
Usia muda bukan penghalang kuasai ilmu jahitan, kraf tangan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Usia muda bukan penghalang kuasai ilmu jahitan, kraf tangan
SEBELUM ini, benang, jarum dan mesin jahit sinonim dengan golongan dewasa, khususnya tukang jahit.
Bagaimanapun, seiring perkembangan semasa, kemahiran itu kini turut mendapat perhatian generasi muda, termasuk kanak-kanak.
Malah, ada ibu bapa sanggup meluangkan masa dan mengeluarkan wang untuk menghantar anak mengikuti kelas jahitan selepas melihat minat mereka terhadap bidang berkenaan.
Ibu kepada pasangan kembar, Nor Izyanti Farhan Daud, 35, berkata beliau mula menyedari minat anak sulungnya terhadap jahitan selepas melihat mereka gemar menghasilkan pelbagai kraf tangan.
Namun ibu kepada Insyirah Hannah Zakari dan Insyirah Hannee, 10, berkata dia tidak langsung terkejut kerana arwah ibunya juga pernah menjadi tukang jahit.
"Sejak beberapa tahun ini, saya lihat anak-anak suka menghasilkan kraf tangan seperti crochet (mengait) dan mereka juga ada mencuba belajar menjahit.
"Apabila melihat mereka mula menjahit sendiri, tetapi hasilnya kurang memuaskan, saya mula mencari kelas jahitan untuk mereka," katanya kepada BH.
Usahawan itu berkata, walaupun arwah ibunya yang meninggal dunia pada 2021 adalah seorang tukang jahit, beliau tidak mewarisi sepenuhnya kemahiran berkenaan kerana hanya sempat mempelajari asas jahitan.
Justeru, katanya, beliau mencari kelas jahitan khusus untuk kanak-kanak supaya anaknya dapat mempelajari kemahiran itu dengan lebih teratur.
"Apabila menemui kelas di Bangi, saya beritahu anak-anak dan mereka sangat teruja apabila dimaklumkan akan mengikuti kelas jahitan.
"Bagi saya, jika itu sudah menjadi minat mereka, jarak, masa dan waktu bukan halangan untuk saya," katanya yang menetap di Sendayan, Negeri Sembilan.
Nor Izyanti berkata, beliau menghantar anaknya mengikuti kelas jahitan itu sejak Jun lalu dengan kelas pertama mengajar mereka menghasilkan getah rambut (scrunchie).
Katanya, beliau tidak menyangka walaupun masih kecil, anaknya sudah mampu mengendalikan mesin jahit dengan baik selepas hanya mengikuti satu kelas.
"Malah, apabila pulang ke rumah, mereka tidak membuang masa dan terus mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dengan menggunakan mesin jahit arwah nenek mereka pula.
"Selain membuat getah rambut, selepas menguasai kemahiran asas, saya lihat mereka juga mampu menghasilkan beg untuk botol air, bantal dan beg bekas pensel," katanya.
Nor Izyanti berkata, beliau melihat anaknya cenderung memilih aktiviti berasaskan kemahiran kerana tidak diberikan gajet untuk digunakan secara bebas.
Katanya, jika menonton televisyen sekalipun, beliau hanya membenarkan mereka mengikuti rancangan berkaitan kemahiran, termasuk jahitan dan kraf tangan.
"Saya rasa dari situ anak-anak mula berminat untuk terus meneroka bidang jahitan ini, selain mungkin mendapat kemahiran semula jadi daripada arwah nenek mereka," katanya.
Katanya, anaknya kini sudah mengikuti kelas ketiga dan mempelajari cara menghasilkan beg uncang serta beg jinjing.
"Apabila ditanya apa cita-cita apabila besar nanti, mereka masih tidak tahu mahu menjadi apa. Tetapi saya tidak kisah dengan pilihan mereka.
"Saya menyokong apa sahaja yang mereka pilih. Ketika ini mereka juga memilih untuk menjual hasil tangan mereka di Facebook dan saya tiada masalah untuk membantu," katanya.
Belajar jahit di PPKI
Sementara itu, Norhana Hashim, 46, tidak menyangka anak sulungnya yang menghidap autisme ringan sejak kecil, Muhammad Arrieq Mohd Airul Azuan, 15, mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan.
Pramugari sejak 26 tahun lalu itu berkata, anaknya sudah didedahkan dengan kemahiran menjahit di sekolah apabila mengikuti aliran jahitan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sejak Tingkatan Satu.
"Namun, apabila berpeluang membawanya menyertai kelas jahitan, saya amat kagum dengan kemahirannya mengendalikan mesin jahit.
"Malah, saya sendiri tidak sangka anak saya mampu menjahit dengan baik dan kemas kerana di rumah dia langsung tidak memegang benang dan jarum, sebaliknya lebih berminat dengan lukisan digital," katanya.
Lebih membanggakan, katanya, anaknya mampu memberi tumpuan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang kelas berlangsung selama tiga jam.
Malah, katanya, suasana di kelas jahitan berkenaan juga tenang dan selesa, bukan sahaja untuk anaknya, malah kepada peserta lain termasuk ibu bapa yang menemani anak masing-masing.
"Jika ada peluang lagi, saya memang akan bawa anak ke kelas jahitan ini kerana lokasinya tidak jauh dari rumah kami," katanya yang menetap di Bandar Seri Putra.
Ibu kepada dua anak itu berkata, beliau juga bersyukur kerana tidak menerima sebarang aduan daripada tenaga pengajar mengenai anaknya sepanjang mengikuti kelas berkenaan.
"Saya juga bersyukur anak sendiri tidak menolak apabila saya membawanya ke kelas jahitan ini untuk mengasah lagi kemahiran yang dia ada.
"Saya berharap ilmu jahitan yang dimilikinya sekarang dapat membantunya suatu hari nanti. Siapa tahu, kan," katanya.
Ubah suai rumah bapa jadikan studio ajar menjahit
Dalam pada itu, pemilik Studio Aidear di Bangi, Hidayah Abdul Karim, 42, memulakan kelas menjahit sejak Jun lalu.
Menurutnya, kelas dianjurkan terbuka kepada mereka berusia bermula sembilan tahun atau yang mampu untuk mengendalikan mesin jahit.
"Tetapi tidak sangka ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sini selain terdapat juga suri rumah dan warga emas yang sudah pencen turut sertai," katanya.
Bekas pereka grafik itu berkata, idea membuka kelas menjahit bermula sejak tahun 2024 dan bersyukur pada tahun lalu mendapat geran selepas menang pertandingan.
"Dengan menggunakan geran berkenaan saya membeli mesin jahit, ubah suai rumah bapa untuk dijadikan studio dan membeli peralatan untuk memulakan kelas.
"Saya kemudian meuar-uarkan mengenai kelas di dalam Facebook. Pada awalnya kelas bermula dengan dua orang sahaja dan kini sudah mencecah 40 orang seminggu," katanya.
Hidayah berkata, dia mula belajar menjahit selepas berhenti kerja pada 2012 kerana menjaga arwah ibunya yang menghidap kanser.
Katanya, selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 2013, dia tidak yakin untuk bekerja semula dalam bidang rekaan grafik selain sedang mengandung anak kedua ketika itu.
"Jadi saya terfikir untuk belajar menjahit dan syukur bermula dengan menjahit jubah menerusi satu kelas jahitan, saya mempraktikkan ilmu dengan belajar menjahit pelbagai lagi pakaian termasuk pakaian kanak-kanak dari Youtube.
"Memang banyak kain rosak pada mulanya tapi itu bukan penghalang untuk saya terus belajar malah hingga kini saya terus belajar teknik baharu untuk menambah pengetahuan," katanya.
Beliau berkata, selepas yakin dengan pakaian yang dijahit, dia kemudian mula menjual di Facebook dan tidak sangka mendapat sambutan terutama daripada adik-beradik, rakan dan saudara mara.
Katanya, pada masa sama ada yang meminta untuk dibuat kelas jahitan dan dari situ idea untuk membuka kelas datang dan walaupun mengambil masa, dia bersyukur hasratnya itu tercapai.
"Saya bersyukur kerana berpeluang mengajar mereka yang minat dalam bidang ini malah tidak sangka ramai kanak-kanak semakin minat bidang jahitan dan tiada masalah belajar menggunakan mesin jahit.
"Saya berharap usaha ini dapat membantu memberi pengetahuan jahitan kepada mereka yang memerlukan terutama yang mahu menambah pendapatan dalam bidang ini," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.