL (cuti kecemasan) mengejut. Naya majikan. Memang pagi ini, sampai ofis ada lima orang ja, itu pun geng bujang,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @nursyuhadaofficial7, turut mendakwa keadaan jerebu di Kuala Lumpur dan Selangor pagi ini lebih teruk berbanding hari sebelumnya.

“Sekolah dekat Kuala Lumpur, Selangor pun dah mula tutup. Hari ini punya (jerebu) memang teruk dari semalam,” katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan penutupan institusi pendidikan di beberapa negeri susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara.

Menurut laporan media, semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup sepenuhnya mulai hari ini, Jumaat, 9 Oktober.

Penutupan turut melibatkan sekolah di daerah Rompin, Pahang.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, sebelum ini memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 180 perlu ditutup mulai hari ini.

Jelasnya, bagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150 secara berterusan selama tiga hari berturut-turut, penutupan sekolah pula berkuat kuasa mulai Isnin, 12 Oktober.

Beliau menambah, sekolah yang terjejas perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, manakala guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

The post [VIDEO] Sekolah tutup…jalan KL, Selangor terus lengang appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow11:0014:0017:00
Latest 17:03 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 10:24 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:24

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

[VIDEO] Sekolah tutup…jalan KL, Selangor terus lengang · Malaysian Attention Engine