
Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Siapa sangka kecederaan jari akibat digigit kucing peliharaan turut dilindungi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui LINDUNG 24 Jam. (Berita Harian, 08:28)
Read the reporting
1 report
Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam
KUALA LUMPUR: Siapa sangka kecederaan jari akibat digigit kucing peliharaan turut dilindungi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui LINDUNG 24 Jam.
Timbalan Ketua Eksekutif Operasi PERKESO, Azirruan Arifin, berkata LINDUNG 24 jam pernah meluluskan tuntutan membabitkan kes sedemikian bagi rawatan perubatan serta cuti sakit (MC), sekali gus menunjukkan inisiatif mula dikuatkuasakan 1 Jun lalu itu menyediakan perlindungan meluas.
Katanya, insiden kelihatan kecil seperti tergelincir di tangga, kecederaan ketika bersukan atau luka akibat penggunaan peralatan domestik tidak semestinya bermakna ia tidak boleh dipertimbangkan.
"Dari segi tahap kecederaan, perlindungan LINDUNG 24 Jam tidak ditentukan berdasarkan besar atau kecil sesuatu kemalangan. Lebih penting ialah sama ada kejadian itu memenuhi takrif kemalangan yang dilindungi serta menyebabkan pencarum mendapatkan rawatan dan hilang keupayaan untuk bekerja berdasarkan pengesahan doktor dan penilaian PERKESO.
"Selagi kejadian terbabit memenuhi syarat perlindungan, mendapat pengesahan perubatan dan menjejaskan keupayaan pencarum untuk bekerja, tuntutan boleh dikemukakan untuk dinilai PERKESO," katanya kepada BH.
Caruman LINDUNG 24 jam berstatus sukarela terhadap pekerja tempatan, manakala bagi pekerja asing ia adalah mandatori.
Sehingga 31 Ogos lalu, PERKESO merekodkan 6,330 tuntutan bagi Skim LINDUNG 24 Jam dengan jumlah keseluruhan bayaran faedah mencecah RM9.97 juta.
Azirruan berkata, kes seperti jari anak tercucuk mata kiri pencarum hingga mata cedera dan mengakibatkan mangsa menerima cuti sakit selama empat hari juga layak mendapat LINDUNG 24 Jam.
"PERKESO juga pernah menerima dan meluluskan tuntutan berkaitan kemalangan domestik, termasuk pencarum terjatuh dari tangga ketika melakukan kerja pembaikan di rumah pada hari cuti," katanya.
Perluas perlindungan
Beliau berkata, LINDUNG 24 Jam memperluaskan perlindungan kepada kemalangan di luar skop pekerjaan, namun ada kemalangan tertentu tidak dilindungi, antaranya berpunca tindakan disengajakan, insiden berkait perbuatan jenayah, penipuan atau pelanggaran undang-undang.
"Kejadian yang berpunca daripada penyakit atau masalah kesihatan sedia ada tidak dianggap sebagai kemalangan kerana ia berlaku akibat keadaan kesihatan dalaman dan bukan kerana faktor atau kejadian luaran.
"Perlindungan dan faedah PERKESO susulan penyakit atau masalah kesihatan yang tidak berpunca daripada kerja disediakan melalui Skim Keilatan. Sebarang kemalangan di dalam negara yang di luar Skim Bencana Kerja termaktub di bawah maksud LINDUNG 24 Jam," katanya.
Katanya, Skim Bencana Kerja mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) memperuntukkan perlindungan untuk perjalanan dari rumah ke tempat kerja, semasa di tempat kerja, sebarang perjalanan bagi tujuan kerja semasa waktu pejabat dan dalam perjalanan pulang semula ke rumah.
"Antara contoh insiden kini dilindungi sepenuhnya oleh PERKESO melalui pelaksanaan LINDUNG 24 Jam ialah kemalangan di rumah ketika buat sebarang urusan peribadi, beriadah dan bersukan hujung minggu atau cuti umum serta melancong dalam negara.
"Pendekatan ini mencerminkan konsep LINDUNG 24 Jam yang mengambil kira risiko kemalangan terhadap pekerja yang tidak mampu diduga dan boleh berlaku pada bila-bila masa," katanya.
Beliau berkata, bagi pekerja yang bekerja dari rumah (WFH), penelitian utama PERKESO adalah untuk menentukan konteks serta keadaan ketika insiden berlaku, sama ada kejadian terbabit mempunyai kaitan langsung dengan tugas rasmi atau berlaku di luar skop pekerjaan.
"Sekiranya kemalangan itu ketika pekerja melaksanakan tugas rasmi di rumah atas arahan majikan, ia akan dinilai di bawah Skim Bencana Pekerjaan. Sekiranya kemalangan tidak berkait pekerjaan sebagai pekerja atau ketika urusan peribadi, boleh dipertimbang bawah LINDUNG 24 Jam," katanya.
"Contoh, kecederaan ketika pekerja menjalankan tugasan rasmi dari rumah akan dinilai berdasarkan kaitannya dengan pekerjaan, manakala kemalangan berkaitan aktiviti peribadi dan di luar skop pekerjaan sebagai pekerja atau bersifat peribadi seperti tergelincir di bilik air atau cedera ketika sedia makanan untuk keperluan peribadi boleh dipertimbang bawah LINDUNG 24 Jam.
"Penentuan ini dibuat berdasarkan penelitian pada fakta dan situasi kemalangan itu bagi memastikan kaitannya dengan pekerjaan atau sebaliknya," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.