Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : PM Anwar Wants Um Student Residence Project As Model of Leakage-free Development45General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE44KKM nafi dakwaan kemasukan Rohingya tinggi di hospital kerajaan43Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202541Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM41Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah40Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?39KJ wants govt to take firmer stance with Indonesia over haze38General : Early Preparations For MAHA 2028 To Begin In Jan 2027 - Mohamad Sabu36Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36General : Establish ASEAN Task Force To Combat Haze, MP Tells Dewan Rakyat35MOTAC fokus naik taraf infrastruktur pelancongan uzur
NewConfirmedupdated 1 h ago

Two dead as Istanbul endures heaviest rainfall in 80 years

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
29
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 19:27 MYTLatest activity 15 Oct, 20:15ENBMconfidence 64%

What happened

An aerial view of buildings flooded by heavy rain in Bozkurt district, Kastamonu, Turkey, in 2021. (EPA Images pic) ISTANBUL: Istanbul was on Thursday battling to recover from flooding caused by what officials said was the heaviest rainfall in the city since records began more than 80 years ago, as the downpour continued. (Free Malaysia Today, 19:27)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Dua maut, hujan paling lebat dalam tempoh 80 tahun

By WARTAWAN LUAR NEGARA · 15 Oct, 20:15 MYT

ANKARA: Istanbul pada Khamis berusaha memulihkan keadaan selepas dilanda banjir akibat hujan paling lebat sejak rekod bermula lebih 80 tahun lalu, menurut pihak berkuasa, ketika hujan lebat masih berterusan.

Hujan mula turun dengan lebat di bandar terbesar Turkiye itu pada pagi Rabu sebelum semakin deras sepanjang hari, menyebabkan keadaan kelam-kabut dan banjir kilat, dengan rakaman video menunjukkan kereta dihanyutkan arus deras.

“Kita bercakap mengenai paras taburan hujan tertinggi di Istanbul sejak rekod bermula pada 1942,” kata Gabenor Istanbul, Davut Gul.

Dua orang maut dalam kejadian banjir itu, termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang terkena renjatan elektrik ketika terpijak lopak air di kawasan Balat.

Remaja itu dikejarkan ke hospital tetapi petugas perubatan gagal menyelamatkannya, menurut pihak berkuasa.

Tiga lagi individu sedang menerima rawatan di hospital, kata Gul.

Pada petang Rabu, gabenor itu mengumumkan semua sekolah di seluruh Istanbul akan ditutup sehingga Isnin.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya berada di rumah kecuali jika benar-benar perlu keluar dan menasihatkan penduduk tinggal di kediaman bawah tanah supaya bermalam di tingkat lebih tinggi yang lebih selamat.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya menjauhi laluan sungai, laluan bawah tanah dan kawasan lain yang berisiko dilanda banjir.

Rakaman dramatik yang disiarkan dalam talian dan dikumpulkan agensi berita DHA menunjukkan deretan kereta diparkir di daerah Sariyer, di utara Istanbul, ditolak arus air berlumpur sebelum dihanyutkan.

Rakaman lain menunjukkan beberapa individu diselamatkan daripada arus deras ke tempat selamat melalui tingkap di tingkat satu, manakala di lokasi lain, dua individu yang membawa payung dilihat menaiki penyodok sebuah jengkaut besar sebelum dibawa ke tempat selamat.

Sebanyak 43 penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Istanbul di pesisir Laut Hitam terpaksa dilencongkan, begitu juga tiga penerbangan ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di bahagian Asia bandar itu.

Lapangan terbang berkenaan turut menggantung sementara operasi berlepas berikutan angin kencang, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan yang disiarkan agensi berita rasmi Anadolu.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) menubuhkan pusat krisis bagi mengendalikan insiden akibat hujan lebat itu.

Menjelang malam Rabu, sebanyak 1,277 kejadian banjir, 15 tanah runtuh, 47 individu terkandas dan dua kejadian bumbung diterbangkan angin dilaporkan.

Hujan lebat dijangka berterusan sepanjang hujung minggu ini. – AFP

The post Dua maut, hujan paling lebat dalam tempoh 80 tahun appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 44first news pick-upNEWnow
Latest 20:58 MYT
29New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
15 Oct, 19:27 MYT
Origin confidence 90% · 48 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    19:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.