
Waqaf An-Nur perkasa ekonomi usahawan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Waqaf An-Nur perkasa ekonomi usahawan (Harian Metro, 19:14)
Read the reporting
1 report
Waqaf An-Nur perkasa ekonomi usahawan
am@hmetro.com.my
Ilmu dan bimbingan yang diperoleh menerusi Hari Waqafpreneur 2026 anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad, mampu menjadi titik perubahan turning point bagi kira-kira 200 usahawan untuk mengubah pendekatan bagi memperkasa perniagaan masing-masing hingga bersaing ke peringkat global.
Peserta program berkenaan terdiri daripada alumni program Enterpise Sosial di bawah Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) termasuk yang terbabit dalam bidang jahitan, gunting rambut, pertanian, kulinari dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Antara pengisian program yang diadakan di Pulai Springs Resort, Skudai di sini termasuk sesi ceramah bertajuk keberkatan dalam perniagaan dan sesi perkongsian maklumat berkaitan peluang perniagaan dan sokongan keusahawanan disampaikan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Malah, ia diikuti sesi bual bicara bersama beberapa ikon usahawan yang berkongsi pengalaman dan cabaran dalam perniagaan, penyampaian anugerah dan sijil penghargaan program latihan serta pelancaran portal Waqafpreneur.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi (COO) Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Mohd Bahrin Bakri.
Mohd Bahrin berkata, menerusi penganjuran program berkenaan, pihaknya ingin mengubah persepsi masyarakat bahawa Waqaf An-Nur yang ditubuhkan pada tahun 2000 bukan saja memainkan peranan dari sudut syariah atau agama sebaliknya ia diperluas sebagai suatu platform ekonomi bagi memperkasa dan membangunkan peluang usahawan tempatan.
Beliau berkata, sejak penubuhannya, Waqaf An-Nur terus memperkasakan pelbagai inisiatif pembangunan bagi membuka peluang ekonomi, membangunkan kemahiran serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Menurutnya, menerusi agenda pembangunan enterprise sosial, Waqaf An-Nur melaksanakan beberapa inisiatif strategik seperti Pembiayaan Dana Niaga, WaqafTVET, AgroWaqaf dan Waqafpreneur yang merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan kemahiran, bimbingan keusahawanan dan penjanaan pendapatan.
Katanya, antara pencapaian utama yang berjaya direalisasikan menerusi inisiatif berkenaan termasuk Dana Niaga berjumlah RM2.78 juta disalurkan kepada 723 usahawan mikro, latihan WaqafTVET disertai seramai 657 peserta, pelaksanaan AgroWaqaf menerusi program WaqafBee, Waqaf Tani Komuniti dan DI-Tani yang juga berjaya menambah pendapatan golongan sasar.
"Lebih daripada angka, kejayaan sebenar dapat dilihat apabila peserta yang dahulunya memerlukan sokongan kini mampu menjana pendapatan.
"Okjektif kami adalah usahawan yang hadir pada hari ini dapat mewujudkan jaringan ekosistem keusahawan yang inkslusif supaya mampu menjana pendapatan yang memberangsangkan.
"Manakala Portal Waqafpreneur yang dilancarkan hari ini bakal menjadi wadah dan platform jaringan yang membantu kita memantau dan menyokong perkembangan usahawan.
"Menerusi pelbagai inisiatif Waqaf An-Nur, diharap mampu melahirkan lebih ramai usahawan Johor yang berdaya saing serta menyumbang kepada ekonomi negara secara berterusan," katanya.
Sementara itu, Mohd Hairi berkata, pelbagai peluang disediakan agensi kerajaan perlu digunakan kumpulan usahawan dengan sebaik mungkin bagi mengembangkan perniagaan hingga menembusi pasaran antarabangsa.
"Bagi mencapai matlamat berkenaan, agensi berkaitan disaran menjalin kerjasama dengan usahawan bagi memastikan kumpulan sasar memperoleh akses kepada maklumat berkaitan peluang disediakan termasuk bantuan.
"Bagi memperkenalkan produk tempatan ke pasaran global memerlukan kerjasama erat usahawan tanpa mengira kaum dan latar belakang.
"Ia sekali gus dijangka membuka ruang kepada lebih banyak produk tempatan dalam pasaran yang lebih luas," katanya di sidang media sempena Hari Waqafpreneur 2026.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.