Malaysian Attention Engine
Live wire
47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44Brighton & Hove Albion v Crystal Palace - Premier League live updates and latest as Seagulls host Eagles43Hujan lebat cetus banjir, kerosakan di Korea Selatan3912 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat35Perjalanan pulang terakhir... 2 beranak maut kenderaan dihempap kontena34Polis bertempur penunjuk perasaan di Perancis33Protes Perancis makin ganas, perusuh ceroboh premis jenama mewah33Bapa, anak maut dihempap kontena ketika dalam perjalanan pulang ke rumah32Football: Soccer-Mbappe double helps Real Madrid sweep aside Sevilla ahead of El Clasico31General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan31Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara30Ketua jabatan perlu manfaat HBH, sesuaikan dengan keadaan jerebu - KPPA
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Tidak boleh dilaksanakan pada perkara maksiat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 06:05 MYTLatest activity 19 Oct, 06:05BMconfidence 60%

What happened

Dalam kehidupan seorang Muslim, nazar sering dikaitkan dengan harapan, doa dan janji kepada Allah SWT. Ada yang bernazar apabila memperoleh kejayaan dalam kerjaya, dikurniakan zuriat, sembuh daripada penyakit atau terlepas daripada kesusahan hidup. (Harian Metro, 06:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·5 min read

Tidak boleh dilaksanakan pada perkara maksiat

By Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim · 19 Oct, 06:05 MYT

Dalam kehidupan seorang Muslim, nazar sering dikaitkan dengan harapan, doa dan janji kepada Allah SWT. Ada yang bernazar apabila memperoleh kejayaan dalam kerjaya, dikurniakan zuriat, sembuh daripada penyakit atau terlepas daripada kesusahan hidup.

Nazar pada asasnya suatu bentuk komitmen seseorang kepada Allah SWT untuk melakukan amalan tertentu sebagai ketaatan kepada-Nya. Namun begitu, tidak semua perkara boleh dijadikan objek nazar. Islam menetapkan nazar tidak boleh ditujukan kepada perkara maksiat, bahkan nazar yang melibatkan perbuatan diharamkan tidak boleh dilaksanakan.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan nazar? Mengapakah nazar pada perkara maksiat tidak dibenarkan? Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya seseorang terlanjur bernazar untuk melakukan sesuatu bertentangan dengan syariat Islam?

Fahami konsep nazar dalam Islam

Daripada sudut fiqh, nazar merujuk kepada komitmen seseorang Muslim untuk melakukan sesuatu amalan pada asalnya tidak diwajibkan ke atasnya oleh syarak, lalu mewajibkannya ke atas dirinya sendiri melalui lafaz nazar yang memenuhi syarat. Sebagai contoh, seseorang berkata, "Jika saya memperoleh pekerjaan yang diimpikan, saya bernazar untuk sembelih kambing kerana Allah SWT untuk diberi makan kepada fakir miskin."

Dalam keadaan ini, sedekah amalan yang disyariatkan. Apabila nazar itu sah dan syarat yang ditetapkan telah berlaku, individu berkenaan wajib menunaikan nazarnya menurut ketetapan syarak.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Insan, ayat 7 yang bermaksud: "Mereka menyempurnakan nazar mereka dan mereka takut akan hari yang azabnya merata-rata di mana-mana."

Ayat ini menunjukkan kepentingan menunaikan nazar yang sah. Bagaimanapun, kewajipan itu tidak bermaksud seseorang bebas menjadikan apa-apa sahaja sebagai nazar. Ia tetap tertakluk kepada hukum halal dan haram serta prinsip ketaatan kepada Allah SWT.

Nazar bukan jaminan dan keizinan untuk melakukan maksiat

Prinsip utama dalam perbahasan nazar ialah sesuatu yang haram tidak berubah menjadi halal hanya kerana seseorang telah bernazar untuk melakukannya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, hendaklah dia mentaatinya. Sesiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat kepada Allah, janganlah dia melakukan maksiat kepada-Nya."

(Hadis ini dirwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih al-Bukhari)

Hadis itu memberikan garis panduan yang jelas bahawa nazar yang berkaitan dengan ketaatan perlu ditunaikan apabila memenuhi syaratnya, sedangkan nazar yang berkaitan dengan maksiat tidak boleh dilaksanakan.

Sebagai contoh, seseorang bernazar jika dia mendapat kenaikan pangkat, dia akan memutuskan hubungan silaturahim dengan ahli keluarganya. Nazar seperti ini tidak boleh dijadikan alasan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan.

Hal ini membuktikan bahawa dalam Islam, niat dan janji seseorang tidak mengatasi ketetapan syarak. Ketaatan kepada Allah SWT sentiasa menjadi asas utama dalam menentukan tindakan seseorang Muslim.

Niat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah

Islam amat menitikberatkan hubungan antara niat, amalan dan hukum syarak. Sesuatu perbuatan tidak boleh dianggap baik semata-mata kerana seseorang mendakwa mempunyai niat yang baik. Niat yang baik perlu disertai cara dibenarkan oleh agama.

Sebagai contoh, seseorang mungkin bernazar untuk memberikan wang kepada golongan miskin daripada hasil kegiatan yang haram. Walaupun membantu golongan miskin itu amalan kebajikan, kegiatan haram itu tetap tidak dibenarkan. Begitu juga seseorang tidak boleh bernazar untuk melakukan perbuatan maksiat dengan alasan mahu menguji kesabaran, memenuhi kehendak orang lain atau mendapatkan sesuatu yang diingininya.

Prinsip ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik."

Ayat ini mengingatkan bahawa kehidupan seorang Muslim perlu berpaksikan perkara yang halal dan baik.

Oleh itu, sebelum melafazkan nazar, seseorang perlu berfikir dengan teliti dan memahami implikasi syarak terhadap janji yang dibuat. Nazar bukanlah perkara yang wajar dilafazkan secara spontan ketika terlalu gembira, kecewa, marah atau terdesak.

Apakah yang perlu dilakukan jika terlanjur bernazar untuk melakukan maksiat?

Persoalan ini penting kerana ada melafazkan nazar ketika emosi yang tidak stabil. Ada yang mengaitkan nazar dengan kemarahan, pertelingkahan keluarga, hubungan persahabatan atau keputusan peribadi. Sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan maksiat, tindakan yang wajib diambil ialah tidak melaksanakan perbuatan itu.

Namun, persoalan sama ada dia turut diwajibkan membayar kafarah perlu diteliti berdasarkan jenis lafaz nazar, keadaan yang berlaku dan perbahasan fiqh berkaitan.

Terdapat hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Tiada nazar dalam perkara maksiat, dan kafarahnya ialah kafarah sumpah." (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan Abi Dawud)

Para ulama membincangkan dalil berkaitan nazar maksiat dan kewajipan kafarah berdasarkan perincian hukum serta perbezaan pandangan dalam mazhab.

Oleh itu, seseorang tidak seharusnya membuat keputusan sendiri tanpa memahami bentuk lafaz yang digunakan. Jika nazar tersebut berbentuk janji bersyarat, sumpah atau lafaz lain yang mempunyai implikasi hukum berbeza, penilaian yang tepat perlu dilakukan.

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, rujukan kepada pihak berautoriti agama termasuk pejabat mufti atau jabatan agama Islam negeri, amat digalakkan untuk mendapatkan penjelasan berdasarkan mazhab dan panduan hukum yang diterima pakai. Paling penting, seseorang hendaklah bertaubat jika mempunyai niat atau kecenderungan melakukan maksiat, menyesali kesilapan serta bertekad untuk tidak mengulanginya.

Jangan jadikan nazar sebagai alat memaksa takdir

Seperkara yang perlu difahami ialah nazar bukanlah mekanisme untuk memaksa Allah SWT memenuhi kehendak manusia. Hakikatnya, Allah SWT tidak terikat dengan kehendak manusia. Segala ketentuan berada di bawah kebijaksanaan dan kekuasaan-Nya.

Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa nazar tidak mengubah ketentuan Allah, sebaliknya ia boleh menyebabkan seseorang mengeluarkan sesuatu daripada hartanya yang sebelum itu tidak diwajibkan ke atasnya. Peringatan ini diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Oleh itu, umat Islam lebih digalakkan memperbanyak doa, bersedekah secara sukarela, melakukan amal soleh dan bertawakal kepada Allah SWT tanpa menjadikan nazar sebagai syarat untuk memperoleh sesuatu.

Akhir sekali, ingin diingatkan nazar ialah perkara yang mempunyai implikasi hukum dalam Islam dan tidak boleh dipandang ringan. Nazar yang sah dalam perkara ketaatan wajib ditunaikan apabila syaratnya dipenuhi manakala nazar untuk melakukan maksiat tidak boleh dilaksanakan. Hal ini membuktikan janji manusia tidak boleh mengatasi perintah Allah SWT dan larangan-Nya.

Masyarakat perlu memahami bahawa kesungguhan beragama bukan diukur melalui banyaknya nazar yang dilafazkan, tetapi melalui ketaatan, keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan perkara yang diredai Allah SWT. Sebelum bernazar, fikirkan implikasinya.

Sesungguhnya, seorang Muslim tidak boleh menjadikan nazar sebagai alasan untuk melakukan dosa. Sebaliknya, setiap janji kepada Allah SWT hendaklah mencerminkan ketaatan kepada-Nya, bukan menjadi jalan untuk melanggar batas syariat.

Penulis Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:00
Latest 07:40 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 06:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.