Malaysian Attention Engine
Live wire
52SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG50General : MACC Freezes Assets Worth RM1.27 Billion Since 2022 – Kulasegaran46General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled45Saya tetap berdoa dapat jodoh terbaik – Nora Danish44Body of man found in drain at Sama Gagah Market43Dua individu termasuk pegawai kanan agensi kerajaan ditahan kes rasuah RM15,00041Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari40Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok39Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Zii Jia mohon perintah mahkamah adakah EGM - Peguam

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 16:03 MYTLatest activity 13 Oct, 16:10BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) LZJ Management Sdn Bhd diadakan susulan kegagalan mesyuarat terdahulu dilaksanakan. (Berita Harian, 16:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Zii Jia mohon perintah mahkamah adakah EGM - Peguam

By Helmi Talkah · 13 Oct, 16:03 MYT

KUALA LUMPUR: Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) LZJ Management Sdn Bhd diadakan susulan kegagalan mesyuarat terdahulu dilaksanakan.

Peguamnya, Ahmad Zayd Ahmad Zuber dari Tetuan Faisal & Zayd, berkata permohonan berkenaan yang dibuat pada 2 Julai 2026 bukan berasaskan sebarang dakwaan salah laku antara pihak terbabit, sebaliknya bertujuan mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan EGM syarikat itu berlangsung.

Beliau berkata, permohonan injunksi interim yang dikemukakan adalah bagi menghalang bapanya, Lee Chee Hin selaku responden kedua dan kakaknya, Lee Zii Yii selaku responden ketiga daripada membuat keputusan tertentu berkaitan kewangan serta pengurusan LZJ Management sementara pertikaian undang-undang masih berjalan.

"Apa yang kita minta pada asasnya adalah permohonan untuk mengadakan EGM syarikat berkenaan sahaja.

"Tiada sebarang tuduhan antara pihak terbabit. Kita hanya memohon bantuan mahkamah untuk mengadakan EGM mengikut terma yang diminta," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Ahmad Zayd enggan mendedahkan secara terperinci alasan utama Zii Jia memohon EGM itu diadakan.

Menurut afidavit sokongan yang dikemukakan, usaha Zii Jia mengadakan EGM pada 22 Disember tahun lalu gagal selepas Chee Hin, Zii Yii dan adiknya, Lee Tao selaku responden keempat tidak menghadiri mesyuarat berkenaan walaupun notis sudah diberikan.

Ketidakhadiran mereka menyebabkan mesyuarat itu tidak dapat diteruskan berikutan kuorum yang diperlukan di bawah Akta Syarikat 2016 tidak dipenuhi.

Zii Jia turut didakwa sudah berusaha menghubungi ahli keluarganya secara peribadi sebelum meneroka beberapa saluran lain, termasuk mendapatkan bantuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Afidavit sokongan itu menyatakan LZJ Management kini berdepan kebuntuan pengurusan dan pentadbiran, selain mendakwa tidak praktikal atau mungkin mustahil untuk mengadakan mesyuarat mengikut prosedur biasa yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 2016.

Menerusi permohonan itu, Zii Jia memohon supaya beliau diberi kuasa memanggil EGM, mengeluarkan notis mesyuarat serta melantik pengerusi bebas bagi mengendalikan perjalanan mesyuarat berkenaan.

Beliau turut memohon supaya resolusi yang diluluskan melalui undian berdasarkan pegangan saham dapat dilaksanakan secara sah, termasuk perkara berkaitan penyingkiran pengarah sedia ada, pelantikan pengarah baharu dan pelantikan setiausaha syarikat baharu.

Selain Chee Hin, Zii Yii dan Tao, LZJ Management turut dinamakan sebagai responden dalam prosiding berkenaan.

Dalam permohonan injunksi interim, Zii Jia memohon supaya Chee Hin dan Zii Yii dihalang daripada meluluskan atau membayar fi pengarah, elaun, bonus serta manfaat kewangan lain kepada diri sendiri selain gaji bulanan masing-masing.

Beliau turut memohon sekatan terhadap keputusan berkaitan pelantikan atau penyingkiran pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset material, penerbitan saham baharu serta perubahan struktur pemilikan saham tanpa kebenaran mahkamah.

Menurut permohonan itu, Zii Jia mendakwa memiliki 90 peratus kepentingan dalam LZJ Management, manakala Zii Yii memegang sembilan peratus dan Lee Tao satu peratus.

Pendengaran permohonan berkenaan dijadualkan pada 25 November ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 16:11 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 16:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Zii Jia mohon perintah mahkamah adakan EGM - Peguam
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.