
12 kanak-kanak sesak nafas selepas terhidu gas beracun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DUBLIN: Seramai 12 kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan selepas terhidu gas beracun akibat pencemaran bahan kimia di sebuah kolam renang di Clayton Hotel Liffey Valley, Dublin, kelmarin. (Utusan Malaysia, 16:02)
Read the reporting
1 report
12 kanak-kanak sesak nafas selepas terhidu gas beracun
DUBLIN: Seramai 12 kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan selepas terhidu gas beracun akibat pencemaran bahan kimia di sebuah kolam renang di Clayton Hotel Liffey Valley, Dublin, kelmarin.
Kanak-kanak berkenaan bersama seorang dewasa dikejarkan ke hospital selepas kejadian itu.
Penyiar kebangsaan Ireland, RTÉ, melaporkan beberapa kanak-kanak mengalami gangguan pernafasan dan kerengsaan.
Ketua Pegawai Bomba Dublin Fire Brigade (DFB), Greg O’Dwyer, berkata kejadian itu berpunca daripada pencampuran klorin secara berlebihan dengan bahan kimia lain di bilik loji kolam renang berkenaan.
Beliau berkata ketika kejadian, seramai 24 kanak-kanak sedang mengikuti kelas renang di kolam itu bersama beberapa ibu bapa.
Beliau berkata anggota bomba yang memakai ‘sut perlindungan gas’ memasuki kawasan kejadian sebelum mengasingkan bahan kimia berkenaan.
Dalam satu kenyataan, Dublin Fire Brigade (DFB) memaklumkan anggota bomba dikerahkan dari beberapa lokasi di seluruh Dublin, termasuk balai bomba Tallaght, Dolphins Barn, Donnybrook dan Dun Laoghaire.
DFB berkata, jentera khas bagi menangani bahan berbahaya dari balai bomba Donnybrook dan Dun Laoghaire turut dihantar ke lokasi kejadian serta mewujudkan zon penyahcemaran.
Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam di kawasan sekitar.- BBC
The post 12 kanak-kanak sesak nafas selepas terhidu gas beracun appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.