
Tinggal beban kerja di meja pejabat sebelum pulang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Setiap pagi Isnin, isu yang sama bergema dalam kalangan pekerja: "Isnin lagi." Bukan kerana benci dengan kerja itu sendiri, tetapi kerana tempat kerja sering menjadi ruang paling sarat dengan tekanan, politik pejabat dan sasaran yang tidak pernah habis. (Harian Metro, 06:05)
Read the reporting
1 report
Tinggal beban kerja di meja pejabat sebelum pulang
Setiap pagi Isnin, isu yang sama bergema dalam kalangan pekerja: "Isnin lagi." Bukan kerana benci dengan kerja itu sendiri, tetapi kerana tempat kerja sering menjadi ruang paling sarat dengan tekanan, politik pejabat dan sasaran yang tidak pernah habis.
Persoalannya, mungkinkah ketenangan dan alam pekerjaan wujud dalam satu ruang yang sama atau adakah kedua-duanya sememangnya bertentangan secara semula jadi?
Jawapannya, ketenangan di tempat kerja bukan sesuatu yang datang secara automatik bersama gaji bulanan. Ia perlu dibina, sama seperti kita membina kemahiran atau kerjaya itu sendiri.
Jelas, punca sebenar bukan beban kerja walaupun ramai menyalahkan beban tugas sebagai punca ketegangan di tempat kerja. Tetapi jika direnung dengan jujur, dua pekerja dengan bebanan sama boleh mengalami tahap tekanan yang sangat berbeza. Apa bezanya? Selalunya bukan jumlah kerja yang membebankan, tetapi cara kita memegangnya sama ada kita bekerja dengan rasa terpaksa dan sentiasa membandingkan diri dengan rakan sekerja atau kita bekerja dengan kefahaman jelas tentang tujuan serta menerima bahawa tidak semua perkara dalam kawalan kita.
Dua perkara yang membina ketenangan sebenar ialah pertama, lepaskan apa yang bukan tanggungjawab kita. Ramai pekerja membawa pulang bukan sekadar tugasan yang belum siap, tetapi turut membawa pulang kemarahan bos, sikap toksik rakan sekerja dan keputusan syarikat yang mereka tiada kuasa mengubahnya.
Ketenangan mula terbentuk apabila kita belajar membezakan antara apa yang perlu kita perbaiki dan apa sepatutnya kita lepaskan sebaik sahaja meninggalkan pejabat.
Kedua, letakkan sempadan yang jelas antara kerja dan kehidupan. Zaman telefon pintar dan aplikasi mesej segera menjadikan sempadan antara waktu kerja dan waktu rehat semakin kabur.
Notifikasi kerja pada jam 11 malam sering dianggap 'biasa', sedangkan ia perlahan-lahan mencuri ruang minda yang sepatutnya diperuntukkan untuk keluarga dan diri sendiri.
Tanpa sempadan yang tegas, kita akan sentiasa 'hadir' secara fizikal di rumah, tetapi minda tetap terperangkap di pejabat.
Mencari ketenangan di tempat kerja bukan bermaksud bersikap acuh tak acuh atau tidak lagi berusaha bersungguh-sungguh. Sebaliknya, orang yang paling tenang di tempat kerja selalunya juga paling produktif kerana tenaga mereka tidak dihabiskan untuk mengeluh dan bimbang, tetapi difokuskan sepenuhnya kepada kerja yang benar-benar penting.
Bezanya jelas, seorang yang tenang bekerja kerana faham kenapa dia bekerja, manakala seorang yang gelisah sekadar bekerja sebab terpaksa. Perbezaan ini, walaupun kecil pada mulanya, membawa kesan yang besar terhadap kesihatan mental dalam jangka panjang.
Tempat kerja mungkin tidak akan pernah bebas sepenuhnya daripada tekanan, sasaran atau konflik sesama manusia dan itu realiti yang perlu diterima.
Bagaimananapun, ketenangan tidak semestinya menunggu keadaan sempurna untuk hadir. Ia boleh dipupuk di tengah kesibukan, asalkan kita bijak memilih apa yang layak dibawa pulang dan apa yang wajar ditinggalkan di meja kerja sebaik sahaja waktu pejabat berakhir.
Ketenangan di tempat kerja turut berkait dengan jangan bawa pulang beban yang tidak perlu. Tempat kerja memang tidak akan pernah bebas daripada tekanan, sasaran atau konflik sesama manusia. Itu realiti yang perlu diterima, bukan ditangisi.
Pedas tapi bermakna, untuk budaya kerja apabila ada pekerja yang menjadikan pejabat seperti 'kilang drama' iaitu setiap konflik dibawa pulang, setiap tekanan dijadikan alasan untuk merosakkan suasana rumah.
Ada yang menjadikan sasaran kerja lesen untuk murung seolah-olah dunia berakhir bila Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak tercapai. Lebih parah, ada menjadikan konflik sesama manusia senjata peribadi dan membawa dendam dari bilik mesyuarat ke ruang tamu.
Kalau setiap masalah di pejabat dibawa pulang, jangan hairan kalau rumah jadi lebih tegang daripada tempat kerja!
Jangan salahkan takdir bila sebenarnya sikap kita sendiri yang gagal membezakan antara kerja dan kehidupan. Pesanan ini termasuk pisahkan kerja dan kehidupan dengan meninggalkan beban di meja kerja, pulang dengan hati yang ringan.
Belajar untuk reda bukan pasrah. Reda bukan bermakna menyerah, tetapi menerima apa yang di luar kawalan sambil terus berusaha.
Matangkan diri melalui konflik kerana konflik bukan alasan untuk berpecah, tetapi peluang untuk belajar memahami manusia.
Jadikan ketenangan sebagai KPI peribadi. Prestasi kerja boleh diukur dengan angka, tetapi ketenangan jiwa hanya boleh diukur dengan cara kita pulang ke rumah tanpa membawa racun dari pejabat.
Ketenangan bukan hadiah daripada keadaan sempurna, tetapi hasil daripada kebijaksanaan memilih apa yang perlu ditinggalkan. Usaha melahirkan pencapaian, reda melahirkan ketenangan dan antara kedua-duanya lahirlah manusia matang yang mampu memimpin organisasi dengan jiwa tenang.
Penulis Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteteraman Awam, Seri Alam, Johor
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.