Malaysian Attention Engine
Live wire
51Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’40General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance37Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City3627 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti36Lawatan Mohamed Khaled ke Jepun perkukuh kerjasama pertahanan35Business : Japan's Yuzu Fruit Taps Malaysia's Halal Market34Jangan tunggu ditimpa musibah, 1.2 juta pencarum disaran kembali carum LINDUNG 24 Jam33Polis pandang serius ugutan bakar kedai warga asing32General : AKPS Officer's Remains Laid To Rest In Kelantan30Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Takut ditinggal isteri, faktor suami bertindak ganas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 08:45 MYTLatest activity 18 Oct, 08:45BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Ketakutan kehilangan isteri, ego tercabar dan ketidakmampuan menerima hakikat rumah tangga bakal ber­akhir boleh mendorong sesete­ngah suami bertindak di luar batas kewarasan sehingga sanggup membunuh. (Kosmo!, 08:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Takut ditinggal isteri, faktor suami bertindak ganas

By NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL · 18 Oct, 08:45 MYT

PETALING JAYA – Ketakutan kehilangan isteri, ego tercabar dan ketidakmampuan menerima hakikat rumah tangga bakal ber­akhir boleh mendorong sesete­ngah suami bertindak di luar batas kewarasan sehingga sanggup membunuh.

Pakar perunding keluarga (Kaunselor Berdaffar), Zumasni Rajikin berkata, ada lelaki yang tidak sanggup melepaskan isteri bukan semata-mata kerana masih menyayangi pasangan, tetapi turut didorong ketakutan kehilangan, ego serta kegagalan menerima hakikat bahawa diri­nya tidak lagi dikehendaki.

Zumasni

Ujarnya, sesetengah suami menganggap perceraian sebagai kegagalan diri sehingga memilih untuk menghalang isteri daripada meninggalkan perkahwinan, meskipun hubungan itu sudah tidak dapat dipulihkan.

“Kalau saya tak dapat kau, orang lain pun tak dapat. Pemikiran seperti ini boleh timbul apabila seseorang terlalu takut kehilangan pasangan sehingga sanggup bertindak di luar kawalan.

“Dia tidak dapat terima bahawa isterinya mahu cari kebahagiaan sendiri. Sedangkan isteri yang meminta cerai mungkin sudah sampai ke tahap tidak mampu bertahan lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jumaat lalu seorang isteri yang juga penjawat awam ditikam tiga kali dipercayai akibat selisih faham dalam kejadian di Nilai, Negeri Sembilan.

Tambahnya, antara tanda ama­ran yang perlu diberi perhatian ialah ugutan terhadap keselamatan isteri, kemarahan melampau, sikap mengawal pergerakan pasangan serta keengganan mene­rima sebarang perbincangan mengenai masalah rumah tangga.

Katanya, suami yang tidak mampu urus emosi dan konflik dengan matang mungkin melihat hasrat perceraian sebagai ancaman terhadap dirinya, sekali gus meningkatkan risiko tindak balas agresif apabila berdepan penolakan.

“Sebab itu ada yang sampai membunuh. Orang lelaki ini benda paling dia tak suka dalam perkahwinan adalah perceraian. Sebab itu ramai kahwin dua tiga. Tak sanggup cerai yang lama.

“Sama kes macam ini, bila kena provokasi berulang kali, isteri asyik cakap ‘ceraikan aku..ceraikan aku’, suami makin tercabar…dia tertekan dan dia cari jalan pintas untuk segerakan senyapkan pergaduhan itu,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kaunseling Keluarga, Hushim Salleh berkata, masalah kewangan, penyalahgunaan dadah, beban tanggungan keluarga dan kegagalan mengawal kemarahan antara faktor yang boleh memburukkan konflik rumah tangga sehingga membawa kepada keganasan termasuk pembunuhan.

Hushim

Ujarnya, ada keadaan apabila isteri terpaksa menanggung sebahagian besar komitmen keluarga, termasuk bayaran rumah dan kenderaan, sedangkan suami tidak lagi mainkan peranan yang diharapkan sebagai pencari nafkah.

Katanya, tekanan berpanjangan boleh mencetuskan pertengkaran, sebelum berkembang menjadi penderaan emosi dan seterusnya keganasan fizikal apabila pelaku gagal mengawal kemarahan.

“Jika masih ada ruang untuk memperbaiki hubungan, pasangan boleh dapatkan khidmat kaunseling,” ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes rumah tangga, satu daripada 10 isteri sanggup menarik balik hasrat bercerai kerana takut diugut, dicederakan atau dibunuh pasangan.

Jelasnya, keadaan itu menunjukkan bahawa keputusan untuk kekal dalam perkahwinan tidak semestinya bermakna seseorang isteri masih bahagia, sebaliknya mungkin berpunca daripada ketakutan terhadap apa yang bakal berlaku jika dia memilih untuk pergi.

The post Takut ditinggal isteri, faktor suami bertindak ganas appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:00
Latest 09:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
18 Oct, 08:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    08:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.