
Teruja panjat tangga langit
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BEIJING – Sebuah tangga tali yang tergantung pada ketinggian hampir 1,500 meter di Gunung Qixing, bandar Zhangjiajie menjadi tumpuan pelancong untuk merasai pengalaman pengembaraan ekstrem lagi mendebarkan, lapor laman berita VN Express. (Kosmo!, 12:27)
Read the reporting
1 report
Teruja panjat tangga langit
BEIJING – Sebuah tangga tali yang tergantung pada ketinggian hampir 1,500 meter di Gunung Qixing, bandar Zhangjiajie menjadi tumpuan pelancong untuk merasai pengalaman pengembaraan ekstrem lagi mendebarkan, lapor laman berita VN Express.
Kawasan pelancongan terkenal di Wilayah Hunan itu sinonim dengan tiang-tiang batu pasir yang tersergam indah.
Namun, laluan mendaki di Gunung Qixing yang berketinggian 1,528 meter dari aras laut itu menjadi tumpuan utama peminat kembara ekstrem.
Menurut laporan Travel China Guide, pengunjung diberi pilihan dua laluan pendakian mengikut tahap keupayaan fizikal masing-masing.
Majoriti pelawat memilih laluan 1 sepanjang 1.2 kilometer yang mengambil masa sekitar tiga jam.
Laluan ini pilihan popular kerana tahap kesukarannya lebih rendah serta menampilkan tarikan utama yang dinamakan tangga langit.
Diiktiraf Guinness World Records sebagai tangga terpanjang di dunia, struktur sepanjang 168 meter itu tergantung kira-kira 1,500 meter di atas permukaan tanah. – AGENSI
The post Teruja panjat tangga langit appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.