Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid43Mayat pemancing ditemui terapung di Tasik Bukit Raja43General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families43Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202543General : School Bus Owners, Operators Urged To Update Drivers' Details For RM1,000 Aid - APAD40Pupils refusing to sit with classmates of other faiths, says MP39Dr Wee schools DAP MP on supplementary allocations39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Bumbung sekolah runtuh di Peshawar, 21 maut38BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia37Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri36General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Wanted By Family tunggu kelulusan tayangan di Malaysia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 13:04 MYTLatest activity 16 Oct, 13:04BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Filem komedi sosial terbitan bersama Malaysia dan Mesir, Wanted By Family, yang menjalani lebih 40 peratus penggambaran di negara ini, kini menunggu kelulusan untuk ditayangkan kepada penonton tempatan. (Berita Harian, 13:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Wanted By Family tunggu kelulusan tayangan di Malaysia

By Serimah Mohd Sallehuddin · 16 Oct, 13:04 MYT

KUALA LUMPUR: Filem komedi sosial terbitan bersama Malaysia dan Mesir, Wanted By Family, yang menjalani lebih 40 peratus penggambaran di negara ini, kini menunggu kelulusan untuk ditayangkan kepada penonton tempatan.

Penerbitnya, Abdulrahman Suud, berkata segala dokumentasi berkaitan sudah diuruskan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), namun pihaknya masih menantikan lampu hijau bagi merealisasikan tayangan filem berkenaan di Malaysia.

Filem arahan Mootaz El Tomy itu dibintangi pelakon popular Arab, Karim Abdel Aziz dan Yasmine Sabri, selain pelawak terkenal Mesir, Mostafa Khater.

Filem berkenaan sudah pun menemui penonton di lebih 25 negara menerusi 450 pawagam bermula 8 Oktober lalu, termasuk Mesir, Qatar, Iraq, Oman, Lebanon, Kuwait, Bahrain, Syria, Maghribi, Algeria, Tunisia, Jordan, Amerika Syarikat, Kanada, Turkiye dan United Kingdom.

Abdulrahman berkata, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, bagi membincangkan urusan berkaitan kelulusan tayangan filem itu.

"Kami sudah menguruskan dokumen berkaitan dengan kerjasama serta bantuan FINAS, malah turut bertemu CEO FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

"Bagaimanapun, kami masih menunggu lampu hijau. Berkemungkinan tayangan di Malaysia dapat dilaksanakan dalam bulan sama. Saya berharap segala yang dirancang dipermudahkan," katanya menerusi kenyataan media.

Filem yang pada awalnya menggunakan judul Mr VIP dalam bahasa Arab itu menjalani lebih 40 peratus penggambaran di Malaysia, sekali gus membuka peluang mempromosikan lokasi dan tarikan negara ini kepada penonton antarabangsa.

Abdulrahman, ahli perniagaan kelahiran Iraq yang membesar di Malaysia, berkata penggambaran di negara ini bukan sekadar memberi peluang kepada produksi Arab menghasilkan karya, malah menjadi platform memperkenalkan Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Katanya, dia berharap lokasi serta mercu tanda yang dipaparkan dalam filem itu dapat menarik perhatian penonton, sekali gus mendorong mereka mengenali dan berkunjung ke Malaysia.

"Kecintaan saya terhadap Malaysia tiada kompromi. Sejak berusia lapan tahun, saya sudah datang ke Malaysia selepas ibu bapa menerima tawaran kerja di sini.

"Saya bersekolah dan mencari rezeki di Malaysia. Negara ini sudah memahat rasa paling istimewa dalam diri saya yang lahir tanpa prejudis.

"Justeru, saya mahu Malaysia menjadi hab untuk filem dari negara Arab menjalani penggambaran di sini," katanya.

Abdulrahman percaya filem berkenaan mampu membantu mempromosikan sektor pelancongan Malaysia menerusi paparan lokasi menarik dan mercu tanda ikonik negara.

Katanya, peminat Karim Abdel Aziz dan Yasmine Sabri khususnya berpeluang mengenali destinasi pelancongan tempatan menerusi filem itu, sekali gus mencetuskan minat untuk menjejaki lokasi yang dipaparkan.

"Nama Malaysia sendiri disebut berulang kali dalam filem ini. Saya kagum ketika menonton trelernya apabila melihat tarikan seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad dipaparkan dengan begitu indah.

"Itulah juga yang saya sasarkan menerusi penerbitan filem sebegini," katanya.

Mengulas perancangan seterusnya, Abdulrahman berkata, dia berhasrat meneruskan usaha membawa lebih banyak produksi dari negara Arab untuk menjalani penggambaran di Malaysia.

Katanya, dia kini dalam persiapan memulakan projek filem baharu yang menggunakan judul sementara One Way Ticket, dengan penggambaran dirancang di beberapa lokasi lain di negara ini.

Penerbitan Wanted By Family turut mendapat sokongan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Filem itu turut membabitkan 220 kru tempatan, selain 33 kru termasuk pelakon dari Mesir.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 13:54 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 13:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.