Malaysian Attention Engine
Live wire
72RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202766Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara66Alllocation for SARA, STR aid raised to RM16bil for 202765General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon54Negara bangga, ribuan petugas jayakan F1 Gulf Bahrain – PM52Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202750Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat47Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor46Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00046Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok45General : UM Moves To Hybrid Classes From Oct 12 As Haze Precaution
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Tiada keperluan kerajaan beli semula karya P Ramlee berstatus domain awam - KARYAWAN

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:54 MYTLatest activity 9 Oct, 12:54BMconfidence 60%

What happened

Tiada keperluan kerajaan beli semula karya P Ramlee berstatus domain awam - KARYAWAN (Harian Metro, 12:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Tiada keperluan kerajaan beli semula karya P Ramlee berstatus domain awam - KARYAWAN

By Puteri Alia Zanaruddin · 9 Oct, 12:54 MYT

puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) berpandangan tiada keperluan kerajaan untuk membeli khazanah filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk dijadikan aset warisan negara kerana karya Allahyarham kini berada di dalam domain awam dan boleh digunakan secara percuma.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, filem- utama P Ramlee yang kini berusia sekitar 60 hingga 70 tahun itu tidak lagi dilindungi hak cipta di bawah Akta Hak Cipta semasa yang hanya memperuntukkan tempoh perlindungan selama 50 tahun bagi karya sinematografi.

"Setiap filem perlu diteliti berdasarkan tarikh dan tempat penerbitan pertama, negara asal, undang-undang hak cipta yang terpakai pada ketika itu, pemilikan hak cipta, serta peruntukan peralihan yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Fredie, sekiranya hak cipta sesuatu filem telah tamat tempoh dan memasuki domain awam, ia boleh digunakan tanpa sebarang bayaran kepada mana-mana pihak.

Katanya, cadangan agar kerajaan membeli hak cipta filem P Ramlee tidak timbul sama sekali kerana bahan berkenaan kini boleh dimanfaatkan secara percuma serta tidak memerlukan kebenaran pemilik asal bagi sebarang kegiatan penayangan atau komersil.

Freddie turut menegaskan bahawa konsep domain awam amat penting bagi merangsang kreativiti dan penghasilan karya terbaharu.

"Apabila sesuatu karya memasuki domain awam, orang ramai boleh menggunakannya secara bebas untuk diadaptasi, ditafsir semula, diterjemahkan, dipersembahkan dan dikembangkan tanpa perlu mendapatkan kebenaran atau membayar yuran pelesenan kepada pemilik hak cipta asal.

"Ini membolehkan generasi baharu pengkarya filem mengolah warisan budaya kita menjadi karya muzik, filem, kesusasteraan, seni dan pelbagai bentuk karya kreatif yang baharu, sekali gus menjadikan ilmu serta budaya lebih mudah diakses.

"Domain awam memastikan karya-karya penting akhirnya menjadi sebahagian daripada warisan budaya yang dikongsi bersama secara automatik," katanya.

Menerusi akses percuma ini, pelajar, pendidik, penyelidik, perpustakaan, pembikin filem serta masyarakat awam dapat mengakses dan menggunakan bahan berkenaan dengan lebih bebas tanpa terhad kepada pihak yang berkemampuan membayar yuran pelesenan.

Mengulas lanjut, Freddie berkata meskipun hak cipta memberikan pencipta atau pemegang hak tempoh eksklusif penting terhadap karya mereka, kawalan itu tidak sepatutnya dijalankan selama-lamanya.

"Domain awam mengembalikan keseimbangan dengan memastikan bahawa selepas tempoh perlindungan yang ditetapkan undang-undang tamat, karya tersebut tersedia untuk digunakan oleh masyarakat secara keseluruhannya tanpa sebarang bayaran.

"Dengan cara ini, hak cipta akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu pencipta diberikan tempoh hak eksklusif, manakala masyarakat akhirnya mewarisi karya tersebut sebagai sebahagian daripada warisan budaya bersama," ujarnya.

Terdahulu, menurut laporan Bernama berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal rasmi Parlimen beberapa topik menjadi tumpuan utama di sidang Dewan Rakyat baru-baru ini antaranya isu pemeliharaan khazanah seni.

Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar yang meminta Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengemas kini inisiatif kerajaan bagi memperoleh atau membeli semula hak pemilikan, hak cipta serta pengurusan filem P Ramlee agar dapat dipelihara sebagai aset warisan negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:0014:0015:0016:00
Latest 16:15 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 12:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.