Malaysian Attention Engine
Live wire
50Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara48Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat45Angka ekonomi cantik tapi rakyat masih terhimpit – Hamzah44General : MCMC Probes Spread Of Content Insulting King On Threads42Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC41General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road40World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday4011 maut, 27 cedera bas persiaran bertembung lori di Turki36Loke: No recent meetings between Transport Ministry and AirAsia35Wanita dirogol warga asing di pusat beli-belah selepas diugut sebar rakaman intim35GTA-Style Police Chase in KL Ends With Pickup Truck Crashing Into Road Divider, Public Help Catch Suspect35Business : First-Home Buyers To Save On Stamp Duty With Threshold Raised To RM750,000 -- Juwai IQI
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Zuzu mahu lahirkan generasi celik pertanian

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 10:42 MYTLatest activity 12 Oct, 10:42BMconfidence 60%

What happened

BAGI sesetengah anak muda, bidang pertanian mungkin bukan pilihan pertama apabila memikirkan tentang peluang pekerjaan. (Kosmo!, 10:42)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Zuzu mahu lahirkan generasi celik pertanian

By SAIRUL ZAMRI MISRANI · 12 Oct, 10:42 MYT

BAGI sesetengah anak muda, bidang pertanian mungkin bukan pilihan pertama apabila memikirkan tentang peluang pekerjaan.

Namun bagi pelajar tahun kedua, Bacelor Pendidikan Sains Pertanian Dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Zulaikha Aisyah Azman, 22, bidang itu bukan sahaja dekat dengan dirinya, malah menjadi ruang untuk menggabungkan dua minat dicintainya, pertanian dan pendidikan.

Gadis yang mesra disapa Zuzu berkata, pilihan tersebut bukan dibuat secara kebetulan.

Menurutnya, minat terhadap pertanian mula berputik sejak di bangku sekolah menengah sebelum diteruskan menerusi pengajian Diploma Pertanian di UPM Sarawak (UPMS).

“Daripada pengalaman belajar dalam bidang pertanian, saya semakin nampak bahawa pertanian bukan sekadar tentang tanaman atau makanan sahaja.

“Tetapi pertanian merupakan satu bidang yang sangat luas dan penting dalam kehidupan kita,” katanya kepada K-Kampus.

Bagi Zuzu, minat terhadap pendidikan turut dipengaruhi oleh seorang guru Sains Pertanian yang pernah mengajarnya dan menjadi sumber inspirasi sepanjang perjalanan akademiknya.

“Saya terfikir, kenapa tidak saya gabungkan kedua-dua minat ini?

“Suatu hari nanti, saya mahu menjadi seorang guru yang mampu menarik minat pelajar terhadap pertanian,” katanya.

Tambah Zuzu, antara cabaran yang perlu diberi perhatian adalah persepsi bahawa pertanian hanya berkaitan dengan aktiviti bercucuk tanam.

Hakikatnya, bidang pertanian mempunyai kaitan yang luas dengan kehidupan seharian, termasuk aspek makanan, penternakan, teknologi, ekonomi dan alam sekitar.

“Saya rasa generasi muda perlu melihat pertanian dengan perspektif yang lebih moden.

“Kini dengan adanya teknologi seperti pertanian pintar, automasi dan sistem hidroponik, pertanian juga boleh menjadi satu bidang yang inovatif serta menarik untuk diceburi,” ujarnya.

ZUZU mula meminati bidang pertanian sejak di bangku sekolah menengah.

Pandangan itu turut menjadi antara sebab Zuzu langsung tidak gentar memilih bidang pertanian, malah melihatnya sebagai satu platform yang mempunyai ruang luas untuk diterokai oleh generasi muda.

Di sebalik komitmennya terhadap akademik, Zuzu turut aktif dalam kehidupan kolej sebagai ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), UPM.

Sepanjang dua tahun penglibatan dalam MPK, dia pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Sekretariat Akademik bagi sesi 2025/2026, dan kini meneruskan peranan sebagai Naib Presiden II bagi sesi 2026/2027.

Dia turut terlibat secara langsung dalam pengurusan pelbagai aktiviti kolej, termasuk diberi kepercayaan sebagai pengarah dan menguruskan program bersama pelajar.

“Memang ada masa saya rasa penat untuk seimbangkan akademik dengan aktiviti kolej.

“Tetapi pengalaman inilah yang banyak membentuk saya menjadi lebih yakin dan berdikari,” katanya.

Antara pengalaman yang paling memberi kesan kepadanya adalah ketika pertama kali diberi tanggungjawab menguruskan program.

Katanya, pada ketika itu, dia berasa takut kerana banyak perkara perlu difikirkan dan setiap keputusan yang dibuat turut memberi kesan kepada orang lain.

Namun, pengalaman itu akhirnya mengubah cara dia melihat cabaran.

“Saya belajar bahawa kita tidak perlu tunggu sehingga rasa betul-betul bersedia untuk mencuba sesuatu.

“Kadang-kadang, kita hanya akan tahu kemampuan diri apabila berani mengambil tanggungjawab tersebut,” katanya.

Pengalaman itu juga mengajarnya untuk lebih percaya kepada diri sendiri, menerima kesilapan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan tidak takut mencuba.

“Prinsip yang saya pegang, buat sesuatu dengan sebaik mungkin, walaupun perkara itu nampak kecil.

“Saya percaya, setiap tanggungjawab yang diberikan kepada kita adalah satu peluang untuk belajar dan memperbaiki diri,” katanya yang gemar menonton K-Drama ketika waktu terluang.

The post Zuzu mahu lahirkan generasi celik pertanian appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:0012:0013:0014:00
Latest 14:09 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
12 Oct, 10:42 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:42

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Zuzu mahu lahirkan generasi celik pertanian · Malaysian Attention Engine