
UKM guna teknologi implan suara boleh laras pertama di Malaysia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BANGI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menggunakan implan suara boleh laras bagi merawat pesakit yang (Utusan Malaysia, 17:00)
Read the reporting
1 report
UKM guna teknologi implan suara boleh laras pertama di Malaysia
BANGI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menggunakan implan suara boleh laras bagi merawat pesakit yang
mengalami kelumpuhan lipatan vokal sebelah ( unilateral vocal fold paralysis ).
Implan yang dikenali sebagai A Prevent Vocal Implant System (VOIS) merupakan teknologi yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan Asia Tenggara.
Pakar Perunding Otorinolaringologi (Laringologi), Profesor Datuk Dr Marina Mat Baki berkata kelumpuhan sebelah lipatan vokal berlaku apabila salah satu daripada dua
lipatan vokal tidak lagi dapat bergerak secara normal untuk menghasilkan suara.
“Dalam keadaan normal, kedua-dua lipatan vokal bergerak menghampiri satu sama lain dan bergetar ketika seseorang bercakap.
“Namun, apabila salah satunya lumpuh, terdapat ruang antara kedua-dua lipatan vokal yang menyebabkan udara mudah terlepas ketika bercakap. Akibatnya, suara menjadi lemah, berbisik dan mudah penat,” katanya.
Katanya, keadaan ini boleh dirawat melalui pembedahan tiroplasti, iaitu prosedur yang bertujuan memperbaiki penutupan lipatan vokal.
“Dalam pembedahan ini, doktor akan memasukkan implan khas untuk menolak lipatan vokal yang lumpuh ke arah tengah supaya ia dapat bertemu dengan lipatan vokal yang sihat.
“Dengan cara ini, kedua-dua lipatan vokal dapat menutup dengan lebih baik ketika bercakap, sekali gus menghasilkan suara yang lebih kuat dan jelas,” katanya.- UTUSAN
Berbeza dengan implan konvensional yang lazimnya berada pada kedudukan tetap selepas pembedahan, VOIS mempunyai komponen silikon kecil yang boleh
dilaraskan mengikut perubahan keadaan pesakit.
“Jumlah cecair saline dalam implan boleh ditambah atau dikurangkan selepas pembedahan bagi menyesuaikan kedudukannya mengikut perubahan keadaan
pesakit.
“Keupayaan ini memberi satu kelebihan kerana doktor boleh mengoptimumkan semula fungsi suara tanpa semestinya melakukan prosedur penggantian implan,”
katanya.
“Keadaan tubuh pesakit boleh berubah dari semasa ke semasa. justeru, otot pada lipatan vokal yang terjejas boleh mengecil, manakala bengkak selepas pembedahan
akan beransur pulih.
“Perubahan ini boleh menyebabkan kedudukan implan yang pada awalnya memberikan hasil baik menjadi kurang optimum pada masa hadapan,” katanya.
Dr. Marina berkata kelumpuhan lipatan vokal boleh menjejaskan kehidupan harian pesakit kerana suara merupakan elemen penting dalam komunikasi, pekerjaan dan
keyakinan diri.
“Bagi individu yang mengalami kelumpuhan lipatan vokal, suara yang dahulunya jelas boleh berubah menjadi perlahan, berbisik dan cepat hilang tenaga.
“Perbualan pendek boleh menyebabkan keletihan, manakala pekerjaan yang bergantung kepada suara seperti guru, pensyarah, doktor dan pengucap awam
boleh terjejas,” katanya.
Menurut beliau, kajian mendapati punca utama kelumpuhan lipatan vokal dalam kalangan pesakit yang dirawat adalah berkaitan dengan pembedahan kelenjar tiroid.
Punca lain termasuk pembedahan jantung dan dada, jangkitan tertentu serta gangguan melibatkan saraf yang mengawal pergerakan lipatan vokal.
Dr Marina yang juga merupakan Dekan Fakulti Perubatan UKM berkata, sehingga kini, pasukan UKM telah melaksanakan 18 prosedur menggunakan implan VOIS
tanpa melaporkan komplikasi besar seperti gangguan saluran pernafasan atau pendarahan serius.
“Lapan pesakit memerlukan pelarasan semula saline selepas pembedahan. “Pelarasan tersebut berjaya memperbaiki penutupan lipatan vokal dan menunjukkan
kelebihan utama teknologi ini iaitu kebolehannya menyesuaikan rawatan mengikut perubahan individu pesakit,” katanya.
Walaupun dapatan ini melibatkan jumlah pesakit yang terhad, hasil yang diperoleh memberikan asas penting untuk kajian lebih besar pada masa hadapan, jelas Dr
Marina.
The post UKM guna teknologi implan suara boleh laras pertama di Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.