Malaysian Attention Engine
Live wire
47Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold46China sends naval forces to monitor US warship near disputed shoal45Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London41‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’41Politics : PN Deregistered - RoS41World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests41Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion40Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta40Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar39Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia39U.S. stock futures climb as investors return to AI trade after selloff By Investing.com38Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Westports dijangka berdepan kerugian RM34.8 juta menjelang 2050

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:18 MYTLatest activity 20 Oct, 17:18BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Westports Holdings Bhd berpotensi mengalami kerugian hasil sehingga RM34.8 juta menjelang 2050 akibat gangguan operasi berkaitan paras air ekstrem, sekali gus meningkatkan keperluan pelabuhan negara memperkukuh daya tahan infrastruktur terhadap perubahan iklim. (Utusan Malaysia, 17:18)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

Westports dijangka berdepan kerugian RM34.8 juta menjelang 2050

By SABRINA ZULKIFLI · 20 Oct, 17:18 MYT

PETALING JAYA: Westports Holdings Bhd berpotensi mengalami kerugian hasil sehingga RM34.8 juta menjelang 2050 akibat gangguan operasi berkaitan paras air ekstrem, sekali gus meningkatkan keperluan pelabuhan negara memperkukuh daya tahan infrastruktur terhadap perubahan iklim.

CIMB Securities Sdn Bhd berkata, penilaian risiko iklim Westports menganggarkan gangguan perniagaan akibat paras air ekstrem boleh menyebabkan kehilangan hasil antara RM29.2 juta hingga RM34.8 juta pada 2050, bersamaan 1.5 hingga 1.8 peratus daripada hasil syarikat pada tahun kewangan 2024.

“Kerugian itu berpotensi meningkat kepada RM87.3 juta hingga RM96.8 juta menjelang 2085, atau kira-kira 4.5 hingga lima peratus daripada hasil pada tahun kewangan 2024, sekiranya risiko berkenaan semakin ketara,” katanya daam nota penyelidikan.

Menurut CIMB Securities, risiko perubahan iklim terhadap sektor pelabuhan dan perkapalan bukan sahaja melibatkan kerosakan fizikal terhadap aset, malah boleh mengurangkan kapasiti operasi secara berkesan apabila cuaca buruk mengganggu pergerakan kapal, akses darat dan produktiviti terminal.

“Gangguan berkenaan boleh berlaku walaupun kapal dan infrastruktur pelabuhan tidak mengalami kerosakan secara langsung, sekali gus menjejaskan jumlah kargo yang dapat dikendalikan dalam tempoh tertentu.

“Pelabuhan Malaysia lebih terdedah kepada risiko hujan ekstrem, banjir, peningkatan paras air laut dan lonjakan ombak ribut berbanding kekangan paras air rendah seperti yang pernah menjejaskan operasi Terusan Panama,” katanya.

Menurut firma penyelidikan itu, banjir di Lembah Klang pada Disember 2021 menunjukkan bagaimana gangguan terhadap rangkaian pengangkutan darat boleh menjejaskan operasi pelabuhan walaupun kemudahannya tidak dinaiki air.

“Westports mengalami gangguan produktiviti selama kira-kira dua minggu ketika kejadian itu berikutan jalan masuk yang ditenggelami air serta kesukaran pekerja untuk hadir bertugas.

“Risiko berkenaan boleh meningkatkan kos penyelenggaraan, perbelanjaan modal bagi penyesuaian infrastruktur serta kemungkinan gangguan sementara terhadap kapasiti pengendalian kargo,” katanya.

Penilaian risiko iklim Westports yang dijalankan oleh Environmental Resources Management (ERM) turut mengenal pasti haba ekstrem sebagai satu lagi risiko operasi, dengan kos tambahan penyejukan tahunan dianggarkan sebanyak RM1.7 juta menjelang 2050 dan meningkat kepada RM4.2 juta pada 2085.

Anggaran itu berdasarkan kos elektrik tahun kewangan 2024 dengan andaian tarif elektrik tidak berubah, manakala kesan kerosakan aset secara langsung dan gangguan operasi akibat haba ekstrem tidak diambil kira.

Katanya, bagi mengurangkan pendedahan terhadap risiko paras air ekstrem, langkah penyesuaian yang dicadangkan termasuk meningkatkan aras dermaga, memperkukuh benteng pantai, menambah baik sistem saliran serta memasang kemudahan perlindungan daripada limpahan ombak.

“ERM menganggarkan kerja naik taraf terpilih bagi aset tambatan marin boleh menelan belanja antara RM78 juta hingga RM235 juta, manakala perlindungan benteng dan pesisir pantai memerlukan tambahan RM117 juta hingga RM471 juta.

“Bagaimanapun, pelaburan berkenaan boleh dilaksanakan secara berperingkat mengikut tahap kerentanan aset serta perubahan risiko paras air, berbanding dilakukan serentak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, CIMB Securities berkata, gangguan cuaca di pelabuhan utama dunia turut berpotensi mengetatkan kapasiti perkapalan global apabila syarikat perkapalan terpaksa menyediakan tempoh penampan jadual yang lebih panjang atau mengerahkan kapal tambahan bagi mengekalkan kebolehpercayaan perkhidmatan.

“Gangguan akibat taufan di pelabuhan utama China pada Julai hingga September 2026, misalnya, menyebabkan kesesakan berpanjangan apabila kapal yang tertangguh kembali beroperasi dalam tempoh singkat, sekali gus meningkatkan persaingan mendapatkan ruang dermaga dan kemudahan pengendalian kargo.

“Kebolehpercayaan jadual perkapalan global merosot 5.9 mata peratusan bulan ke bulan kepada 49.9 peratus pada Ogos 2026, manakala lebih 4.3 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kapasiti kapal dilaporkan terkandas dalam kesesakan pelabuhan,” katanya.

CIMB Securities mengekalkan penarafan ‘Overweight’ bagi sektor pengangkutan, selain memberikan saranan ‘Beli’ terhadap Westports dengan harga sasaran RM8.00 dan MTT Shipping and Logistics Bhd pada RM1.80. – UTUSAN

The post Westports dijangka berdepan kerugian RM34.8 juta menjelang 2050 appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 17:37 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 17:18 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:18

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.