
Takhta juara dunia kekal milik Dubois
Only social or community posts, or a single source.
What happened
London: Daniel Dubois mempertahankan gelaran heavyweight Persatuan Tinju Dunia (WBO) selepas menewaskan rakan senegara, Fabio Wardley menerusi kemenangan technical knockout (TKO) pada pusingan kedua dalam pertarungan ulangan kejuaraan dunia yang berlangsung sebelah pihak, awal pagi tadi. (Harian Metro, 07:40)
Read the reporting
1 report
Takhta juara dunia kekal milik Dubois
London: Daniel Dubois mempertahankan gelaran heavyweight Persatuan Tinju Dunia (WBO) selepas menewaskan rakan senegara, Fabio Wardley menerusi kemenangan technical knockout (TKO) pada pusingan kedua dalam pertarungan ulangan kejuaraan dunia yang berlangsung sebelah pihak, awal pagi tadi.
Juara berusia 29 tahun itu mempamerkan aksi agresif sejak loceng permulaan dibunyikan di O2 Arena, London. Wardley, 31, tumbang selepas hanya 17 saat apabila pukulan lurus tangan kanan Dubois menjatuhkannya ke kanvas.
Wardley berjaya bangkit dan melepasi kiraan pengadil, namun dia hampir ditamatkan pada penghujung pusingan pertama selepas menerima asakan bertubi-tubi ketika terperangkap di tali gelanggang. Loceng penamat pusingan menyelamatkannya daripada kekalahan lebih awal.
Bagaimanapun, tiada ruang untuk Wardley meloloskan diri daripada asakan Dubois pada pusingan kedua. Juara itu meneruskan serangan dengan melepaskan pukulan demi pukulan sehingga pasukan Wardley membaling tuala sebagai tanda menyerah kalah, sebelum pengadil Steve Gray menghentikan pertarungan.
"Fabio seorang petinju yang hebat dan berani kerana kembali bertarung buat kali kedua, tetapi inilah masa dan era saya.
"Saya sudah menetapkan sasaran sejak awal, dengan niat untuk memberikan tekanan hebat kepadanya.
"Kali pertama, kami berada dalam keadaan terdesak. Kali ini, kami hanya perlu turun ke gelanggang dan membuktikan kesungguhan kami. Itulah yang kami lakukan malam ini," kata Dubois yang turut dikenali dengan gelaran 'Triple D'.
Dubois memberikan kekalahan profesional pertama kepada Wardley apabila dia bangkit selepas dua kali dijatuhkan, termasuk pada saat ke-16 pertarungan, sebelum merampas gelaran menerusi kemenangan pada pusingan ke-11 dalam pertembungan sengit dan berdarah di Manchester, Mei lalu.
Wardley dinaikkan sebagai juara WBO pada November lalu selepas petinju Ukraine, Oleksandr Usyk, melepaskan gelaran berkenaan.
Keberanian dan keengganan Wardley untuk mengalah dalam pertarungan pertama mendapat pujian, namun penampilannya semalam lalu jauh berbeza berbanding aksi di Manchester.
Kekalahan itu menyaksikan rekod profesional Wardley kini 20 kemenangan, dua kekalahan dan satu seri, manakala Dubois mencatat 24 kemenangan dengan tiga kekalahan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.