Malaysian Attention Engine
Live wire
5040 rumah, 2 jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di Nepal45Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok44General : Temporary Lane Closures On Tun Dr Lim Chong Eu Expressway44General : Sungai Golok PLSB: Scope, Design Adjustments Aim To Provide Long-Term Flood Protection42Trak pikap terkandas, air Sungai Balar meningkat41Mahkamah sahkan cerai taklik selepas suami tikam isteri enam kali41Firefly batal semua penerbangan berjadual Subang-Singapura dari 10 hingga 12 Oktober39Tiada keperluan bawa pulang penuntut Malaysia di Arab Saudi setakat ini39Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin392 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas39Indonesia maklumkan Malaysia langkah padam kebakaran hutan39[VIDEO] Raja dan Permaisuri Thailand ke Pattani hadir tilawah al-Quran
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

[VIDEO] Malaysia, Singapura tidak ambil oksigen dari Indonesia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 18:41 MYTLatest activity 11 Oct, 18:41BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Malaysia dan Singapura tidak bergantung kepada Indonesia untuk bekalan oksigen kerana gas itu tersebar di atmosfera dan tidak dimiliki secara eksklusif oleh mana-mana negara. (Kosmo!, 18:41)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

[VIDEO] Malaysia, Singapura tidak ambil oksigen dari Indonesia

By KOSMO! · 11 Oct, 18:41 MYT

PETALING JAYA – Malaysia dan Singapura tidak bergantung kepada Indonesia untuk bekalan oksigen kerana gas itu tersebar di atmosfera dan tidak dimiliki secara eksklusif oleh mana-mana negara.

Perkara itu dijelaskan pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, sejarah, ekonomi serta isu global, Ahmad Faezal menerusi perkongsian mengenai proses fotosintesis dan kitaran oksigen yang dikaitkan dengan dakwaan Indonesia sebagai penyumbang oksigen kepada negara lain.

Menurut beliau, tumbuhan menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis dengan bantuan cahaya matahari, namun pada masa sama turut menggunakan oksigen untuk proses respirasi sepanjang siang dan malam.

“Hutan bukan satu-satunya penyumbang oksigen dunia kerana organisma fotosintetik di lautan seperti fitoplankton, alga dan sianobakteria turut memainkan peranan penting.

“Jumlah oksigen yang dihasilkan tumbuhan tidak boleh disamakan dengan pertambahan bersih oksigen di atmosfera kerana manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma turut menggunakan oksigen untuk bernafas.

“Proses pereputan bahan organik serta pembakaran hutan juga menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida, sekali gus perlu diambil kira dalam menilai sumbangan bersih sesebuah kawasan hutan,” jelasnya.

Sehubungan itu, dakwaan bahawa Indonesia menghasilkan lebihan oksigen untuk kegunaan negara lain perlu disokong data saintifik yang mengambil kira keseluruhan kitaran oksigen dan karbon.

Menurut Ahmad Faezal yang juga pencipta kandungan berkata, tiada statistik bebas dikemukakan dalam hujah berkenaan bagi membuktikan Indonesia mempunyai lebihan bersih oksigen yang menjadi bekalan khusus kepada Malaysia dan Singapura.

Oksigen di atmosfera sentiasa bercampur dan bergerak merentasi sempadan negara. Molekul oksigen yang dihasilkan di Indonesia boleh sampai ke Malaysia, begitu juga oksigen yang dihasilkan di Malaysia boleh tersebar ke Indonesia.

Keadaan itu berbeza dengan bekalan elektrik yang boleh disalurkan secara khusus melalui rangkaian penghantaran antara negara, termasuk bekalan elektrik dari Sarawak ke Kalimantan.

Ahmad Faezal menegaskan bahawa sumbangan hutan kepada alam sekitar global tidak bermakna sesebuah negara memiliki oksigen yang digunakan negara lain kerana atmosfera merupakan sistem semula jadi yang dikongsi seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Faezal (@ahmadfaezal4)

The post [VIDEO] Malaysia, Singapura tidak ambil oksigen dari Indonesia appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:0020:0021:00
Latest 21:00 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 18:41 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    18:41
Cited on platforms we cannot ingest directly

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

[VIDEO] Malaysia, Singapura tidak ambil oksigen dari Indonesia · Malaysian Attention Engine