Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tersebutlah kisah bajet pilihan raya

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 10:00 MYTLatest activity 17 Oct, 10:00BMconfidence 60%

What happened

Apabila sesebuah kerajaan Malaysia memasuki tahun ketiga pemerintahan dan membentangkan belanjawan untuk tahun berikutnya, ada satu soalan yang lazim ditanya, apatah lagi jika belanjawan menawarkan pelbagai inisiatif yang dilihat baik untuk rakyat. Yang bertanya termasuklah ahli politik terutamanya pembangkang, penganalisis dan ahli akademik, media, dan orang ramai. (Free Malaysia Today, 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Tersebutlah kisah bajet pilihan raya

By Mohsin Abdullah · 17 Oct, 10:00 MYT

Apabila sesebuah kerajaan Malaysia memasuki tahun ketiga pemerintahan dan membentangkan belanjawan untuk tahun berikutnya, ada satu soalan yang lazim ditanya, apatah lagi jika belanjawan menawarkan pelbagai inisiatif yang dilihat baik untuk rakyat. Yang bertanya termasuklah ahli politik terutamanya pembangkang, penganalisis dan ahli akademik, media, dan orang ramai.

Pertanyaannya ialah, adakah belanjawan yang dibentang satu belanjawan pilihan raya? Mengapa ditanya sedemikian ialah kerana banyak goodies yang diberi menerusi belanjawan itu.

Most of the time yang diluah bukan pertanyaan. Sebaliknya, ia satu syak oleh orang yang bertanya. Si penanya sudah membuat kesimpulan sendiri sebelum bertanya, hence giving a statement under the guise of a question . Lalu orang yang bertanya mensyaki goodies bertujuan untuk mengambil hati rakyat supaya mengundi parti memerintah yakni pihak yang membentangkan belanjawan apabila pilihan raya diadakan kelak.

Adakala apa yang disyaki memang benar. Adakala tidak. Boleh dikata semua kerajaan pernah menghadapi persoalan seumpama itu.

Tempoh hari Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan untuk 2027. Like PMX or not kena akui it is a good budget . Banyak memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat sekali gus menimbulkan 'syak' this is an election budget . Sebenarnya sebelum Anwar bentang belanjawan pun, ada pihak sudah kata apa yang akan dibentang ialah belanjawan pilihan raya meskipun mandat kerajaan akan hanya tamat pada Februari 2028.

Semasa belanjawan dibahaskan di Parlimen, ada yang timbulkan soal election budget . Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mendakwa belanjawan kali ini sarat dengan pengumuman berbentuk apa yang beliau sifatkan 'gula-gula'. Kata beliau, "banyak manis-manis mungkin pilihan raya tahun depan".

Berkata begitu boleh dilihat Hamzah menjangkakan rakyat akan termakan 'gula-gula'. Mungkin Hamzah bimbang 'gula-gula' akan memberikan kesan negatif ke atas pembangkang apatah lagi apabila ada pemimpin kanan PAS menyambut baik belanjawan itu. Lalu Hamzah mendakwa bantuan atau 'gula-gula' bukan faktor penentu undi.

Kata-kata itu meskipun boleh dilihat sebagai perli dan menyerang kerajaan, mungkin juga disuarakan untuk menenangkan pembangkang, jika mereka sudah cemas. Juga menaikkan semangat untuk melawan. Pendapat saya mudah: Tak kisahlah bajet pilihan raya atau bukan, janji rakyat dapat manfaat.

Lantas saya setuju dengan pandangan kawan lama saya, Kassim Muhamad, bahawa gagasan ekonomi tidak semestinya kedengaran berdegum-degum. Belanjawan yang manusiawi juga gagasan ekonomi kerana ia melibatkan orang biasa.

"Bagi sesetengah orang gagasan ekonomi mestilah kedengaran gah dan besar biar berdegum. Bagi orang biasa seperti saya, nasib orang biasa yang bergelut mencari sesuap nasi, segala bentuk bantuan itu sangat bermakna," kata si kawan lama.

Kassim memberi contoh: Bantuan kepada pesara RM750. "Ini bukanlah bentuk gagasan berdegum. Orang boleh saja melabelnya gula-gula. Seperti juga hasrat supaya warung di bandar kita diberi perhatian juga tidak gah tetapi jelas aspek sifat manusiawinya."

Bagi beliau ini bukan belanjawan pilihan raya. Ia bajet yang punya sifat manusiawi. Ini elemen penting walau apa pun bajet itu digelar.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0012:00
Latest 12:14 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
17 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Tersebutlah kisah bajet pilihan raya
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Tersebutlah kisah bajet pilihan raya · Malaysian Attention Engine