Malaysian Attention Engine
Live wire
50Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu48General : PN Seeks Stay Of RoS Deregistration Order - Takiyuddin46Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably45Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion42'Pembatalan PN luar biasa, boleh jadi luar tabii' - Ahmad Samsuri37Muhyiddin gesa kerajaan wujud pelan induk banteras kemiskinan bandar37Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion37Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik36Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri36‘Lesti, saya mohon maaf atas adab yang tidak sempurna’36General : 242 MARA-sponsored Students In France Safe36Anwar: Govt to set up special committee to investigate corporate crime, chaired by attorney general
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

UPSI johan FESTSAM 2026

Only social or community posts, or a single source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 14:11 MYTLatest activity 20 Oct, 14:11BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul johan kategori institusi pengajian tinggi (IPT) pada Festival Seni Suara Alunan Melodi 2026 Peringkat Kebangsaan (FESTSAM 2026) yang diadakan di Panggung Seni UKM, Bangi baru-baru ini . (Utusan Malaysia, 14:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

UPSI johan FESTSAM 2026

By MADZALINA MAJING · 20 Oct, 14:11 MYT

PETALING JAYA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul johan kategori institusi pengajian tinggi (IPT) pada Festival Seni Suara Alunan Melodi 2026 Peringkat Kebangsaan (FESTSAM 2026) yang diadakan di Panggung Seni UKM, Bangi baru-baru ini .

Dalam festival tersebut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditempat kedua, manakala Universiti Teknologi MARA (UiTM) menduduki tempat ketiga dalam pertandingan yang menghimpunkan bakat seni suara daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Festival anjuran Pusat Kebudayaan Universiti UKM dengan kerjasama Kelab Vokalisukma, Artisukma, Coffeplace dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan selama dua hari bagi mencungkil bakat baharu serta memupuk kecintaan terhadap warisan muzik Melayu.

Pertandingan kategori IPT mengenengahkan nyanyian lagu pop yeh yeh dengan penyertaan 12 peserta yang mewakili institusi daripada Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Selain itu, seramai 19 peserta menyertai kategori sekolah rendah menerusi pertandingan nyanyian lagu irama Malaysia dan sekolah menengah bagi kategori pop balada Melayu.

Para peserta mempamerkan kreativiti serta kebolehan masing-masing dalam seni suara, sekali gus memeriahkan festival yang menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 500 penonton terdiri daripada warga UKM dan orang awam.

Festival itu turut diserikan dengan penglibatan aktivis seni tanah air, termasuk Maisarah Ismail yang mengendalikan bengkel vokal, Erul Samah, Azizul Haqim Anwar dan Rosdi Omang yang mewakili Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Persembahan khas penyanyi legenda era Pop Yeh Yeh, S. Mariam, turut menjadi antara tarikan program berkenaan yang membawa nostalgia muzik Melayu era 1960-an.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.

Hadir sama, Pendaftar UKM, Zanudin Mohd. Daud; Setiausaha Kehormat Majlis Pengetua UKM, Prof. Madya Ts. Dr. Darman Nordin; wakil Presiden Persatuan Kebajikan Artis Malaysia, Datin Zorida Mat Piah; serta Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti UKM, Mohamed Asrof Semin. – UTUSAN

The post UPSI johan FESTSAM 2026 appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 14:47 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 14:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    14:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

UPSI johan FESTSAM 2026
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.