
Tok Mat nasihat tangguh dulu umrah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Menteri Luar Mohamad Hasan nasihat rakyat Malaysia tangguh dulu hasrat menunaikan ibadah umrah susulan serangan di lapangan terbang di Riyadh, sehingga mengorbankan 12 nyawa. (Gambar Reuters) PETALING JAYA: Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan ibadah umrah buat sementara waktu, kata Menteri Luar Mohamad Hasan. (Free Malaysia Today, 15:47)
Read the reporting
1 report
Tok Mat nasihat tangguh dulu umrah
Menteri Luar Mohamad Hasan nasihat rakyat Malaysia tangguh dulu hasrat menunaikan ibadah umrah susulan serangan di lapangan terbang di Riyadh, sehingga mengorbankan 12 nyawa. (Gambar Reuters) PETALING JAYA: Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan ibadah umrah buat sementara waktu, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.
Katanya, nasihat itu susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 terkorban, manakala 300 cedera.
"Di Makkah masih tidak ada (insiden). Cumanya ada misil yang telah meletup di Riyadh...jadi kita minta supaya rakyat Malaysia elok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Makkah dan Madinah)," katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri kebarangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Semalam, Kementerian Luar melaporkan tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi, pada Sabtu.
Dalam kenyataan, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan 12 terkorban, manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan itu.
Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin, dan Sudan dilaporkan terbunuh.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today15:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.