
Thailand cadang penalti kontrak Thai Airways susulan kegagalan kendali bagasi penumpang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand bercadang menambah peruntukan penalti dalam kontrak pengendalian darat Thai Airways susulan kegagalan perkhidmatan baru-baru ini di Lapangan Terbang Suvarnabhumi yang menjejaskan pelanggan. (Berita Harian, 14:22)
Read the reporting
1 report
Thailand cadang penalti kontrak Thai Airways susulan kegagalan kendali bagasi penumpang
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand bercadang menambah peruntukan penalti dalam kontrak pengendalian darat Thai Airways susulan kegagalan perkhidmatan baru-baru ini di Lapangan Terbang Suvarnabhumi yang menjejaskan pelanggan.
Syarikat Thai Airways International Public Company Limited mengalami masalah dalam perkhidmatan pengendalian darat serta pengurusan beban kerja gudang kargo di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dari 26 hingga 30 September lalu.
Lebih 10,000 bagasi terkumpul selepas banjir menghalang kakitangan Thai Airways daripada hadir bekerja, sekali gus menjejaskan operasi pengasingan dan pengendalian bagasi.
Menteri Pengangkutan, Phiphat Ratchakitprakarn, berkata insiden itu menjejaskan reputasi Thailand dan merugikan pelanggan.
Beliau difahamkan sebanyak 80 beg penumpang masih belum dipulangkan, sementara pihak berkenaan menghubungi pemilik untuk mengatur penghantaran.
Kementerian Pengangkutan membincangkan perkara itu dengan Airports of Thailand Public Company Limited (AOT) dan kedua-dua pihak bersetuju kontrak pengendalian darat Thai Airways perlu dikaji semula dan dipinda, walaupun perjanjian sedia ada antara AOT dengan syarikat penerbangan itu masih berbaki 15 tahun.
Kajian semula itu bertujuan memasukkan peruntukan penalti dalam kontrak bagi perkhidmatan pengendalian darat dan pengurusan gudang kargo.
Berbeza dengan kontrak pengendali lain, perjanjian sedia ada Thai Airways tidak mempunyai peruntukan denda atau penalti.
Phiphat berkata, pindaan kontrak itu dapat membantu mengelakkan kejadian sama berulang sehingga menimbulkan masalah kepada pelanggan.
Beliau berkata, kementerian dan AOT akan terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, yang menyelia Thai Airways yang menjadi pemegang saham utama syarikat penerbangan itu.
Ketua Setiausaha Tetap kementerian berkenaan juga mempengerusikan lembaga pengarah syarikat penerbangan itu.
Perbincangan akan merangkumi kesan dan kerugian akibat insiden berkenaan, selain menetapkan kerangka tindakan yang jelas sebelum rundingan diadakan dengan pihak pengurusan Thai Airways.
"Pelanggan boleh mengemukakan aduan atau menuntut pampasan atas kerugian berkaitan bagasi penumpang dan kargo.
"Pertimbangan mengenai penalti adalah urusan dalaman Thai Airways dan terletak di bawah tanggungjawab pengurusan Kementerian Kewangan serta syarikat penerbangan itu.
"Peranan AOT ketika ini adalah menyelaras segera dengan Thai Airways bagi mengesan 80 beg yang masih belum dipulangkan dan menyerahkannya kepada penumpang," katanya.
Pengerusi Lembaga Pengarah AOT, Apirat Chaiwongnoi, berkata beliau mengarahkan AOT, selaras dengan dasar Kementerian Pengangkutan, meneliti kaedah rundingan dengan Thai Airways yang menyediakan perkhidmatan pengendalian darat dan pengurusan gudang kargo.
Beliau berkata, kontrak itu perlu memasukkan penalti kewangan atau pampasan sekiranya Thai Airways gagal memenuhi obligasi kontraknya, memandangkan AOT selaku pemilik kontrak turut mengalami kerugian secara langsung. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.