
Young Tigers sasar kelompok tiga terbaik SOJC
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan menyasarkan untuk menamatkan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di kelompok tiga terbaik tatkala saingan itu bakal menyingkap tirai di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, di sini bermula esok hingga 24 Oktober ini. (Berita Harian, 17:50)
Read the reporting
1 report
Young Tigers sasar kelompok tiga terbaik SOJC
JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan menyasarkan untuk menamatkan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di kelompok tiga terbaik tatkala saingan itu bakal menyingkap tirai di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, di sini bermula esok hingga 24 Oktober ini.
Ketua jurulatih Young Tigers,Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata, persiapan menghadapi saingan SOJC pada kali ini berjalan lancar selepas menamatkan saingan Piala Remaja Asia di Moqi, China dan kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) dan kini memberi tumpuan pada aksi SOJC.
Katanya, kebanyakan pemain yang beraksi di Piala Rermaja Asia terdiri daripada pemain berusia 18 dan 19 tahun, manakala SOJC pula adalah kategori Bawah 21 Tahun (B-21) yang mana pasukan seperti Pakistan, Canada dan Jepun bakal dibarisi pemain pelapis skuad senior.
"Pakistan beraksi di pentas Piala Remaja Asia tapi separuh daripada pemain mereka tidak diturunkan sebaliknya mereka bawa beberapa pemain senior bawah 21 tahun malah Kanada juga akan menurunkan pemain yang bukan bawah 20 tahun dan hanya China mengekalkan pemain yang sama ketika Piala Remaja Asia.
"Pada awal perancangan kami mahu menyenaraikan Andywalfian Jeffrynus dan Azimuddin Syakir Kamaruddin tapi kedua-dua pemain itu tidak dilepaskan skuad senior kerana membuat persiapan Piala Juara-Juara Asia di Punjab, India, hujung bulan ini.
"Apapun kami berjaya mendapat khidmat T Naaveenash Panicker dan Eswaran George selepas mendapat pelepasan daripada kelab Tenaga Nasional Berhad dan Maybank malah Eswaran merupakan pemain dalam skuad kami ketika saingan Piala Remaja Asia manakala Naaveenash pernah beraksi di pentas Piala Dunia Remaja tahun lepas," katanya.
Nor Saiful Zaini menambah saingan SOJC amat penting untuk skuad bimbingannya bagi persiapan menjelang Piala Dunia Remaja yang bakal berlangsung tahun depan malah sebaik saingan SOJC berakhir, barisan pemainnya akan ke India untuk beraksi di Kejohanan Piala Emas MCC Murugappa All India edisi ke-97 pada 25 Oktober hingga 3 November ini.
"Selepas saingan SOJC dan di India perlukan banyak perlawanan untuk pemain muda dan kita juga akan memanggil ramai lagi pemain baru untuk di kita lihat kerana penting bagi meneruskan persiapan ke Piala Dunia Remaja tahun depan," kata Nor Saiful Zaini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.