
Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR – Menjadikan warga India yang memasuki negara ini sebagai pelancong dengan bayaran upah sekitar RM1,000 bagi setiap penghantaran antara taktik sindiket pengedaran dadah yang dibongkar menerusi Op Plekoptera pada September lalu.Sindiket yang dipercayai aktif sejak Mac 2026 itu menggunakan khidmat penghantar atau runner dalam kalangan warga India untuk menyeludup dadah yang disembunyikan di dalam beg yang diubah suai.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya melancarkan empat siri serbuan di sekitar Lembah (Sinar Harian, 12:32)
Read the reporting
3 reports
Pelancong India jadi keldai dadah dibayar RM1,000
KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan pelancong India sebagai ‘keldai dadah’ dengan menawarkan bayaran sekitar RM1,000 seorang untuk membawa masuk ketamin ke negara ini terbongkar dalam Op Plekoptera, bulan lalu.
Sindiket terbabit dikesan menggunakan beg bagasi yang diubah suai dengan ruang khas bagi menyembunyikan dadah sebelum dibawa menaiki penerbangan dari India ke Malaysia.
Modus operandi itu terbongkar menerusi Op Plekoptera yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman selepas lima warga India berusia antara 21 hingga 43 tahun ditahan dalam empat serbuan pada 23 September lalu.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Mac lalu dan menggunakan warga India sebagai kurier untuk membawa masuk dadah ke negara ini.
Katanya, hasil risikan mendapati kesemua kurier terbabit menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Chennai, India sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Mereka berjaya melepasi pemeriksaan di Chennai dan KLIA sebelum ditahan di Kuala Lumpur.
“Setiap kurier dibayar kira-kira RM1,000,” katanya dalam sidang akhbar di Kontinjen Polis Kuala Lumpur hari ini.
Hussein berkata, sindiket terbabit menyembunyikan dadah dalam ruang khas pada bagasi yang telah diubah suai bagi mengelakkan bahan terlarang itu dikesan ketika pemeriksaan keselamatan.
Menurutnya, empat serbuan yang dijalankan membawa kepada rampasan 38.33 kilogram (kg) ketamin dan 0.038 kg bunga ganja bernilai keseluruhan kira-kira RM1.92 juta.
Ujarnya, taktik menggunakan pelancong asing sebagai kurier menunjukkan sindiket antarabangsa semakin kreatif mencari jalan untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
“Ini merupakan kes yang unik kerana dadah dibawa masuk dari India ke Malaysia menggunakan pelancong sebagai kurier.
“Dadah dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya.
Beliau berkata, saringan awal air kencing mendapati seorang daripada lima suspek positif THC.
“Kesemua suspek telah didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 6 Oktober lalu,” katanya.
Dalam operasi berasingan, Hussein berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 49 tahun ditahan dalam empat serbuan Op Tongkol di Selangor pada 1 Oktober lalu.
Jelasnya, operasi itu membawa kepada rampasan 111.74 kg methamphetamine dan 0.44 kg heroin bernilai kira-kira RM5.6 juta.
“Sindiket terbabit dipercayai menjadikan kawasan parkir tempat awam termasuk pusat beli-belah dan klinik sebagai lokasi serahan bekalan.
“Polis akan terus mempergiatkan operasi berasaskan risikan terhadap sindiket yang beroperasi di negara ini dan mempunyai rangkaian antarabangsa,” katanya.- UTUSAN
The post Pelancong India jadi keldai dadah dibayar RM1,000 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is cooling
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian12:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
