
'Tidak realistik DAP nak rampas Duyong daripada BN'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MELAKA: Hasrat DAP untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, disifatkan sebagai cita-cita politik terlalu besar dan tidak berpijak pada realiti perkembangan semasa. (Berita Harian, 15:35)
Read the reporting
1 report
'Tidak realistik DAP nak rampas Duyong daripada BN'
MELAKA: Hasrat DAP untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, disifatkan sebagai cita-cita politik terlalu besar dan tidak berpijak pada realiti perkembangan semasa.
Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Kamaruddin Sedik, berkata meskipun Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis pada PRN lalu, landskap politik kali ini dijangka berbeza, khususnya jika kerjasama antara BN dan gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) dapat direalisasikan.
Beliau berkata, perkembangan politik semasa serta perubahan kecenderungan pengundi berpotensi memberi kelebihan kepada BN untuk mempertahankan Duyong, sekali gus bakal menggagalkan hasrat DAP menawan kerusi berkenaan.
"Memang benar BN menang dengan majoriti tipis ketika PRN lalu tetapi politik dan kehendak rakyat pada PRN kali ini sudah jauh berubah. Harapan rakyat ialah untuk melihat kerjasama seperti yang berlaku di Negeri Sembilan, iaitu persefahaman antara PN dan BN yang dijangka hampir pasti berlaku di Melaka," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, DAP dilapor menyasarkan untuk merampas semula kerusi DUN Duyong daripada BN pada PRN Melaka.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, dilaporkan berkata parti itu sudah mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi berkenaan yang kini disandang Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem daripada BN.
Antara faktor yang memberi keyakinan kepada DAP ialah keputusan PRN Melaka 2021 apabila parti itu tewas tipis kepada BN dengan majoriti hanya 200 undi.
Kamaruddin yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Melaka berkata, sekiranya persefahaman itu dimuktamadkan tanpa pertindihan kerusi, hampir 3,000 undi yang diperoleh PAS pada PRN lalu berpotensi menjadi faktor penting dalam meningkatkan majoriti kemenangan BN di Duyong.
Katanya, penyatuan sokongan pengundi yang sebelum ini memilih PAS dengan kekuatan jentera BN mampu mengubah kiraan politik di Duyong, sekali gus menyukarkan DAP merealisasikan hasrat merampas kerusi berkenaan.
Beliau turut berpandangan prestasi penyandang DUN Duyong ketika ini menjadi satu lagi faktor yang perlu diambil kira DAP sebelum meletakkan sasaran untuk menawan kerusi itu pada PRN akan datang.
"Pada saya, kenyataan mahu merampas Duyong itu dilihat sebagai `bernafsu besar' dan tidak realistik dengan perkembangan politik semasa.
"DAP sepatutnya menilai semula kedudukan mereka berdasarkan perubahan landskap politik dan kemungkinan penyatuan sokongan pengundi yang sebelum ini berpecah," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.