Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Two decades of building the people who build Malaysia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 09:30 MYTLatest activity 20 Oct, 09:30ENBMconfidence 80%

What happened

K-Youth is one of several Khazanah initiatives aimed at nurturing the next generation of Malaysian talent in diverse fields. PETALING JAYA: Malaysia’s progress is usually measured in headline figures: GDP growth, foreign direct investment and global competitiveness. In June 2026, the country climbed eight places to 15th in the IMD World Competitiveness Ranking, underscoring its growing global standing. (Free Malaysia Today, 09:30)

Read the reporting

2 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·4 min read

2 dekad bina insan yang membina Malaysia

By Alina Khai · 20 Oct, 09:30 MYT

K-Youth antara beberapa inisiatif Khazanah bertujuan memupuk generasi bakat Malaysia yang seterusnya dalam pelbagai bidang. PETALING JAYA: Kemajuan Malaysia lazimnya diukur menerusi angka petunjuk utama: pertumbuhan KDNK, pelaburan langsung asing, dan daya saing global.

Pada Jun 2026, negara melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD, sekali gus memperkukuh kedudukannya yang semakin meningkat di peringkat global.

Namun, petunjuk utama tidak semestinya mencerminkan realiti kehidupan rakyat Malaysia. Walaupun ekonomi terus berkembang dan menarik pelaburan, ramai masih berdepan cabaran mendapatkan pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan, serta melonjakkan taraf ekonomi.

Antara manifestasi cabaran itu ialah guna tenaga tidak penuh dalam kalangan graduan. Ijazah atau kelayakan vokasional tidak selalunya menjamin pekerjaan yang sesuai atau pendapatan lebih tinggi, sekali gus menyebabkan ramai anak muda Malaysia bergelut mendapatkan peluang sepadan kelayakan dan aspirasi mereka.

Di bawah kerangka Ekonomi Madani, 'menaikkan lantai' bukan sekadar membawa lebih ramai dalam pasaran kerja, tetapi memastikan pekerjaan tersebut menawarkan gaji lebih baik, jaminan lebih kukuh, serta laluan kerjaya lebih jelas.

"Jika produktiviti melonjak dan syarikat meraih keuntungan berbilion ringgit, tetapi pekerja masih meraih pendapatan RM1,700, maka kita belum lagi menaikkan lantai," kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada hujung September lalu.

Belanjawan 2027 kemudian mencadangkan kenaikan gaji minimum RM2,000 bermula Jun 2027 dan menetapkan RM2,500 sebagai gaji permulaan graduan serta pekerjaan separuh mahir. Bagaimanapun, langkah berkaitan gaji mesti diselaraskan dengan laluan yang membantu golongan muda meraih dan mengekalkan pekerjaan berkualiti.

Bagi dana kekayaan Malaysia, Khazanah, kemajuan negara tidak diukur melalui pulangan kewangan semata-mata. Peranannya bergerak di dua garis hadapan: memperkukuh sektor strategik dengan syarikat Malaysia 'menaikkan siling' ekonomi, selain membina keupayaan, perniagaan, serta bakat yang 'menaikkan lantai' taraf hidup rakyat.

“Mandat unik Khazanah membolehkan kami memberikan pulangan komersial mampan, sambil memajukan keutamaan pembangunan Malaysia. Matlamat ini saling melengkapi: pelaburan yang kukuh membolehkan kita melabur semula modal dalam sektor strategik, pembangunan bakat, dan keusahawanan, seterusnya mencipta nilai ekonomi jangka panjang serta peluang lebih luas untuk rakyat Malaysia.

Amirul Feisal Wan Zahir “Apabila kita memangkin ekosistem keutamaan dan memperkukuh ekonomi, kita mesti mendalamkan kelompok bakat yang akan menyokong pertumbuhannya. Ini bermakna membina keupayaan seiring pelaburan supaya rakyat Malaysia dilengkapi untuk mengambil bahagian, memimpin, dan mendapat manfaat daripada industri masa depan,” kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Amirul Feisal Wan Zahir.

Mengorak langkah kerjaya

Usaha pembangunan bakat Khazanah merangkumi pelbagai peringkat kerjaya rakyat Malaysia.

Program pelatih siswazah Khazanah membantu graduan baharu membina asas profesional yang kukuh melalui latihan berstruktur dan pengalaman kerja amali, manakala program penempatannya memberi pendedahan profesional dengan pengamal kreatif Malaysia akses kepada pembelajaran khusus, perspektif antarabangsa, serta rangkaian profesional yang boleh memberi manfaat kepada bidang masing-masing di sini.

Pada peringkat lebih luas, K-Youth menangani jurang ketidakpadanan antara kelayakan diperoleh anak muda Malaysia berdasarkan kemahiran, pengalaman, dan pendedahan industri diperlukan majikan.

Program kebolehpasaran dan pembangunan bakat Khazanah bekerjasama dengan pihak industri bagi menyediakan latihan khusus mengikut pekerjaan, pengalaman amali di tempat kerja, serta laluan kerjaya dalam sektor berpertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, penerbangan, dan teknologi digital.

Di bawah Laluan Accelerate, sebanyak 85% peserta berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh tiga bulan selepas melengkapkan program itu pada 2025, manakala 81% daripada mereka kekal bekerja pada 2026.

Tiga perempat daripada pelatih berasal daripada isi rumah B40, dan separuh daripada mereka ditinjau kini meraih pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Sejak 2023, lebih 35,000 anak muda telah mendapat manfaat daripada program Khazanah, sekali gus melengkapi inisiatif Bakat Madani.

Bagaimanapun, pembangunan bakat perlu diselaraskan bersama syarikat yang berupaya mencipta pekerjaan berkualiti. Usahawan dan syarikat peringkat pertengahan memerlukan lebih daripada sekadar pembiayaan untuk berkembang, berinovasi, dan bersaing; mereka juga memerlukan keupayaan, rangkaian, serta kepakaran meningkatkan skala perniagaan.

Menerusi Dana Impak, Khazanah menggabungkan modal dengan pembinaan keupayaan bagi memperkukuh perniagaan, membina keupayaan rakyat Malaysia, dan menjana peluang pekerjaan dalam sektor strategik.

Inisiatif terancang seperti program inovasi pertumbuhan peringkat pertengahan serta program Elevate dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, telah menyokong 54 syarikat memperkukuh keupayaan pertumbuhan mereka.

Belanjawan 2027 meneruskan usaha ini dengan memperluas Dana Ciptawan—iaitu dana bagi syarikat peringkat pertengahan Malaysia dan Bumiputera—kepada RM250 juta menerusi kerjasama Teraju.

Usaha meningkatkan kemahiran rakyat mencapai hasil terbaik apabila terdapat syarikat bernilai tinggi bersedia mengambil mereka bekerja. Syarikat reka bentuk semikonduktor tempatan, SkyeChip, membuktikan bagaimana pembangunan perniagaan dan bakat mampu saling memperkukuh.

Disokong Dana Impak, syarikat itu membina pasukan terdiri lebih 300 pereka bentuk, melabur secara mampan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta mengambil pelatih K-Youth bekerja—sekali gus membuktikan syarikat yang lebih kukuh mampu mencipta peluang lebih baik, manakala kemantapan bakat menjadikan syarikat terus berkembang.

Usaha berkenaan ditunjangi saluran pembinaan bakat jangka panjang yang bermula jauh sebelum anak muda Malaysia melangkah ke alam pekerjaan. Sejak 2006, Yayasan Khazanah sudah menyokong lebih 1,700 penerima biasiswa—di mana 71.8% daripadanya Bumiputera—dengan mengimbangi pembiayaan akademik bersama pembangunan kepimpinan, bimbingan, serta penempatan industri.

Menaikkan lantai dan siling adalah dua perkara yang saling memperkukuh: bakat, perniagaan, modal, dan institusi mesti bekerjasama agar kemajuan Malaysia dapat dirasai dalam kehidupan seharian rakyat, dan peluang yang dicipta akan membuka peluang seterusnya.

“Lebih dua dekad, Khazanah percaya aset terbesar sesebuah negara ialah rakyatnya. Memandangkan Malaysia berhasrat beralih ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, berpacukan inovasi, dan bernilai lebih tinggi, pelaburan berterusan dalam bakat menjadi satu keperluan strategik.

“Matlamat kami bukan sekadar menyediakan rakyat Malaysia bagi pekerjaan hari ini, tetapi memperlengkapkan mereka untuk mencipta, memimpin, dan bersaing dalam industri masa depan.

“Melalui pembinaan saluran bakat, keupayaan, dan institusi yang lebih kukuh, kita membantu mempertingkat daya saing Malaysia, mendalamkan kerumitan ekonominya, serta mencipta lebih banyak laluan untuk rakyat Malaysia mencapai kejayaan.

“Akhirnya, usaha menaikkan lantai dan siling bermula dengan pelaburan insan yang bakal membina masa depan negara,” kata Amirul Feisal.

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow11:00
Latest 11:07 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
20 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

2 dekad bina insan yang membina Malaysia
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.