Malaysian Attention Engine
Live wire
51Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00050Business : SSM Extends Compound Reduction Period Until Dec 3148Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu46Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts46Sarawak bishop questions why East Malaysian children had to endure toxic haze under stricter API 200 rule45Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41PRN Melaka: Perbezaan pandangan kerjasama uji kesatuan PH, kata penganalisis41Two detained, RM3.3 mln drugs seized36Bentang laporan RCI Tabung Haji demi bersihkan institusi, bela maruah umat Islam - Amirudin35Malaysian-born Cardiff college founder accused of £5mil embezzlement34Three Pontian siblings killed in motorcycle‑lorry crash after insisting on school despite haze closure
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

'Tak payah tunggu geng, mulakan langkah sendiri jika ingin berjaya'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 07:08 MYTLatest activity 9 Oct, 07:08BMconfidence 60%

What happened

'Tak payah tunggu geng, mulakan langkah sendiri jika ingin berjaya' (Harian Metro, 07:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·4 min read

'Tak payah tunggu geng, mulakan langkah sendiri jika ingin berjaya'

By Nor Syazrina Muhamad Tahir · 9 Oct, 07:08 MYT

syazrina@hmetro.com.my

DI sebalik karya reka bentuk yang pernah terpampang di Trafalgar Square, London terselit perjalanan seorang anak muda Malaysia yang tidak bermula dengan kemewahan atau laluan mudah.

Pereka grafik dan penjenamaan, Sharifah Nadira Syed Nurshadir, 25, dari Shah Alam, Selangor sebaliknya perlu bekerja sambilan ketika melanjutkan pengajian di University of the Arts London (UAL) bagi menampung kos sara hidup sebelum perlahan-lahan membina nama dalam bidang reka bentuk dan penjenamaan.

Lebih menarik, perjalanan kreatif Sharifah Nadira tidak terhenti pada karya yang dipaparkan di lokasi ikonik berkenaan apabila keberaniannya mencipta pendekatan tersendiri kemudian membawanya memenangi 'Graphite Design and Advertising Awards Pencil' (D&AD Pencil) menerusi projek 'Nad Delivers' pada 2025.

Segalanya bermula daripada minat terhadap kreativiti sejak kecil apabila dia gemar melukis, menyunting video, menghasilkan animasi 'stop motion' (animasi gerak henti) dan fotografi sebelum menyedari pelbagai kemahiran itu boleh digabungkan dalam bidang penjenamaan dan reka bentuk.

Menurut anak kelahiran Selangor itu, selepas menamatkan pengajian Diploma Teknologi Komunikasi Media Digital di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Sharifah Nadira melanjutkan pengajian dalam bidang Graphic, Branding & Identity di UAL pada 2022, walaupun pada awalnya menyangka dirinya tidak akan diterima masuk ke sekolah seni berkenaan.

"Saya memohon dengan fikir saya mungkin tidak akan diterima masuk, jadi apabila surat tawaran itu sampai melalui e-mel, saya terus terfikir 'hidup saya akan berubah.'

"Saya bukan penerima biasiswa dan walaupun sudah cuba memohon beberapa biasiswa di Malaysia, peluang pembiayaan untuk bidang seni sangat terhad kerana kebanyakannya tertumpu kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), jadi saya perlu bekerja sambilan bagi menampung kos sara hidup di London," katanya kepada Harian Metro.

Antara pekerjaan itu membawanya menyertai Ramadan Tent Project (RTP), yang pada awalnya dihadirinya sebagai sukarelawan sebelum peluang membina rangkaian kenalan membuka jalan untuknya bekerja sebagai pereka penjenamaan secara sambilan.

Pada 2025, dia bertanggungjawab menghasilkan identiti visual RTP bertemakan 'Connection' dengan meneroka hubungan manusia dengan al-Quran, komuniti dan solat, sebelum diterjemahkan dalam pelbagai aktiviti termasuk majlis berbuka puasa, solat berjemaah dan paparan unjuran visual (projection mapping) yang memaparkan ucapan 'Happy Eid' dalam pelbagai bahasa di Trafalgar Square.

"Saya dah lama minat dengan konsep 'projection mapping,' jadi bila mendapat peluang untuk karya sendiri dipaparkan di sana, ia terasa seakan-akan tidak nyata," katanya.

Namun, katanya, Trafalgar Square bukan satu-satunya detik penting dalam perjalanan kreatifnya apabila pada tahun sama Sharifah Nadira merealisasikan impian sejak belajar di Malaysia untuk memenangi D&AD Pencil menerusi projek 'Nad Delivers.'

Menerusi projek itu, dia menjawab tugasan promosi diri (self promotion) dengan menjadikan dirinya sebagai sebuah perkhidmatan penghantaran makanan, sebelum mengubah portfolio reka bentuknya kepada majalah mini (zine) yang diinspirasikan daripada kotak 'tiffin' (mangkuk tingkat) dan menghantarnya kepada agensi reka bentuk yang diimpikan.

"Alhamdulillah, saya memang sudah lama impikan untuk memenangi D&AD Pencil dan ketika terbang ke United Kingdom (UK), saya jadikan itu sebagai salah satu matlamat saya," katanya.

Pencapaian itu kemudian membuka lebih banyak peluang kepada Sharifah Nadira, termasuk bekerjasama dengan London Palestine Film Festival untuk menghasilkan penjenamaan semula edisi ke-26 pada 2025, yang dianggapnya bermakna kerana dapat menyumbang kepada sesuatu yang dipercayainya melalui bidang yang diminati.

Dalam pada sibuk membina kerjaya, dia turut menemui satu lagi ruang yang akhirnya memberi arah baharu kepada perjalanan kreatifnya apabila mula berlari pada 2024 sebagai cara mengurus tekanan serta kesibukan memenuhi pelbagai tarikh akhir projek.

Daripada larian lima kilometer (km) yang kemudian berkembang kepada 10 km, Sharifah Nadira menyertai separuh maraton pertamanya di The Big Half di London pada 2025 sebelum meneruskan penyertaan dalam beberapa acara larian di Marrakech, Edinburgh dan Paris.

"Saya suka bagaimana larian kini mendorong saya untuk mengembara ke bandar lain dan menyertai acara larian kerana saya benar-benar percaya cara terbaik untuk melihat sesebuah bandar adalah dengan berlari melaluinya," katanya.

Minat terhadap larian itu turut membawa Sharifah Nadira menyertai London Marathon pada April lalu dan Sydney Marathon pada Ogos lalu, selain menggabungkan minat terhadap reka bentuk dengan aktiviti berkenaan menerusi penghasilan poskad khas untuk penyumbang kutipan dana.

Pengalaman dalam dunia larian kemudian membuka ruang baharu apabila dia terbabit dalam projek 'New Balance' bersama The Arena ketika London Marathon, menghasilkan projek fotografi bersama London Marathon Events serta bekerjasama dengan beberapa kelab larian di London, sekali gus mengukuhkan minatnya terhadap penjenamaan sukan.

"Saya harap dapat membina jenama tersendiri serta portfolio reka bentuk dalam bidang sukan kerana ia adalah ruang yang sangat menarik untuk diterokai," katanya.

Kini, Sharifah Nadira turut mula meneroka dunia berbasikal dan sedang dalam proses membina kelab berbasikal bersama rakannya, Haadiyah, sebelum mengembangkan impian untuk menghasilkan penjenamaan acara sukan bertaraf antarabangsa di London dan Kuala Lumpur serta menubuhkan studio kreatifnya sendiri.

"Secara jujurnya, tak ramai rakyat Malaysia dalam bidang reka bentuk di London dan saya juga jarang bertemu wanita Malaysia dalam bidang sukan, tetapi saya rasa kita tak perlu takut untuk jadi orang pertama yang cuba sesuatu.

"Kalau kita asyik tunggu jumpa orang yang sama minat atau tunggu ada 'geng' baru nak mula, kadang-kadang itu yang buat kita tak bergerak. Tak salah untuk mula dulu dan kita akan jumpa orang yang sesuai sepanjang perjalanan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:0010:0011:00
Latest 11:54 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 07:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.