Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Taman tema robot, kakitangan pun humanoid

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 10:00 MYTLatest activity 20 Oct, 10:00BMconfidence 60%

What happened

BAYANGKAN melangkah masuk ke sebuah taman tema, tetapi bukan manusia yang pertama menyambut kedatangan pengunjung. (Kosmo!, 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·7 min read

Taman tema robot, kakitangan pun humanoid

By GHAZALI ALIAS · 20 Oct, 10:00 MYT

BAYANGKAN melangkah masuk ke sebuah taman tema, tetapi bukan manusia yang pertama menyambut kedatangan pengunjung.

Sebaliknya, sebuah humanoid berdiri di hadapan, memberi salam, menjawab pertanyaan, menunjukkan arah dan mungkin menawarkan untuk membantu merancang perjalanan mengelilingi taman.

Di sudut lain, robot bermain pingpong dengan pengunjung, melakukan demonstrasi seni mempertahankan diri dan berinteraksi dengan kanak-kanak, sementara robot lain pula menjalankan tugas-tugas pengoperasian taman.

Gambaran itu kini mula menjadi realiti di China menerusi Chimelong Spaceship Park di Hengqin, Guangdong.

Taman tema itu mencipta satu perkembangan baharu dalam industri hiburan apabila lebih 300 robot berasaskan kecerdasan buatan (AI) mula ditempatkan di pelbagai ruang pengunjung, menjadikannya antara penggunaan robot berskala besar dalam persekitaran taman tema.

Projek yang dibangunkan bersama syarikat robotik AGIBOT dan Chimelong Group itu bukan sekadar meletakkan robot sebagai tarikan tambahan, sebaliknya mengintegrasikannya ke dalam hiburan, pendidikan, perkhidmatan pengunjung, runcit dan operasi hotel.

Bermakna, robot-robot bukan sahaja menjadi tontonan dengan bermain pelbagai aktiviti bersama pengunjung, tetapi juga bertindak menjadi kakitangan taman tema.

Robot turut bertindak sebagai kakitangan yang menyampaikan maklumat kepada para pengunjung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AGIBOT, Deng Taihua, dalam portal rasmi syarikat itu, ia menandakan perubahan dalam penggunaan robot daripada sekadar demonstrasi teknologi kepada aplikasi dalam dunia sebenar.

“Robot sedang memasuki fasa baharu penggunaan dalam dunia sebenar. Melalui kerjasama dengan Chimelong, kami berharap dapat meneroka aplikasi baharu kecerdasan berjasad (embodied intelligence) serta mencipta pengalaman yang lebih menarik untuk orang ramai.

“Kerjasama itu menguji bagaimana teknologi ini boleh digunakan dalam situasi sebenar, selain menghasilkan pengalaman lebih interaktif buat pengunjung,” katanya.

Jelasnya, perubahan itu penting kerana selama beberapa dekad ini, teknologi di taman tema lebih banyak digunakan bagi pengalaman visual dan mekanikal seperti roller coaster, animatronik, unjuran digital, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR).

Robot pula biasanya berada di belakang tabir, melakukan tugas tertentu secara berulang atau menjadi sebahagian daripada persembahan yang telah diprogramkan.

Kini, sempadan itu mula berubah apabila robot diberikan tubuh fizikal yang mampu bergerak, melihat persekitaran, berkomunikasi dan bertindak balas terhadap manusia.

Konsep tersebut dikenali sebagai embodied intelligence iaitu pendekatan yang menggabungkan AI dengan tubuh fizikal supaya sistem robotik bukan sekadar memproses maklumat tetapi mampu berinteraksi dengan dunia sebenar.

Dalam projek Chimelong, teknologi ini diterjemahkan kepada robot yang boleh berfungsi dalam situasi lebih terbuka dan tidak sepenuhnya terkawal seperti di makmal.

Taman tema terletak di Hengqin, China itu membolehkan robot berfungsi dalam situasi lebih terbuka.

Bagi Pengerusi Chimelong Group, Su Zhigang, penggunaan teknologi itu bukan sekadar menambah elemen futuristik kepada taman tema, tetapi turut mengubah cara pengalaman pelancongan dibentuk.

“Inovasi sentiasa menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan berkualiti tinggi dalam industri kebudayaan dan pelancongan. Melalui inovasi berterusan, Chimelong komited untuk menetapkan penanda aras baharu industri.

“Dengan mengintegrasikan teknologi kecerdasan berjasad, kami mahu mengubah pengalaman pelancongan daripada aktiviti melihat dan melawat secara tradisional kepada pengalaman yang lebih mendalam serta interaktif,” ujarnya.

Menurut laporan China Daily, lebih 100 stesen pengalaman robot mula beroperasi dalam kawasan Chimelong Spaceship seluas kira-kira 397,000 meter persegi sekali gus merupakan taman tema dalaman terbesar di dunia selain turut menempatkan tangki akuarium terbesar dunia.

Robot berfungsi sebagai pemandu dan teman pengunjung dengan menawarkan pencarian lokasi, perancangan laluan, panduan arah serta penerangan.

Dalam ruang pendidikan pula, robot boleh menerangkan pengetahuan berkaitan lautan melalui sesi soal jawab dan permainan interaktif.

Di sinilah terletaknya perubahan besar terhadap konsep taman tema. Dahulu, pengunjung datang untuk melihat sesuatu.

Sebuah robot kelihatan menunjukkan aksi tai chi.

Selepas itu, mereka datang untuk mengambil bahagian dalam sesuatu. Kini, mereka berpotensi untuk berinteraksi dengan sesuatu yang mampu bertindak balas terhadap mereka secara langsung.

Robot humanoid memberikan dimensi berbeza kerana bentuknya direka berdasarkan tubuh manusia.

Ia mempunyai dua kaki, dua tangan dan bentuk fizikal yang membolehkannya bergerak dalam persekitaran yang sama seperti manusia.

Secara teori, reka bentuk sebegini membolehkan robot menggunakan kemudahan sedia ada tanpa memerlukan perubahan besar terhadap infrastruktur.

Dalam konteks taman tema, kelebihan itu amat besar. Robot tidak semestinya perlu dibina untuk satu laluan atau satu mesin sahaja. Ia boleh bergerak di ruang pejalan kaki, menuju ke lokasi tertentu, berkomunikasi dengan pengunjung dan menjalankan pelbagai tugasan bergantung kepada keperluan.

Laporan Fast Company menyebut robot AGIBOT di Chimelong boleh melakukan demonstrasi tai chi, seni mempertahankan diri, gimnastik dan permainan pingpong, selain memberi arah serta membantu pengunjung.

Sebahagian robot turut digunakan untuk menyambut tetamu hotel dan memberikan bantuan kepada pelancong.

Lebih menarik, taman tema juga menyediakan sesuatu yang amat diperlukan dalam pembangunan AI fizikal iaitu persekitaran dunia sebenar.

Perkara itu turut diakui Zhigang yang melihat persekitaran taman tema sebagai lebih daripada sekadar ruang hiburan.

Menurut beliau, situasi pengunjung yang pelbagai di Hengqin menyediakan ruang untuk menguji kemampuan robot dalam keadaan sebenar.

“Makmal boleh menguji robot berulang kali dalam keadaan terkawal, tetapi pengunjung taman tema tidak bergerak mengikut skrip.

“Kanak-kanak boleh tiba-tiba menghampiri, seseorang mungkin menghalang laluan, kumpulan pelancong boleh bergerak serentak atau keadaan sekeliling berubah dalam beberapa saat,” kongsinya.

Keadaan tidak menentu seperti inilah yang menguji kemampuan sebenar robot. Untuk berfungsi dengan selamat, ia perlu mengesan manusia dan objek, memahami ruang, merancang pergerakan serta bertindak balas terhadap perubahan.

AGIBOT menyatakan sistem keselamatan robot di taman tema termasuk pengelakan halangan secara autonomi dan mekanisme hentian apabila berlaku sentuhan fizikal.

Namun, teknologi ini masih jauh daripada sempurna. Perkembangan humanoid tidak bermakna robot sudah mampu melakukan semua tugasan manusia secara bebas.

Ketua Automasi di firma perunding robotik Stieler, Georg Stieler turut berkongsi walaupun terdapat keterujaan besar terhadap humanoid, perkembangan teknologi masih melalui proses percubaan dan penyesuaian industri.

“Ia sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada peringkat awal industri kenderaan elektrik. Ketika itu juga terdapat banyak pembaziran dan perkara yang diperbesar-besarkan.

“Namun, akhirnya, banyak daripadanya kekal bertahan dan membantu mengubah landskap tradisional industri global itu. Saya berpendapat perkara yang sama akan berlaku dalam industri robotik,” tuturnya.

Reuters sebelum ini melaporkan bahawa robot humanoid China masih berdepan cabaran seperti penggunaan tenaga, kebolehpercayaan, keupayaan manipulasi dan kemampuan menyesuaikan diri dengan tugasan yang kompleks.

Demonstrasi fizikal yang mengagumkan juga tidak semestinya bermakna robot mampu bekerja secara autonomi dalam situasi dunia sebenar.

Justeru, taman tema mungkin menjadi salah satu medan ujian paling menarik untuk teknologi ini. Ia mempunyai manusia sebenar, ruang yang luas, pelbagai situasi dan pelbagai tugasan yang boleh menguji kemampuan robot dari aspek pergerakan, komunikasi serta keselamatan.

Ketua Pegawai Komersial UBTECH Robotics, Michael Tam turut berpandangan, dalam konteks taman tema, konsep itu menjadi lebih menarik kerana robot bukan sahaja perlu bergerak atau bercakap, tetapi perlu memahami persekitaran fizikal dan bertindak balas terhadap keadaan di sekelilingnya.

“Apabila kita bercakap tentang AI, keupayaan mengumpul data terutamanya data berkualiti tinggi melalui robot industri adalah sangat penting bagi membolehkan robot memahami dunia fizikal.

“Pada masa sama, pengunjung sendiri menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut,” jelasnya.

Bagi industri taman tema, perkembangan itu boleh membuka satu bentuk hiburan baharu. Bayangkan persembahan yang tiada skrip sama setiap hari kerana robot boleh memberi respons berbeza kepada pengunjung.

Permainan fizikal pula mungkin membolehkan manusia bertanding dengan robot secara langsung. Ruang pendidikan boleh berubah menjadi sesi soal jawab interaktif, manakala robot pemandu boleh memberikan penerangan berdasarkan lokasi dan minat pengunjung.

Konsep ini juga tidak terhad kepada humanoid. Kerjasama AGIBOT dan Chimelong merangkumi rancangan untuk pengalaman robot, haiwan robotik berskala besar, pertunjukan sarkas robot, perarakan bertema siber serta perkhidmatan hotel berasaskan robot.

Kedua-dua pihak turut merancang penyelidikan berkaitan aplikasi embodied AI dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.

Perkembangan di China itu turut muncul ketika negara tersebut sedang memperluas penggunaan humanoid dalam pelbagai sektor.

Laporan Reuters pada September 2026 menyatakan China menyumbang sekitar 95 peratus penghantaran robot humanoid dunia pada 2025, menunjukkan skala industri yang semakin besar walaupun kemampuan komersial robot masih menjadi persoalan yang perlu dibuktikan.

Apa yang berlaku di Chimelong akhirnya membawa kepada satu persoalan lebih besar, adakah taman tema masa depan akan diuruskan bersama manusia dan robot?

Jawapannya mungkin bukan tentang menggantikan manusia sepenuhnya, tetapi mewujudkan pembahagian tugas baharu.

Manusia masih diperlukan untuk kreativiti, pengurusan, keselamatan, penyelenggaraan dan keputusan yang memerlukan pertimbangan.

Robot pula boleh mengambil bahagian dalam tugas berulang, panduan, demonstrasi, interaksi serta pengalaman yang memerlukan operasi berterusan.

Dalam erti kata lain, perubahan terbesar mungkin bukan apabila robot mengambil alih taman tema, tetapi apabila robot menjadi sebahagian daripada ekosistem taman tema itu sendiri.

Daripada watak animatronik yang hanya bergerak mengikut skrip kepada humanoid yang boleh berjalan di tengah-tengah pengunjung, teknologi sedang mengubah definisi tentang apa yang dimaksudkan dengan pengalaman taman tema.

Chimelong Spaceship mungkin hanya satu eksperimen berskala besar pada peringkat awal, tetapi ia menunjukkan kemungkinan baharu – suatu hari nanti, apabila pengunjung memasuki taman tema, mereka bukan sekadar membeli tiket untuk melihat dunia fantasi, tetapi juga realiti.

The post Taman tema robot, kakitangan pun humanoid appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 10:12 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
20 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.