
Tanah 8,537 ekar sekitar KLIA menanti limpahan pelaburan baharu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kawasan seluas 8,537 ekar di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi tumpuan pelaburan baharu dalam sektor penerbangan, logistik, perhotelan dan pusat data dalam tempoh sedekad akan datang. (Berita Harian, 13:01)
Read the reporting
1 report
Tanah 8,537 ekar sekitar KLIA menanti limpahan pelaburan baharu
KUALA LUMPUR: Kawasan seluas 8,537 ekar di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi tumpuan pelaburan baharu dalam sektor penerbangan, logistik, perhotelan dan pusat data dalam tempoh sedekad akan datang.
Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata kawasan dikenali sebagai KLIA Aeropolis yang lebih besar daripada saiz Cyberjaya itu mempunyai kelebihan dari segi keluasan tanah, kedudukan strategik berhampiran lapangan terbang dan potensi pembangunan infrastruktur tenaga mampan.
Beliau berkata, pembangunan kawasan berkenaan dijangka lebih tertumpu kepada aktiviti komersial dan perindustrian berbanding perumahan berskala besar, mengambil kira keperluan operasi penerbangan serta zon keselamatan lapangan terbang.
"Dalam tempoh 10 tahun akan datang, sebahagian besar pelaburan dijangka tertumpu kepada industri berkaitan penerbangan termasuk pengendali kargo dan syarikat penyelenggaraan pesawat," katanya.
Beliau berkata, keputusan syarikat dari China menjadikan KLIA sebagai pintu masuk kargo bagi rantau ASEAN turut berpotensi menyokong perkembangan sektor logistik di kawasan berkenaan.
Menurutnya, anak syarikat logistik Alibaba sudah mengendalikan hab pemenuhan pesanan seluas 60 ekar di kawasan itu, sekali gus mencerminkan potensi Aeropolis sebagai lokasi operasi syarikat logistik antarabangsa.
Kashif berkata, pembangunan hotel baharu berhampiran KLIA juga berpotensi meningkat susulan permintaan penginapan yang melonjak ketika Formula Satu (F1) Bahrain Grand Prix di Malaysia, apabila kadar bilik hotel dilaporkan meningkat sehingga tiga kali ganda sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Selain itu, beliau berkata, kawasan berkenaan berpotensi menarik pelaburan pusat data berikutan ketersediaan tanah yang luas serta pembangunan taman solar yang dijadualkan mula beroperasi tahun depan.
"Gabungan tanah yang luas dan potensi penjanaan tenaga mampan dapat memenuhi dua keperluan penting pusat data, iaitu ruang pembangunan dan bekalan tenaga," katanya.
Beliau berkata, kejayaan penganjuran Grand Prix turut berpotensi menghidupkan semula perbincangan mengenai kemungkinan membawa kembali perlumbaan F1 ke Malaysia menerusi komitmen penganjuran berbilang tahun.
Kashif berkata, pembangunan KLIA Aeropolis berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi pembentukan kelompok perniagaan merangkumi sektor aeroangkasa, penerbangan, logistik, pembuatan maju dan tenaga solar.
Katanya, analisis PwC menganggarkan KLIA Aeropolis berpotensi menyumbang RM30 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta mewujudkan 56,000 pekerjaan dalam tempoh 15 tahun.
Menurutnya, pelan pembangunan kawasan itu yang diuruskan menerusi anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berasaskan pajakan jangka panjang daripada kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan kelompok perniagaan, termasuk industri aeroangkasa dan pengendalian kargo.
Sementara itu, Kashif berkata walaupun kawasan itu berpotensi menampung kira-kira 48,000 rumah sekiranya dibangunkan pada kepadatan seperti kawasan perbandaran biasa di Sepang, beliau berpandangan pembangunan kediaman berskala besar bukan pilihan paling sesuai berikutan faktor bunyi pesawat dan zon keselamatan lapangan terbang.
Sebaliknya, beliau berkata, pertumbuhan aktiviti perniagaan di Aeropolis dijangka memberi limpahan kepada kawasan perumahan berhampiran seperti Salak Tinggi dan Dengkil, yang menjadi pilihan kediaman pekerja di sekitar KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.
"Harga median rumah di daerah Sepang ialah RM577,500 bagi tempoh 12 bulan berakhir Jun 2026, manakala rumah teres di Salak Tinggi mencatatkan harga median RM434,000," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.