Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian43Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat35Yuran peperiksaan RM15 jadi ingatan Hajiji, pendidikan anak miskin mesti dibela35General : MCMC, EC Test Internet Connectivity At Melaka Polling Centres For OCR-VA System34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tahanan mati dalam lokap: Pihak berkuasa wajib patuhi prosedur - Peguam

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 16:47 MYTLatest activity 18 Oct, 16:47BMconfidence 60%

What happened

Tahanan mati dalam lokap: Pihak berkuasa wajib patuhi prosedur - Peguam (Harian Metro, 16:47)

Read the reporting

1 report
Harian Metro·News·BM·3 min read

Tahanan mati dalam lokap: Pihak berkuasa wajib patuhi prosedur - Peguam

By Noor Hidayah Tanzizi · 18 Oct, 16:47 MYT

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemantauan kesihatan, pemberitahuan segera kepada keluarga dan pelaksanaan inkues antara prosedur wajib dipatuhi pihak berkuasa apabila seseorang individu meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.

Peguam, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor berkata, keselamatan, kesihatan dan kebajikan individu yang berada dalam tahanan itu adalah tanggungjawab pihak berkuasa tanpa mengira sama ada individu berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau, sedang disiasat atau sudah dituduh di mahkamah.

Menurutnya, perkara itu bukan sekadar prosedur operasi standard (SOP) dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebaliknya turut membabitkan peruntukan undang-undang mengikut Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan Peraturan-Peraturan Lokap 1953.

"Sekiranya seseorang tahanan mengalami masalah kesihatan atau menunjukkan tanda kecederaan, pihak polis tidak boleh mengabaikan keadaan berkenaan dan tindakan bantuan perubatan perlu dilaksanakan segera.

"Seksyen 334 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan apabila seseorang meninggal dunia ketika dalam jagaan polis, pegawai yang mempunyai jagaan terhadap individu itu perlu serta-merta memaklumkan kematiannya kepada majistret terdekat.

"Peruntukan ini penting kerana kematian dalam tahanan polis bukan sesuatu yang boleh diselesaikan hanya melalui siasatan dalaman polis. Undang-undang memperuntukkan proses siasatan kehakiman (inkues) bagi menentukan punca dan keadaan kematian berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai SOP yang perlu dipatuhi sekiranya seseorang individu meninggal dunia ketika dalam tahanan polis termasuk di lokap.

Terdahulu media melaporkan, seramai 80 individu termasuk ahli keluarga Noorizwan Zulkefly, 42, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis, menyerahkan memorandum menuntut kes itu diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Nur A'minahtul berkata, Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Lokap 1953 memperuntukkan pihak berkenaan memberikan pemberitahuan segera kepada keluarga tahanan yang paling mudah dihubungi apabila individu itu mengalami penyakit membahayakan nyawa atau meninggal dunia.

Beliau berkata, justeru, pihak berkenaan tidak boleh sewenang-wenangnya melengahkan pemberitahuan kepada keluarga tanpa alasan munasabah dan ia boleh menunjukkan ketidakpatuhan terhadap peraturan ditetapkan.

"Selain itu, siasatan kematian dan bedah siasat dijalankan apabila diperlukan bagi mengenal pasti punca kematian serta kemungkinan unsur jenayah, selaras dengan Seksyen 329 hingga Seksyen 332 dan Seksyen 337 KTJ.

"Mengikut Seksyen 334 Kanun Tatacara Jenayah, siasatan kehakiman terhadap kematian dalam jagaan polis adalah wajib bagi menentukan punca dan keadaan kematian, termasuk kemungkinan berlaku perbuatan menyalahi undang-undang," katanya.

Katanya, berdasarkan perkembangan kes arwah Noorizwan, beliau berpandangan masih terlalu awal untuk mengatakan semua SOP dipatuhi sepenuhnya, malah terdapat beberapa perkara serius memerlukan penjelasan polis.

Katanya, ia membabitkan persoalan jika pemantauan kesihatan dilakukan sepanjang 11 hari Allahyarham ditahan, 21 kecederaan pada tubuhnya termasuk trauma akibat hentakan benda tumpul di kepala dan mengapa keluarga hanya mengetahui kematiannya kira-kira 18 jam kemudian, sedangkan tahanan mempunyai hak menghubungi keluarga seperti diperuntukkan undang-undang.

"Rekod jenayah lampau seseorang tahanan tidak mempunyai kaitan dengan haknya mendapat perlindungan undang-undang ketika berada dalam jagaan polis," katanya.

Mengenai dakwaan keluarga tidak dimaklumkan mengenai penangkapan dan penahanan Allahyarham selama 11 hari, Nur A'minahtul berkata, mengikut Seksyen 28A(2) dan Seksyen 28A(3) KTJ, seseorang yang ditangkap mesti dimaklumkan mengenai haknya untuk menghubungi ahli keluarga atau rakan bagi memberitahu lokasinya serta mendapatkan khidmat peguam.

Menurutnya, sekiranya tahanan mahu menggunakan hak berkenaan, polis wajib membenarkannya berbuat demikian secepat mungkin. namun pengecualian hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu mengikut Seksyen 28A(8) hingga Seksyen 28A (11) KTJ.

"Sekiranya benar keluarga tidak mengetahui penahanan itu, persoalan penting ialah sama ada dia sudah dimaklumkan mengenai haknya, diberikan peluang menghubungi keluarga dan dibawa ke hadapan Majistret mengikut prosedur yang sah.

"Penahanan seseorang tidak sepatutnya menyebabkan dia terputus hubungan dengan keluarga tanpa alasan dibenarkan undang-undang. Justeru, polis perlu menjelaskan sama ada hak arwah sudah dipenuhi sepanjang tempoh 11 hari itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, majistret juga perlu memastikan hak tahanan dipelihara termasuk memeriksa keadaan fizikal, bertanya mengenai kecederaan atau dakwaan dipukul serta layanan diterima dalam lokap.

"Majistret yang mendengar reman ada tanggungjawab untuk arahkan pegawai penyiasat memberikan mana-mana tahanan hak berkenaan termasuk memeriksa tubuh badan tahanan. Perkara itu juga saya amalkan semasa bertugas sebagai majistret dulu.

"Tahanan selalunya akan takut maklumkan dipukul. Sebagai pegawai kehakiman, kita tidak boleh menyebelahi polis, pendakwaan atau tahanan, kita perlu bertindak adil pada semua, jadi kita boleh tanya suspek mengenai perkara itu," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:00
Latest 17:39 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 16:47 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:47

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.