
Utamakan empati, hormati privasi keluarga alami kehilangan - MMM, CMCF
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Organisasi media, pencipta kandungan dan orang ramai perlu mengutamakan empati serta menghormati privasi keluarga yang berdepan kehilangan, khususnya ketika upacara pengebumian dan saat peribadi mereka meratapi pemergian insan tersayang. (Berita Harian, 17:31)
Read the reporting
1 report
Utamakan empati, hormati privasi keluarga alami kehilangan - MMM, CMCF
KUALA LUMPUR: Organisasi media, pencipta kandungan dan orang ramai perlu mengutamakan empati serta menghormati privasi keluarga yang berdepan kehilangan, khususnya ketika upacara pengebumian dan saat peribadi mereka meratapi pemergian insan tersayang.
Majlis Media Malaysia (MMM) serta Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dalam satu kenyataan bersama, hari ini, berkata kebebasan merakam, melaporkan dan berkongsi kandungan berkaitan kematian atau tragedi perlu berserta tanggungjawab dan pertimbangan beretika.
Walaupun kematian, tragedi serta kehilangan boleh mempunyai kepentingan awam, katanya, pengalaman kedukaan tetap bersifat peribadi dan perlu ditangani dengan penuh kepekaan.
"Penyebaran pantas gambar dan video melalui peranti peribadi serta media sosial menuntut semua pihak mempertimbangkan maruah dan privasi individu yang terkesan, termasuk sama ada penyebaran sesuatu kandungan benar-benar memenuhi kepentingan awam.
"Sehubungan itu, semua pihak terbabit perlu memberi ruang sewajarnya kepada keluarga yang berduka, selain mengelakkan rakaman atau pengambilan gambar yang mengganggu dan menceroboh privasi mereka," menurut kenyataan berkenaan lagi.
Pada masa sama, MMM bersama CMCF menegaskan permintaan keluarga atau wakil supaya rakaman, pengambilan gambar atau perkongsian kandungan dihentikan juga perlu dihormati.
Selain itu, katanya, semua pihak perlu mengelakkan gambaran sensasi atau spekulatif mengenai keadaan emosi individu yang terkesan, serta meneliti kesan sebelum berkongsi semula gambar serta video bersifat peribadi atau berpotensi menambah kesedihan keluarga.
"Pihak yang mahu menerbitkan atau berkongsi kandungan berkaitan kedukaan juga perlu menilai sama ada bahan terbabit membantu masyarakat memahami sesuatu isu atau sekadar mendedahkan pengalaman peribadi keluarga kepada perhatian umum.
"Prinsip itu selaras Kod Tatakelakuan MMM dan Kod CMCF yang menekankan penghasilan serta penyebaran kandungan secara bertanggungjawab, di samping menghormati privasi dan maruah manusia.
"Kepentingan awam dan empati bukanlah dua perkara yang bercanggah, sebaliknya perlu bergerak seiring dalam memastikan pelaporan serta perkongsian kandungan dilakukan secara berhemah," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.