'Terkejut tengok dalam akaun bank masuk wang RM1 billion'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM – Niat untuk memeriksa baki simpanan menerusi aplikasi perbankan digital bertukar menjadi detik mengejutkan apabila seorang pengguna mendapati akaun bank miliknya menerima wang berjumlah lebih RM1 bilion.Kejadian luar biasa tersebut dikongsi pengguna itu menerusi aplikasi Threads menggunakan akaun Wmfwza selepas mendapati transaksi bernilai RM1,000,315,879 dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya ketika memeriksa ganjaran promosi.Berdasarkan tangkap layar resit transaksi yang dimuat naik, kemasukan wang berkenaan direkodkan sebagai Bank Adjustment bagi kempen ganjaran tunai Merdeka da (Sinar Harian, 16:51)
Read the reporting
1 report'Terkejut tengok dalam akaun bank masuk wang RM1 billion'
SHAH ALAM – Niat untuk memeriksa baki simpanan menerusi aplikasi perbankan digital bertukar menjadi detik mengejutkan apabila seorang pengguna mendapati akaun bank miliknya menerima wang berjumlah lebih RM1 bilion.Kejadian luar biasa tersebut dikongsi pengguna itu menerusi aplikasi Threads menggunakan akaun Wmfwza selepas mendapati transaksi bernilai RM1,000,315,879 dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya ketika memeriksa ganjaran promosi.Berdasarkan tangkap layar resit transaksi yang dimuat naik, kemasukan wang berkenaan direkodkan sebagai Bank Adjustment bagi kempen ganjaran tunai Merdeka dan Hari Malaysia.Terkejut melihat jumlah luar biasa itu, pemilik akaun berkenaan meluahkan perasaannya menerusi hantaran dalam loghat Sarawak."Begegar nyawa ngga duit dlm acc banyak gilak gia," tulisnya.Bagaimanapun, pengalaman bergelar bilionair itu tidak berpanjangan apabila Wmfwza mengambil keputusan memaklumkan perkara tersebut pada pihak bank.Menerusi perkongsian terbaharunya di Threads, pemilik akaun itu menjelaskan bahawa pihak terlibat sudah membuat pembetulan terhadap jumlah wang yang dipaparkan dalam akaunnya.Malah, dia turut memaklumkan bahawa pihak bank akan memberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan atas kejujurannya dengan menghubungi mereka lebih awal bagi memaklumkan perkara berkenaan."Alhamdulillah dah selesai. Bank pun dah 'clearkan amount' ya. Memang silap dari bank."Sebagai tanda terima kasih sebab 'contact' awal sidak (mereka). Daknya(mereka) akan beri reward, just tunggu email," katanya menerusi hantaran tersebut.Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi warganet mengenai pengalaman menjadi bilionair dalam tempoh singkat, selain tertanya-tanya apakah ganjaran yang bakal diterima pengguna berkenaan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian16:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.