Malaysian Attention Engine
Live wire
43General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE43KKM nafi dakwaan kemasukan Rohingya tinggi di hospital kerajaan42Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202540Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM40Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah39Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Motorsport: Motor racing-Red Bull extend F1 boss Mekies' contract through 203135General : PM Anwar Wants Um Student Residence Project As Model of Leakage-free Development35General : Establish ASEAN Task Force To Combat Haze, MP Tells Dewan Rakyat35Mahkamah tolak rayuan 21 kontraktor berhubung penahanan salah, pendakwaan niat jahat35MOTAC fokus naik taraf infrastruktur pelancongan uzur34Serangan Houthi: Kerajaan nasihat rakyat tangguh umrah buat sementara
NewConfirmedupdated 56 min ago

MOTAC fokus naik taraf infrastruktur pelancongan uzur

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
36
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 20:54 MYTLatest activity 15 Oct, 20:54BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) fokus menaik taraf dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur pelancongan di seluruh negara yang semakin uzur, terutama prasarana jeti dan laluan akses utama. (Berita Harian, 20:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

MOTAC fokus naik taraf infrastruktur pelancongan uzur

By Nurul Husna Mahmud · 15 Oct, 20:54 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) fokus menaik taraf dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur pelancongan di seluruh negara yang semakin uzur, terutama prasarana jeti dan laluan akses utama.

Langkah drastik itu diambil bagi menjamin keselesaan serta keselamatan pelancong tempatan mahupun antarabangsa yang melancong ke negara ini.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, berkata kementerian bersyukur menerima suntikan peruntukan lebih tinggi menerusi Belanjawan 2027 yang akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memulihkan prasarana kritikal terjejas.

"Infrastruktur seperti jeti pelancongan dan laluan akses yang uzur memerlukan penambahbaikan segera kerana ia adalah pintu masuk utama serta titik sentuhan awal (first touchpoint) pengunjung.

"Keadaan di beberapa kawasan memang perlu ditambah baik. Peruntukan ini akan diguna khas untuk menaik taraf prasarana berkenaan, di samping meneruskan siri promosi agresif terutamanya di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas anjuran Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA) di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, hari ini.

Hadir sama, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengulas lanjut, Shaharuddin menjelaskan suntikan peruntukan itu selari dengan strategi kementerian untuk memacu Kempen Visit Malaysia yang kini dilanjutkan sehingga 2027.

"Pada masa sama, kami tetap komited memelihara kebudayaan serta tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) supaya khazanah bersejarah dan identiti negara kekal dipelihara," katanya.

Bagi merancakkan kehangatan penganjuran Sukan SEA kelak, MOTAC turut menjalin kerjasama strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan Festival Budaya Malaysia di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, tahun depan.

Mengenai sasaran pasaran antarabangsa, Shaharuddin menegaskan fokus promosi akan dialihkan ke negara yang stabil dan bebas daripada sebarang krisis mahupun konflik peperangan.

"Tumpuan promosi antarabangsa dialihkan ke negara bebas peperangan. Ini merangkumi pasaran utama seperti Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong dan Australia.

"Kita turut menyasar pasaran potensi baharu di rantau Asia Tengah dan Eropah Timur seperti Rusia, Kazakhstan, Uzbekistan serta Turkmenistan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 mengumumkan peruntukan bernilai RM935 juta bagi sektor pelancongan dan kebudayaan.

Ia merangkumi usaha menaik taraf mutu kemudahan jeti serta tapak warisan berpotensi mendapat pengiktirafan UNESCO seperti Lembah Danum di Sabah, Lembah Bujang di Kedah dan Taman Negara di Pahang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 36NEWnow21:00
Latest 21:09 MYT
36New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 20:54 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    20:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

MOTAC fokus naik taraf infrastruktur pelancongan uzur
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.