
Zul Ariffin hidupkan legenda Raja Bersiong dalam filem BALING
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Zul Ariffin hidupkan legenda Raja Bersiong dalam filem BALING (Harian Metro, 22:10)
Read the reporting
1 report
Zul Ariffin hidupkan legenda Raja Bersiong dalam filem BALING
opie@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Filem BALING dibintangi pelakon Zul Ariffin yang kini sedang menjalani penggambaran di Baling, Kedah bakal mengangkat mitologi legenda Raja Bersiong di negeri berkenaan.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem aksi seram thriller ini mengisahkan Yong, atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiong, yang masih hidup merentasi zaman selama beratus-ratus tahun.
Terpaksa berdepan semula dengan masa lalu, Yong perlu menghadapi sejarahnya sendiri dan menebus kesilapan.
Berlatarkan legenda dan mitologi Melayu, BALING membuka satu lagi sisi dunia untuk diterokai penonton, dengan perjalanan peribadi Yong yang menjadi nadi utama penceritaan filem ini.
Produksi Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) menghimpunkan barisan tenaga kreatif terkemuka tempatan seperti Pengarah Fotografi Nicholas Chin (Blood Brothers), Penerbit Awan Kiko (Libang Libu), Penyunting Irwan Ahmad (High Council) dan Pereka Produksi Rabbani Sujak (Malam Terlarang).
Ia bagi merealisasikan dunia BALING yang sarat dengan elemen mitologi tempatan dan pendekatan sinematik.
Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, legenda Raja Bersiong bukanlah sesuatu yang asing dalam cerita rakyat Malaysia, maka filem BALING bakal membuka lebih banyak ruang untuk diterokai.
Menurutnya, banyak sisi yang boleh diterokai menerusi karakter Yong, seorang lelaki yang hidup selama berabad-abad dan terpaksa berdepan dengan masa lalu yang terus menghantuinya.
Katanya, menerusi BALING, kami membawakan elemen aksi, saspens dan seram dalam menghidupkan kisah ini.
"Anwari telah membuktikan kemampuannya menerusi dunia High Council dengan keupayaannya mencipta karakter yang dekat kepada penonton serta kisah yang terus menjadi bualan.
"Dengan Anwari sebagai pencipta dan pengarah BALING serta Zul Ariffin yang membawakan watak Yong, kami yakin gabungan mereka mampu memberikan skala penceritaan dan kekuatan emosi yang selayaknya untuk kisah ini," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro22:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.