Malaysian Attention Engine
Live wire
57Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB51World : Wildfire Traps Firefighters And Volunteers In Indonesia's Mount Bromo National Park, Killing 449KESUMA sedia garis panduan gaji permulaan berdasarkan MASCO48Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM47Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki46Polis bongkar makmal dadah sintetik RM18.19 juta di Masai dan Permas Jaya45‘Saya pemandu Myvi tu, tapi bukan salah saya’44Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan44'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute43Ibu maut nahas ketika hantar anak ke sekolah41Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewConfirmedupdated 1 h ago

Tuah bakat cilik Sabah, Qaisyah julang kejuaraan Pentas Little Star

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
12
0 vs 2 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 15:48 MYTLatest activity 16 Oct, 16:04BMconfidence 72%

What happened

KUALA LUMPUR: Pentas seni bakat cilik tanah air terus mekar apabila Pentas Little Star anjuran portal gaya hidup SirapLimau melabuhkan tirainya dengan detik manis buat si cilik berasal dari Sabah, Qaisyah Khairunnisa Syahlil. (Berita Harian, 15:48)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Tuah bakat cilik Sabah, Qaisyah julang kejuaraan Pentas Little Star

By Nurshafika Suhaimi · 16 Oct, 15:48 MYT

KUALA LUMPUR: Pentas seni bakat cilik tanah air terus mekar apabila Pentas Little Star anjuran portal gaya hidup SirapLimau melabuhkan tirainya dengan detik manis buat si cilik berasal dari Sabah, Qaisyah Khairunnisa Syahlil.

Berbekalkan bakat dan sokongan padu peminat, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dinobatkan sebagai juara musim pertama pertandingan berkenaan selepas mengumpul 200,889 undian secara keseluruhan.

Sepanjang kempen berlangsung, saingan bakat yang ditunjukkan 20 peserta cilik berjaya memukau perhatian penonton.

Ini terbukti menerusi rekod 497,087 undian yang diterimanya daripada 23,685 pengundi, sekali gus mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam menyerlahkan potensi generasi muda.

Selain Qaisyah, empat lagi peserta turut menerima hadiah sagu hati hasil kutipan undian masing-masing.

Mereka ialah Amatullah Hamidah yang meraih 191,022 undi, Naufa Nur Azween (66,462 undi), Nur Khayla Azzahra (55,250 undi) dan Puteri Azalia (23,420 undi).

Bagi Qaisyah, kemuncak kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan di atas kertas, sebaliknya pendorong utama untuk dia melangkah lebih jauh dalam dunia seni suara.

Lebih bermakna, kejayaan itu diharap dapat membuka jalan buatnya mengikut jejak langkah kakaknya, Qahirah, yang pernah mengharumkan nama negara pada Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Saya sangat gembira kerana berjaya mencapai salah satu impian saya iaitu memenangi pertandingan ini.

"Selepas kemenangan ini, saya berharap dapat mengikuti jejak langkah kakak saya, Kak Qahirah, yang pernah mewakili Malaysia ke World Championship of Performing Arts di Los Angeles, Amerika Syarikat," katanya.

Mengulas mengenai perancangan masa depannya, si cilik ini turut menyimpan hasrat untuk menjuarai Pertandingan Sugandoi Dazanak peringkat negeri Sabah akan datang, di samping bercita-cita menjadi penyanyi yang berilmu dan serba boleh.

Menelusuri detik kejayaan itu, ibunya, Shanty Jaunan menyifatkan penglibatan anak kesayangannya dalam Pentas Little Star sebagai satu pengalaman bermakna, terutamanya apabila melihat sendiri kesungguhan Qaisyah mengasah bakat.

"Pada awalnya, saya akui agak sukar untuk membayangkan Qaisyah menjuarai pertandingan ini kerana peserta Top 20 dibarisi bakat-bakat yang sudah dikenali dalam dunia hiburan, seperti adik Azalia, adik Cinta Suci dan lain-lain.

"Namun, apabila melihat kesungguhan Qaisyah untuk memenangi pertandingan ini, kami sebagai ibu bapa akan sentiasa memberikan sokongan dan melakukan yang terbaik untuk membantunya mencapai kejayaan," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kempen Pentas Little Star, Siti Haidatina menjelaskan pihaknya berharap program berkenaan dapat terus dijadikan platform utama dalam mencungkil serta mengetengahkan lebih ramai bakat cilik di seluruh negara.

Menurut beliau, penganjuran musim pertama ini membuktikan negara tidak kurang bakat luar biasa dalam kalangan kanak-kanak, sekiranya mereka diberikan ruang dan bimbingan yang bersesuaian.

"Kami juga berharap pertandingan ini dapat menjadi titik permulaan kepada perjalanan mereka dalam bidang yang diminati, sama ada nyanyian, lakonan atau bakat lain yang mereka miliki.

"Semoga semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan ini akan terus dibawa oleh setiap peserta untuk mengembangkan bakat dan mengejar impian masing-masing," katanya.

Pencapaian julung kali ini bakal menjadi penanda aras buat SirapLimau untuk terus meraikan bakat setiap anak bangsa pada masa hadapan.

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai kempen ini boleh didapati menerusi https://siraplimau.com/pentaslittlestar/index.html atau ikuti saluran media sosial rasmi SirapLimau di @mysiraplimau.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow16:0017:00
Latest 17:11 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 15:48 MYT
Origin confidence 90% · 14 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Tuah bakat cilik Sabah, Qaisyah julang kejuaraan Pentas Little Star · Malaysian Attention Engine