Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia43'Insya-ALLAH berbaki lagi 14 Bulan' - Shuib tunjuk bukti bayar caruman KWSP pekerja41Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu40Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok39General : China Reaffirms Support For M'sia's BRICS Bid, ASEAN Role - DPM Zahid37BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia35Iraola backs Barcola, Wirtz to come good for Liverpool34Strategi 3P bantu PMKS tembusi pasaran global – KUSKOP33Redzuan-Zi Yu hanya perlukan 16 minit tundukkan lawan32Lima pegawai kanan SPRM terima pengiktirafan FCMI, United Kingdom31Next-of-kin of Long Lellang crash victims to receive RM130,000 in benefits, monthly pensions
NewConfirmedupdated 9 h ago

'Tangan menggeletar tengok akaun bank terima wang masuk RM1 bilion'

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 13:51 MYTLatest activity 15 Oct, 14:18BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus klinik menempuh pengalaman unik yang mungkin sukar diulangi apabila melihat jumlah RM1 bilion di dalam baki akaun perbankan digital dalam talian miliknya. (Berita Harian, 13:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

'Tangan menggeletar tengok akaun bank terima wang masuk RM1 bilion'

By Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil · 15 Oct, 13:51 MYT

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus klinik menempuh pengalaman unik yang mungkin sukar diulangi apabila melihat jumlah RM1 bilion di dalam baki akaun perbankan digital dalam talian miliknya.

Kejadian itu mula tular selepas Wan Muhammad Fairus, 33, memuat naik tangkap layar memaparkan angka 10 digit dalam aplikasi perbankan dalam talian miliknya sambil berkongsi pengalaman terbabit dengan warganet.

"Waktu itu saya dalam bilik tidur sedang mahu membuat transaksi, tidak silap duit dalam akaun cuma ada bawah RM1,000 sahaja. Bila buka dan tekan ikon sembunyikan baki, saya terkejut tengok ada jumlah yang terlalu banyak macam itu.

"Saya memang terkejut! Tangan saya pun menggeletar pegang telefon. Saya cuba log keluar dan masuk balik, duit itu masih ada.

"Bila tengok penyata bank dan tanya ChatGPT berapa jumlah angka itu, baru tahu nilainya mencecah RM1 bilion," katanya sambil ketawa ketika dihubungi hari ini.

Bapa kepada empat cahaya mata yang menetap di Samariang, Kuching, berkata menyedari wang terbabit bukan miliknya, dia percaya berlaku kesilapan teknikal lantas segera menghubungi pihak bank untuk mendapatkan penjelasan.

Katanya, dia tidak terfikir untuk menggunakan wang itu kerana sedar ia bukan haknya dan bimbang berdepan implikasi undang-undang.

"Selepas hubungi pihak bank, mereka maklumkan berlaku masalah teknikal dan menyekat sementara akaun saya hingga jam 4 petang semalam.

"Semuanya selesai apabila pihak bank membuat pembatalan semula transaksi dan wang asal saya di dalam akaun tidak terjejas.

"Pihak bank ada memaklumkan mahu beri ganjaran, tetapi saya belum terima dan tidak tahu ganjaran apa. Mungkin kena tunggu makluman melalui e-mel atau pengumuman daripada mereka nanti," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:00
Latest 14:27 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 13:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.