
‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PASIR MAS – Agensi penguatkuasaan perlu memperkukuh kerjasama bagi memastikan kawalan sempadan Kelantan lebih menyeluruh, terutama dalam membendung kegiatan rentas sempadan melalui laluan tidak sah. (Kosmo!, 10:27)
Read the reporting
1 report
‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’
PASIR MAS – Agensi penguatkuasaan perlu memperkukuh kerjasama bagi memastikan kawalan sempadan Kelantan lebih menyeluruh, terutama dalam membendung kegiatan rentas sempadan melalui laluan tidak sah.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Rantau Panjang Siti Khadijah Hamzah berkata antara cabaran utama yang dihadapi agensi penguatkuasaan di negeri ini ialah kemunculan laluan baharu selepas pangkalan haram sedia ada ditutup.
“Walaupun banyak pangkalan haram sudah digempur, masih ada laluan baharu yang boleh diwujudkan … kegiatan rentas sempadan turut menunjukkan perubahan apabila pergerakan mula beralih ke laluan laut,” katanya kepada Bernama di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, baru-baru ini.
Beliau berkata justeru, kerjasama antara agensi keselamatan dan penguatkuasaan darat serta maritim penting bagi membendung pergerakan rentas sempadan melalui laluan tidak sah dan memastikan keselamatan sempadan Kelantan terus terpelihara.
Siti Khadijah berkata AKPS mengawal lima pintu masuk sah di Kelantan, iaitu Pengkalan Kubor di Tumpat, Rantau Panjang di Pasir Mas, Bukit Bunga di Tanah Merah, Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.
“AKPS hanya mempunyai bidang kuasa terhadap laluan masuk yang sah, manakala kawasan yang tidak digazetkan berada di bawah kawalan agensi penguatkuasaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya.
Sementara itu, aktiviti “motor penambang” yang membawa penumpang dari Thailand ke Kompleks ICQS Rantau Panjang tanpa melepasi pemeriksaan imigresen masih menjadi antara cabaran yang perlu ditangani pihak berkuasa.
Siti Khadijah berkata keadaan itu berlaku apabila penunggang motosikal hanya menghantar penumpang sehingga kawasan tertentu berhampiran kompleks sebelum berpatah balik ke Thailand. – BERNAMA
The post ‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.