
10 lelaki dewasa bertarung tangkap ular gergasi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Penemuan seekor ular seberat 70 kilogram (kg) di kawasan tempat letak kenderaan di Labu Lanjut, Sepang tengah malam tadi mengundang kebimbangan dalam kalangan orang ramai. (Kosmo!, 12:24)
Read the reporting
1 report
10 lelaki dewasa bertarung tangkap ular gergasi
PETALING JAYA – Penemuan seekor ular seberat 70 kilogram (kg) di kawasan tempat letak kenderaan di Labu Lanjut, Sepang tengah malam tadi mengundang kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Menurut perkongsian pengguna Threads @shinnchannn__, seramai 10 individu dewasa berusaha menangkap reptilia tersebut.
Dia turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati, terutama ketika berada di kawasan berumput tebal dan semak samun.
“Minta hati-hati semua. Jangan bagi anak main dekat rumput tebal. Sekarang ni tengah musim ular mengawan,” katanya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bimbang dengan kehadiran haiwan berbisa berhampiran kawasan kediaman mereka.
“Allah dah dekat dengan rumah. Biasanya mesti ada merayau ni,” komen seorang pengguna.
Seorang lagi pengguna mendakwa dia merupakan individu pertama yang melihat ular tersebut sebelum pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba.
“Sayalah yang nampak ular ini dulu, terima kasih JPAM laju je sampai,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna turut mendakwa kawasan Bukit Changgang berdepan situasi sama apabila terdapat semak samun di dalam kawasan perumahan yang didakwa tidak diuruskan dengan baik.
Katanya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan penduduk berikutan kehadiran haiwan berbisa yang merayau di kawasan berkenaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan memastikan kanak-kanak tidak bermain di kawasan semak tebal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. – KOSMO! ONLINE
The post 10 lelaki dewasa bertarung tangkap ular gergasi appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.