Malaysian Attention Engine
Live wire
46'Krisis Negeri Sembilan bukan salah DAP'- Anthony Loke46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport44Indonesia belum jawab tawaran bantuan Malaysia tangani kebakaran Kalimantan - Zahid43General : LCS 1 Completion Not Dependent On RCI, Shipbuilder Told To Speed Up Work - Khaled39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara36General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia34Mahkamah sahkan cerai taklik selepas suami tikam isteri enam kali34Malaysia awaits Indonesia’s response on haze operation as talks continue, says Fahmi34Kritiklah dasar, kritiklah kerajaan, tapi jangan heret ayat suci al-Quran - Dr Taufiq33Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin33Orang utan rescued in Indonesia fires ‘walked through’ flames, says nonprofit CEO31China beats Thailand to reach badminton world junior team championships final
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Zainal Abidin terus berbakti

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:04 MYTLatest activity 11 Oct, 13:04BMconfidence 60%

What happened

PUTRAJAYA: Pengalaman 34 tahun dalam sektor perbankan mendorong Zainal Abidin Yahya, 74, untuk terus menabur bakti kepada masyarakat, khususnya warga emas selepas bersara. (Berita Harian, 13:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Zainal Abidin terus berbakti

By Nor ‘Asyikin Mat Hayin · 11 Oct, 13:04 MYT

PUTRAJAYA: Pengalaman 34 tahun dalam sektor perbankan mendorong Zainal Abidin Yahya, 74, untuk terus menabur bakti kepada masyarakat, khususnya warga emas selepas bersara.

Penerima Anugerah Emas Ikon Putrajaya kategori lelaki itu aktif dalam lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkait warga emas, termasuk menerajui Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya sebagai pengerusi.

Zainal Abidin mula bergiat aktif dalam NGO sejak 2017 kerana mahu menyumbang kepada masyarakat dan membela nasib warga emas.

"Sepanjang menerajui PAWE Putrajaya, saya bersama ahli lain melaksanakan pelbagai program bagi menggalakkan pembabitan aktif warga emas dalam masyarakat.

"Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah memperkenalkan konsep gerontourism atau pelancongan warga emas bagi menarik warga emas dari 190 PAWE di seluruh negara untuk melancong ke Putrajaya," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui medi apada Majlis Penyampaian Anugerah Warga Emas Peringkat Wilayah Putrajaya di sini, hari ini. Anugerah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Selain itu, Zainal Abidin berkata, beliau turut memperkenalkan program Time Banking bagi menggalakkan budaya kesukarelawan dalam kalangan warga emas menerusi sistem kredit masa.

"Menerusi program itu, setiap jam yang disumbangkan untuk membantu orang lain akan diberikan satu jam kredit kepada warga emas berkenaan. Kredit masa itu boleh ditebus apabila mereka memerlukan bantuan pada masa akan datang.

"Sistem berkenaan membolehkan warga emas saling membantu tanpa melibatkan pembayaran wang, selain menggalakkan mereka terus aktif menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata, warga emas yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu juga boleh berkongsi ilmu untuk manfaat masyarakat, khususnya golongan seusia mereka.

"Usaha memberi ruang kepada warga emas berkongsi pengalaman penting bagi memastikan kepakaran mereka terus dimanfaatkan, selain membolehkan sumbangan golongan itu terus dihargai," katanya.

Dalam usaha memperkasa warga emas melalui pendidikan, beliau turut mengusahakan program Sekolah Warga Emas dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Katanya, sebanyak 15 siri program itu dilaksanakan termasuk forum bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan warga emas ketika pandemik COVID-19.

Walaupun program berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu, beliau berhasrat menghidupkannya semula bagi meneruskan usaha memperkasa warga emas melalui perkongsian ilmu dan pengalaman.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, antara pencapaian membanggakan PAWE Putrajaya ialah apabila pusat itu menerima pengiktirafan sebagai PAWE Cemerlang peringkat kebangsaan pada 2022 hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 13:09 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 13:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Zainal Abidin terus berbakti
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.