Tegur buat bising, warga emas dipukul guna tin gam
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEGAMAT – Seorang warga emas lelaki cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, dekat sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 70 tahun menegur suspek yang membuat bising dan mengamuk di hadapan premis berkenaan."Suspek kemudiannya bertindak memukul kepala mangsa menggunakan satu tin gam."Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, manakal (Sinar Harian, 08:35)
Read the reporting
1 reportTegur buat bising, warga emas dipukul guna tin gam
SEGAMAT – Seorang warga emas lelaki cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, dekat sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 70 tahun menegur suspek yang membuat bising dan mengamuk di hadapan premis berkenaan."Suspek kemudiannya bertindak memukul kepala mangsa menggunakan satu tin gam."Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, manakala mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian dahi dan mendapatkan rawatan di Hospital Segamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.Polis turut merampas satu tin gam, sehelai baju dan sehelai seluar jeans bagi membantu siasatan."Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 33 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah."Hasil soal siasat lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya.Mohd Jumazanzahir berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur mangsa, selain suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal ketika kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Segamat pada Jumaat bagi membantu siasatan lanjut.Dalam perkembangan berkaitan, polis turut mengesan satu hantaran di Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan di Jalan Ros, Segamat, pada Khamis.Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian pergaduhan yang tular itu.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian hotline IPD Segamat di 07-932 4222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian08:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.