Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Tak perlu subjek baharu ajar murid hadapi bencana, kata pakar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:00 MYTLatest activity 17 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

Persediaan murid menghadapi keadaan seperti jerebu boleh diperkasa menerusi sukatan pelajaran sedia ada, termasuk aktiviti kokurikulum. PETALING JAYA: Pakar menyokong cadangan menerapkan kemahiran kemandirian dan daya tahan di sekolah bagi membantu pelajar menghadapi bencana serta kecemasan, tetapi berpandangan ia tidak memerlukan subjek baharu. (Free Malaysia Today, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Tak perlu subjek baharu ajar murid hadapi bencana, kata pakar

By Faiz Zainudin · 17 Oct, 09:00 MYT

Persediaan murid menghadapi keadaan seperti jerebu boleh diperkasa menerusi sukatan pelajaran sedia ada, termasuk aktiviti kokurikulum. PETALING JAYA: Pakar menyokong cadangan menerapkan kemahiran kemandirian dan daya tahan di sekolah bagi membantu pelajar menghadapi bencana serta kecemasan, tetapi berpandangan ia tidak memerlukan subjek baharu.

Pakar perundangan kanak-kanak dan keluarga, Noor Aziah Mohd Awal berkata kemahiran itu memadai diperkukuh melalui sukatan pelajaran sedia ada, termasuk aktiviti kokurikulum.

“Tidak perlu sampai menambah subjek baharu kerana bagi saya, ia akan membebankan pelajar. Sebaliknya, kemahiran menghadapi bencana boleh diajar pada waktu tertentu,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Tumpat Mumtaz Nawi supaya kerajaan memperkenalkan sukatan pelajaran berkaitan kemandirian dan daya tahan di sekolah, institusi pengajian tinggi serta komuniti bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana dan kecemasan.

Mumtaz berkata kemahiran praktikal ikhtiar hidup wajar diterapkan dalam pendidikan, terutama bagi menghadapi kemungkinan fenomena Super El Niño tahun depan, dengan suhu yang menurutnya berpotensi melebihi 41 darjah Celsius.

Noor Aziah, yang juga bekas pesuruhjaya kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), berkata latihan simulasi bencana antara pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar cara bertindak ketika kecemasan.

“Saya pernah melawat sebuah sekolah di Jepun dan mendapati mereka menjalankan simulasi bencana setiap bulan memandangkan negara itu berdepan gempa bumi dan tsunami,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendengar amaran bencana, murid di sekolah berkenaan mengambil beg dan berlindung di bawah meja sebelum mengikut arahan guru untuk turun tangga secara perlahan-lahan ke tempat selamat.

Beliau turut membangkitkan ketiadaan latihan kebakaran di sesetengah sekolah di Malaysia dan mencadangkan latihan menghadapi bencana seperti banjir serta ribut taufan dilaksanakan, termasuk menerusi aktiviti kokurikulum.

Utamakan keupayaan menilai bahaya

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, turut berpandangan tidak perlu menambah beban kurikulum bagi menerapkan kemahiran berkenaan.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mempunyai garis panduan berkaitan alam sekitar, perubahan iklim dan kesihatan awam yang pelaksanaannya perlu diperkukuh supaya pelajar memahami cara bertindak apabila berdepan risiko bencana.

“Apa yang lebih penting ialah memberi penekanan kepada cara berfikir pelajar supaya mereka tahu menilai bahaya dan tindakan yang perlu diambil dalam situasi berbeza,” katanya.

Menurutnya, pembelajaran itu boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum atau dijadikan projek bagi mata pelajaran seperti Sains atau Bahasa menggunakan sukatan sedia ada.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hasan, pula berkata garis panduan pengurusan bencana sedia ada perlu diperkukuh dan disampaikan dalam bentuk yang lebih mudah difahami pelajar.

Beliau turut mencadangkan KPM mengadakan ceramah awam secara berkala dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta alumni sekolah.

Katanya, usaha itu penting supaya pelajar dan guru mendapat maklumat terkini, khususnya mengenai perubahan iklim dan bencana alam.

“Pendedahan oleh pakar dalam bidang berkaitan juga penting bagi memberi panduan mengenai langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana,” katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
17 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Tak perlu subjek baharu ajar murid hadapi bencana, kata pakar · Malaysian Attention Engine