
UTAC mahu bawa standard antarabangsa, buka peluang bakat TVET
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Universitas Training and Alliance Consortium (UTAC) mahu memperluaskan pendedahan terhadap standard dan pensijilan antarabangsa di Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada individu khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). (Kosmo!, 22:05)
Read the reporting
1 report
UTAC mahu bawa standard antarabangsa, buka peluang bakat TVET
KUALA LUMPUR – Universitas Training and Alliance Consortium (UTAC) mahu memperluaskan pendedahan terhadap standard dan pensijilan antarabangsa di Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada individu khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pengasas dan Pengerusi MY Group International Sdn. Bhd., Datuk Dr. Lim Kee Siang berkata, UTAC yang berasal dari United Kingdom berperanan menghubungkan universiti, institusi TVET, kolej, komuniti serta pemain industri menerusi latihan dan pensijilan profesional.
Menurutnya, pendekatan itu turut membuka peluang kepada golongan pekerja yang tidak berkesempatan melanjutkan pengajian untuk meningkatkan kemahiran menerusi kursus jangka pendek dan latihan khusus.
“Bukan semua orang cemerlang dalam akademik atau memperoleh keputusan 8A atau 10A. Ada individu yang mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menggunakan tangan.
“Ada juga yang mempunyai kepakaran dalam seni, keselamatan siber atau kecerdasan buatan (AI). TVET hari ini sangat luas, bukan sekadar berkaitan pertukangan kayu atau membaiki kereta, tetapi sudah melangkaui bidang-bidang tersebut,” katanya ketika ditemui pada UTAC International Award 2026 di sini, hari ini.
Mengulas penganjuran anugerah itu, Lim berkata, ia antara usaha memperkenalkan UTAC dengan lebih meluas di Malaysia selain memberi pendedahan mengenai piawaian dan pematuhan antarabangsa yang boleh melengkapi standard sedia ada dalam negara.
UTAC International Award 2026 yang berlangsung malam ini membawa tema ‘Where Excellence Meets Legacy’ dan mengiktiraf pencapaian, kepimpinan, inovasi serta sumbangan berimpak dalam sektor pendidikan, perniagaan, keusahawanan, profesional dan pelbagai industri.
Anugerah berkenaan merangkumi tiga cabang utama iaitu UTAC International Education Award, UTAC International Brand Award dan UTAC International Icon Award, selain beberapa klasifikasi termasuk Excellence Award, Leadership Award, Rising Star Award serta Creative Talent Award.
Kee Siang berkata, pihaknya berharap pensijilan UTAC dapat diterima secara lebih meluas dan kekal mampan di Malaysia, khususnya dalam bidang seperti kecantikan dan estetik, seni, keselamatan siber serta AI yang mempunyai keperluan dan standard berbeza di peringkat global.
“Kami mahu membawa standard seperti TVET United Kingdom ke Malaysia dan pada masa sama mengikuti piawaian antarabangsa. Melalui acara ini, kami mahu lebih ramai mengetahui kewujudan UTAC dan pilihan standard yang ditawarkan bagi membawa mereka ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran gala tersebut bukan sekadar meraikan penerima anugerah.
Sebaliknya, Kee Siang berkata ia menjadi platform mempertemukan pemain industri berpengalaman, pembuat dasar, pembuat keputusan korporat serta usahawan generasi baharu bagi membuka ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada perusahaan Malaysia.
“Kami amat berbesar hati kerana barisan pemimpin terkemuka telah dijemput untuk memeriahkan acara bersejarah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post UTAC mahu bawa standard antarabangsa, buka peluang bakat TVET appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!22:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.