
Tingkat tahap kesukaran di Budapest
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Terjun Malaysia Aquatics (MAS), Yeoh Ken Nee menyeru penerjun negara meningkatkan tahap kesukaran terjunan agar mereka benar-benar bersedia menjelang Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest bermula 26 Jun hingga 18 Julai tahun depan. (Berita Harian, 18:27)
Read the reporting
1 report
Tingkat tahap kesukaran di Budapest
KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Terjun Malaysia Aquatics (MAS), Yeoh Ken Nee menyeru penerjun negara meningkatkan tahap kesukaran terjunan agar mereka benar-benar bersedia menjelang Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest bermula 26 Jun hingga 18 Julai tahun depan.
Menurutnya, kejohanan dunia itu bakal menjadi platform penting untuk penerjun negara menguji kemampuan selain memburu slot ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
"Tempoh kelayakan Olimpik semakin hampir. Kami mempunyai kira-kira lapan bulan untuk membuat persiapan, jadi ia akan menjadi tempoh yang mencabar buat penerjun dan barisan kejurulatihan," katanya yang melihat wakil negara mempunyai tempoh lebih kurang lapan untuk melakukan persiapan.
Sebagai makluman, atlet yang berjaya menduduki kelompok lapan terbaik dalam acara individu berpeluang mendapatkan tiket awal ke LA28.
Justeru, setiap penerjun perlu memastikan ketepatan pelaksanaan dan konsistensi ketika melakukan terjunan.
"Penerjun kita perlu melakukan terjunan yang lebih dinamik dan bertenaga, dengan tahap kesukaran lebih tinggi serta pelaksanaan yang lebih baik.
"Perkara ini perlu diberi tumpuan jika kita mahu memperoleh markah lebih tinggi dan merapatkan jurang dengan negara terkemuka di peringkat antarabangsa," katanya.
Pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebelum ini, skuad terjun negara membawa pulang satu pingat perak dan dua gangsa, sekali gus melepasi sasaran awal satu pingat gangsa.
Oleh itu, beliau mengakui China kekal sebagai penanda aras dunia, namun menegaskan keutamaan Malaysia adalah memperbaiki prestasi sendiri, terutama dari segi tahap kesukaran, pelaksanaan dan konsistensi.
"Tumpuan kita sekarang bukan sekadar membandingkan diri dengan China. Kita perlu terus meningkatkan standard penerjun sendiri, khususnya dalam aspek tahap kesukaran, pelaksanaan dan konsistensi.
"Jika penerjun kita dapat melakukan terjunan secara konsisten dengan kesilapan minimum, kita mampu bersaing dan mencabar untuk meraih pingat dalam acara seirama," katanya.
LA28 menawarkan 136 slot bagi sukan terjun menerusi lapan acara, merangkumi empat acara individu dan empat acara seirama.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.