
Wawasan risks being sidelined amid warming PAS-Umno ties, says analyst
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Hamzah Zainudin's Wawasan wants to be a bridge between Barisan Nasional and Perikatan Nasional, but may be sidelined by the two coaltions working directly with each other. (Facebook pic) PETALING JAYA: Wawasan risks losing political momentum if it remains on the sidelines while PAS and Umno move towards direct cooperation ahead of the upcoming Melaka state election, an analyst has warned. (Free Malaysia Today, 07:30)
Read the reporting
1 report
Wawasan berisiko terpinggir ketika PAS-Umno semakin erat, kata penganalisis
Wawasan pimpinan Hamzah Zainudin mahu menjadi penghubung antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, namun berisiko terpinggir apabila kedua-dua gabungan itu bekerjasama secara langsung. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Wawasan berisiko kehilangan momentum politik jika terus terpinggir ketika PAS dan Umno bergerak ke arah kerjasama secara langsung menjelang PRN Melaka akan datang, kata seorang penganalisis.
Dengan PRN ditetapkan pada 14 Nov, PAS dan Umno dilaporkan sedang mengadakan rundingan secara langsung berhubung kemungkinan aturan pilihan raya, sekali gus memperkukuh kerjasama yang mula dilihat di Johor sebelum diperluas ke Negeri Sembilan.
Pemimpin kedua-dua parti juga menghadiri perhimpunan parti masing-masing, menunjukkan hubungan kerjasama mereka yang semakin kukuh.
Sebaliknya, wakil Wawasan dilihat tidak menghadiri perhimpunan agung Umno baru-baru ini, meskipun parti itu memainkan peranannya dalam kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan.
Asrul Hadi Abdullah Sani. Naib Presiden The Asia Group, Asrul Sani, berkata momentum Wawasan ketika ini terhasil daripada usahanya meletakkan kedudukan sebagai penghubung antara BN dan PN, mengisi ruang yang ditinggalkan Bersatu dalam penyusunan semula politik Melayu.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran peranan itu boleh semakin terhakis jika PAS dan Umno terus berunding secara langsung antara satu sama lain.
“Kedudukan Wawasan sebagai penghubung antara kedua-dua parti boleh terjejas,” katanya kepada FMT.
Asrul berkata Wawasan perlu menyesuaikan diri dengan terus terlibat dalam rundingan, membuktikan sumbangan jelasnya kepada pilihan raya serta mengenal pasti kerusi yang mempunyai peluang realistik untuk dimenangi.
Pada Mac, sebelum kemunculan Wawasan, presidennya ketika ini, Hamzah Zainudin, menyatakan keyakinan bahawa beliau mampu menjadi penghubung antara dua gabungan politik utama — dipercayai merujuk kepada BN dan PN — bagi membantu memastikan kestabilan dan kemajuan politik.
Dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, Wawasan, sebuah parti komponen PN, menyokong kerjasama BN-PN yang memperoleh majoriti besar dua pertiga berikutan satu kerjasama pilihan raya.
Bertanding atas tiket PN, parti itu memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandinginya.
Asrul berkata Wawasan mendapat manfaat daripada profil Hamzah dan ketidaktentuan dalam PN, namun menambah bahawa keterlihatan semata-mata tidak menjamin parti itu mempunyai asas pengundi yang kukuh.
Katanya, parti itu perlu memperkukuh jentera akar umbi, memperjelas identiti politiknya serta menunjukkan kepada pengundi perbezaan dasar yang dibawanya berbanding Umno dan PAS.
Wawasan juga perlu memastikan ia memperoleh kerusi yang benar-benar berpotensi dimenangi, kata Asrul, dan mengelakkan keadaan apabila parti itu ditolak ke kerusi campuran atau marginal yang boleh merugikannya.
Beliau berkata meskipun parti itu mempunyai dorongan kuat untuk kekal dalam kerangka politik Melayu yang lebih luas, Wawasan perlu membuka ruang kepada pilihan lain jika gagal memperoleh peranan bermakna dalam BN atau PN.
Ini termasuk meneroka kerjasama dengan gabungan utama lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau Pakatan Harapan (PH), tambahnya.
Peranan sederhana
Azmil Tayeb. Ahli akademik Universiti Sains Malaysia, Azmil Tayeb, berkata Wawasan kelihatan sedang meletakkan dirinya sebagai komponen sederhana dalam kemungkinan penjajaran politik yang melibatkan PAS dan Umno.
Katanya, parti itu boleh bertanding di kawasan campuran yang mempunyai sedikit majoriti pengundi Melayu, sambil menampilkan dirinya sebagai pendamai selepas bertahun-tahun berlakunya perpecahan politik.
Azmil berkata Wawasan juga boleh menonjolkan fleksibiliti ideologinya dan bukannya dilihat sebagai parti yang tegar berteraskan 'etnoagama' seperti Umno dan PAS.
Katanya, pendekatan itu boleh menjadikan parti berkenaan lebih menarik kepada pengundi sederhana dan berhaluan tengah.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today07:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.