
[VIDEO] Asap tebal misteri dari longkang di laluan DUKE hala KL
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA – Kemunculan asap tebal disertai bau busuk yang keluar dari beberapa jeriji longkang di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) arah Kuala Lumpur selepas Tol Sentul mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya pagi ini. (Kosmo!, 09:49)
Read the reporting
3 reports
[VIDEO] Asap tebal misteri dari longkang di laluan DUKE hala KL
PETALING JAYA – Kemunculan asap tebal disertai bau busuk yang keluar dari beberapa jeriji longkang di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) arah Kuala Lumpur selepas Tol Sentul mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya pagi ini.
Pengguna Threads @snapaholicphotography berkongsi situasi itu menerusi hantaran ringkas dengan memaklumkan asap dilihat keluar dari longkang selepas Tol Sentul menghala ke ibu negara.
“DUKE pagi…lepas Tol Sentul arah KL. Asap keluar dari longkang,” katanya.
Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Eizaosmann turut mendakwa asap tebal berkenaan mengeluarkan bau busuk sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai punca sebenar kejadian.
“DUKE lepas Tol Sentul arah Kuala Lumpur. Asap tebal keluar dari longkang bau busuk,” katanya.
Sementara itu, pengguna Threads @kamalianamohamad berkata, dia turut menyedari kepulan asap yang keluar dari tiga jeriji longkang ketika melalui kawasan berkenaan.
Menurutnya, pada awalnya dia menyangka keadaan itu perkara biasa sebelum menyedari kepulan asap berkenaan kelihatan lebih serius.
“Eh teruknya, ingatkan apa tadi sebab saya lalu sini tadi memang perasan asap tengah naik dari tiga jeriji longkang tu. Ingatkan biasa je tak tahu pula besar macam ini. Menakutkan la, sudah la lepas tol tu sesak,” katanya.
Perkongsian tersebut turut mengundang kebimbangan orang ramai yang mempersoalkan kemungkinan asap berkenaan berpunca daripada kejadian lain, termasuk dakwaan komponen bawah jalan terbakar.
Pengguna @marcherieeee2026 berkata, orang ramai perlu berwaspada sekiranya asap itu disertai bau seperti terbakar, selain bimbang terhadap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Asap tebal misteri dari longkang di laluan DUKE hala KL appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.