
Warisi bakat bapa, Ben sedia cipta nama
Only social or community posts, or a single source.
What happened
London: Ben Wiggins, anak kepada juara Olimpik lima kali, Sir Bradley Wiggins, menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama pasukan Australia, Jayco AlUla. (Harian Metro, 09:06)
Read the reporting
1 report
Warisi bakat bapa, Ben sedia cipta nama
London: Ben Wiggins, anak kepada juara Olimpik lima kali, Sir Bradley Wiggins, menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama pasukan Australia, Jayco AlUla.
Pelumba berusia 21 tahun itu, yang meraih pingat perak acara ujian masa individu remaja dunia pada 2023, turut mencatat keputusan dalam kelompok 10 terbaik bagi perlumbaan di Jelajah Britain September lalu.
Bapanya, Bradley, yang bersara daripada sukan berbasikal 10 tahun lalu, mencipta sejarah sebagai pelumba Britain pertama menjuarai Tour de France pada 2012.
"Saya berasa sangat istimewa kerana dapat menyertai Jelajah Dunia tahun depan. Beraksi bersama Team Jayco AlUla adalah impian yang menjadi kenyataan.
"Saya masih ingat ketika berada di Tour de France pada 2019. Saya bertuah kerana dijemput melihat bas pasukan pada pagi Matteo Trentin memenangi peringkat perlumbaan buat pasukan itu di Gap.
"Sejak hari itu, saya memasang impian untuk beraksi bersama pasukan ini. Saya tidak sabar untuk menyertai perlumbaan yang saya tonton sejak kecil," kata Wiggins.
Wiggins memulakan kerjaya berbasikal pada 2022 selepas menandatangani kontrak sebagai pelumba remaja bersama pasukan Fensham Howes-MAS Design.
Pada 2024, dia menyertai Hagens Berman-Jayco, pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat yang diuruskan Axel Merckx, anak kepada juara Tour de France lima kali, Eddy Merckx.
Wiggins turut menikmati musim 2026 yang cemerlang apabila menjuarai acara ujian masa bawah 23 tahun kebangsaan.
Perpindahan ke Jayco AlUla membuka lembaran baharu buat Wiggins untuk membina reputasi sendiri di pentas profesional, mengikut jejak bapanya yang mencipta nama sebagai antara pelumba terkemuka Britain.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.