Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia43'Insya-ALLAH berbaki lagi 14 Bulan' - Shuib tunjuk bukti bayar caruman KWSP pekerja41Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu40Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok39General : China Reaffirms Support For M'sia's BRICS Bid, ASEAN Role - DPM Zahid37BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia35Iraola backs Barcola, Wirtz to come good for Liverpool34Strategi 3P bantu PMKS tembusi pasaran global – KUSKOP33Redzuan-Zi Yu hanya perlukan 16 minit tundukkan lawan32Lima pegawai kanan SPRM terima pengiktirafan FCMI, United Kingdom31Next-of-kin of Long Lellang crash victims to receive RM130,000 in benefits, monthly pensions
NewConfirmedupdated 8 h ago

Vaksin, pemandulan haiwan layak pelepasan cukai, syarat masih jadi tanda tanya

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
20
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 14:56 MYTLatest activity 15 Oct, 14:56BMconfidence 80%

What happened

Vaksin, pemandulan haiwan layak pelepasan cukai, syarat masih jadi tanda tanya (Harian Metro, 14:56)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Vaksin, pemandulan haiwan layak pelepasan cukai, syarat masih jadi tanda tanya

By Nor ‘Asyikin Mat Hayin · 15 Oct, 14:56 MYT

asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa memperjelas skop, kaedah tuntutan dan dokumen sokongan bagi pelepasan cukai berkaitan penjagaan haiwan peliharaan yang akan diperkenalkan mulai tahun taksiran 2027.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Prof Madya Arie Dwi Andika berkata, garis panduan terperinci diperlukan walaupun dokumen Langkah Cukai Belanjawan 2027 menetapkan had keseluruhan pelepasan gaya hidup kekal RM2,500.

Menurutnya, penjelasan itu perlu merangkumi jenis haiwan, kategori perbelanjaan serta pihak yang layak mengeluarkan resit atau pengesahan bagi tujuan tuntutan.

Beliau berkata, kemudahan berkenaan sewajarnya meliputi semua haiwan peliharaan yang dibenarkan undang-undang, termasuk hidupan liar dan haiwan eksotik yang dipelihara secara sah.

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja dapat memupuk nilai kasih sayang terhadap haiwan, malah menyokong usaha meningkatkan kebajikan haiwan.

"Vaksinasi perlu digalakkan kerana manfaatnya bukan hanya untuk kesihatan haiwan, tetapi juga melindungi keselamatan pemilik dan masyarakat daripada risiko penyakit berjangkit.

"Oleh itu, individu yang menanggung kos pemandulan dan vaksinasi haiwan jalanan atau terbiar juga wajar diberikan pelepasan cukai, selagi mereka membantu menjaga kebajikan haiwan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu mengumumkan cadangan memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi gaya hidup kepada perbelanjaan penjagaan haiwan peliharaan.

Dokumen Langkah Cukai Belanjawan 2027 memperincikan perbelanjaan yang dicadangkan merangkumi pemvaksinan dan rawatan pemandulan oleh perkhidmatan veterinar berdaftar.

Peluasan itu turut meliputi kos pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat perlindungan haiwan berdaftar.

Had pelepasan gaya hidup kekal RM2,500 dan bukan peruntukan tambahan yang dikhususkan semata-mata untuk penjagaan haiwan peliharaan.

Had sama turut merangkumi perbelanjaan lain yang layak seperti pembelian bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar atau tablet dan langganan Internet, selain langganan perisian serta aplikasi kecerdasan buatan yang turut dicadangkan mulai tahun taksiran 2027.

Arie berkata, masyarakat masih memerlukan penerangan mengenai sama ada kategori penjagaan haiwan akan mempunyai had kecil tersendiri dalam had keseluruhan RM2,500 itu.

"Adakah kelayakan pemotongan cukai atau pengecualian cukai itu 100 peratus atau pun ada peratusan seperti pemotongan cukai yang lain?

"Ini masih menjadi tanda tanya kerana dalam pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini, hanya pengumuman mengenai pelepasan cukai dibuat tetapi belum ada penetapan jumlah kelayakan," katanya.

Bagaimanapun, pelepasan cukai bukan bayaran balik penuh terhadap jumlah yang dibelanjakan.

Pelepasan itu mengurangkan pendapatan yang dikenakan cukai, manakala penjimatan sebenar bergantung pada kadar cukai seseorang pembayar cukai dan baki had pelepasan gaya hidup yang masih tersedia.

Arie berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan segera bagi mengelakkan orang ramai menyangka keseluruhan perbelanjaan penjagaan haiwan boleh ditolak terus daripada cukai yang perlu dibayar.

"Contoh, individu yang membelanjakan RM6,000 untuk pemandulan dan vaksinasi haiwan tidak semestinya layak mendapat potongan cukai pada jumlah yang sama.

"Justeru, jumlah sebenar yang dibenarkan bagi ketiga-tiga aktiviti berkenaan, iaitu pemandulan, vaksinasi dan pengambilan haiwan angkat, perlu diperincikan serta disahkan oleh pihak berkuasa berkaitan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow15:0016:00
Latest 16:54 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 14:56 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.