Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tekanan hidup, beban kerja punca profesional terlibat dadah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 06:28 MYTLatest activity 13 Oct, 06:28BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Golongan profesional merupakan antara 46,000 individu yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan berkaitan penyalahgunaan dadah di seluruh negara sehingga Ogos lalu. (Utusan Malaysia, 06:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Tekanan hidup, beban kerja punca profesional terlibat dadah

By .MASZUREEN HADZMAN · 13 Oct, 06:28 MYT

PETALING JAYA: Golongan profesional merupakan antara 46,000 individu yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan berkaitan penyalahgunaan dadah di seluruh negara sehingga Ogos lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, penglibatan golongan profesional dalam penyalahgunaan dadah antara lain berpunca daripada tekanan hidup, bebanan kerja serta masalah hubungan dan keluarga.

Menurutnya, ada individu mengambil dadah untuk tujuan hiburan, manakala sebahagian lagi menjadikannya sebagai jalan pintas untuk meredakan tekanan dan mendapatkan ketenangan sementara.

“Antara faktor yang dikenal pasti ialah tekanan hidup, terutama di bandar. Mungkin disebabkan beban kerja, masalah hubungan dengan isteri atau teman wanita, selain konflik di tempat kerja dan dalam komuniti.

“Semua masalah itu cuba diselesaikan dengan cara mudah iaitu mengambil dadah jenis benzodiazepin (Benzo) untuk mendapatkan ketenangan dan berehat,” katanya ditemu bual dalam audio siaran PodX terbitan Utusan Malaysia.

Ruslin berkata, penyalahgunaan Benzo lazimnya bermula dengan keinginan untuk mencuba atau melepaskan tekanan, sebelum berlarutan apabila individu terbabit terdorong untuk mengulangi pengambilannya.

Beliau menjelaskan, Benzo ialah kumpulan ubat yang digunakan untuk merawat keadaan tertentu termasuk gangguan keresahan.

“Bagaimanapun, penggunaannya perlu mengikut dos dan tempoh yang ditetapkan doktor. Pengambilan tanpa pengawasan perubatan atau secara berterusan di luar arahan doktor boleh membawa kepada penyalahgunaan dan meningkatkan risiko kebergantungan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruslin berkata, seramai 5,337 daripada 46,000 individu yang direkodkan menerima rawatan dan pemulihan ditempatkan di 29 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Katanya, kira-kira 41,400 individu lagi menjalani rawatan dalam komuniti, membolehkan mereka tinggal di rumah masing-masing serta meneruskan kehidupan harian termasuk bekerja.

“Namun, mereka masih tertakluk kepada syarat pengawasan serta program pemulihan yang ditetapkan,” jelasnya.

Beliau berkata, pendekatan rawatan yang bersesuaian dan sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam membantu individu terbabit mengatasi masalah penyalahgunaan dadah serta kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Menurutnya, individu yang menjalani rawatan dalam komuniti diwajibkan menghadiri program pemulihan mingguan bagi membolehkan AADK menilai tahap kebergantungan mereka serta perkembangan sepanjang proses pemulihan.

“Mereka wajib menghadiri program yang kita jalankan setiap minggu. Mereka perlu datang kepada kita dan pada ketika itu, kita akan menilai tahap ketagihan serta bagaimana mereka menerima proses pemulihan ini,” katanya.

Ruslin menjelaskan, penempatan individu sama ada di PUSPEN atau menjalani rawatan dalam komuniti bagi kes mandatori ditentukan menerusi perintah mahkamah.

Katanya, individu yang melanggar syarat pengawasan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjarakan.

“Jangan anggap apabila mah­kamah membenarkan mereka berada dalam komuniti, mereka bebas mengambil dadah kembali. Setiap kali berurusan dengan kita, kita akan melakukan ujian air kencing dan bagi kes tertentu, ujian itu akan dipastikan dilaksanakan.

“Jika mereka didapati positif ketika berada di bawah perintah pengawasan mahkamah, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang,” jelasnya. – UTUSAN

The post Tekanan hidup, beban kerja punca profesional terlibat dadah appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:00
Latest 07:46 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 06:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    06:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.