Malaysian Attention Engine
Live wire
46'Krisis Negeri Sembilan bukan salah DAP'- Anthony Loke46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport44Indonesia belum jawab tawaran bantuan Malaysia tangani kebakaran Kalimantan - Zahid43General : LCS 1 Completion Not Dependent On RCI, Shipbuilder Told To Speed Up Work - Khaled39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara36General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia34Mahkamah sahkan cerai taklik selepas suami tikam isteri enam kali34Malaysia awaits Indonesia’s response on haze operation as talks continue, says Fahmi34Kritiklah dasar, kritiklah kerajaan, tapi jangan heret ayat suci al-Quran - Dr Taufiq33Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin33Orang utan rescued in Indonesia fires ‘walked through’ flames, says nonprofit CEO31China beats Thailand to reach badminton world junior team championships final
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Terap nilai hormat, kasih sayang bendung buli di sekolah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 12:40 MYTLatest activity 11 Oct, 12:40BMconfidence 60%

What happened

Terap nilai hormat, kasih sayang bendung buli di sekolah (Harian Metro, 12:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Terap nilai hormat, kasih sayang bendung buli di sekolah

By Muhammad Saufi Hassan · 11 Oct, 12:40 MYT

am@hmetro.com.my

Sintok: Budaya menghormati antara satu sama lain sama ada di institusi pendidikan, keluarga dan struktur masyarakat menjadi antara faktor yang boleh mengekang kegiatan buli.

Elemen itu, yang dipandang remeh sesetengah pihak membuka ruang kepada perubahan sikap secara mendadak oleh pelajar dan ia wajar ditekankan di peringkat sekolah rendah lagi.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berkata, penekanan sejak awal itu adalah perlu kerana ia membabitkan fasa permulaan kehidupan murid-murid sehinggalah dewasa.

Katanya, rasa hormat yang kemudiannya membentuk kasih sayang sesama insan itu amat penting dalam membentuk sahsiah seseorang dan ia sepatutnya dipupuk bermula dari sekolah rendah.

"Kita melihat dari generasi ke generasi bagaimana dengan rasa hormat itu menjadikan kita dikenali dengan baik.

"Sama juga dengan sekolah, bila murid-murid hormat ibu bapa, guru, imam dan pemimpin tempatan, secara automatik, kita terhindar dari melakukan kegiatan tidak baik seperti buli.

"Akan timbul perasaan kasih sayang sesama rakan sekolah dan rakan sekampung dan ia akan berterusan ke peringkat pengajian tinggi serta fasa kehidupan seterusnya," katanya.

Terdahulu beliau menyantuni murid-murid Sekolah Kebangsaan Mahang yang menyertai Kem Pembangunan Duta Digital, di sini hari ini.

Hadir sama Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM Dr Mazli Mutazam dan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan, Abd Rasid Abdul Rahaman.

Muhamad Khizri berkata, murid-murid juga perlu dilatih untuk sentiasa peka dalam menerima perbezaan merangkumi rupa paras, latar belakang keluarga, bangsa, atau tahap keupayaan dan sama sekali tidak menjadikannya sebagai bahan ejekan.

"Kita perlu tahu setiap orang mempunyai ruang peribadi dan perasaan yang perlu dijaga. Jadi elakkan mengusik keterlaluan kerana ia boleh mencetuskan ketegangan.

Selain itu, jangan rahsiakan masalah di sekolah, berani berkongsi dan mengadu kepada yang sepatutnya juga boleh menjadi kaedah terbaik mengelakkan buli, " katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow13:0014:00
Latest 14:50 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 12:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Terap nilai hormat, kasih sayang bendung buli di sekolah · Malaysian Attention Engine